Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.
Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.
Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :
Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.
Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.
Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
Mengurus mata dan pandangan.
Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.
Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.
Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.
Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.
Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.
Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.
Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.
Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.
Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."
Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.
"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."
Oke, entry kali ni saye nak berkongsi pada anda tentang TIPS MENGORAT . Haha. ade jugak ye tips pasal neh. Hey, mestilah ade. :)
Kalau anda semua nak tahu, tips ini dikongsi berdasarkan pengalaman saye sendiri. *Eh, gatainye dia ni....A'ah, memang saye kaki ngorat orang pun. Err...DUSH!! sila sepak saye. =_='
Hey, jangan salah sangka. Ape yang pernah berlaku dekat saye ni memang tiada kaitan lansung antara yang hidup dan yang mati. Ok2. Straight to point.
Alkisahnya begini....
Pada satu petang yang indah, maka saye pun study la di library dengan kawan2 sekelas. And then, lepas balik dari library dan dah sampai pun kat bilik, tiba2 barulah terperasan...OMG! Buku MATHS BIOLOGY saye tertinggal kat library! Macam mana ni??! Dahla kuiz bio lagi berapa hari je.. So, dengan kelam kabutnye saye pun pergila contact klasmate2 yang dok study dengan saye kat library tadi...
Then, diorang cakap...
ANA(bukan nama sebenar) : Err..ntah. Aku tak perasan pulak MIRA(bukan nama sebenar) : Rasenye macam ade nampak buku tu...Pergila tengok lagi SARA(bukan nama sebenar) : Haish, tu lah engkau. Sape suruh tertinggal? * =_='
Tiba2 rase nak hantuk kepala saya ni kat dinding. Hmm..macam mana le boleh tertinggal. Kalau hilang macam mana pulak? Aduh, runsing2~
Kalau nak pergi library sekarang dah tak boleh sebab dah tutup. Nak pergi malam ni pulak lagi la malas sebab banyak kerja lain yang nak dibuat. * So, what do you think? Hmm... =_=' Pergi tengok esok je la. (dengan harapan tiada sesiapa yang akan mencuri atau mengambil buku tu) Ok. Jangan fikir sangat. Full stop.
-
-
-
-
-
-
-
Esoknye.....
Saye pun pergi la library kat tempat saye study semalam. And guest what? Buku tu dah TAKDE!!OMG! Rase nak salahkan diri sendiri banyak2. Memang salah aku. Siapa suruh tertinggal. Hmm..nak buat macam mana, dah benda nak jadi. =_=' Dan saye pun terpaksa la meninggalkan library dengan hati yang sedih...
Hmm..terpaksa pinjam buku biology orang lain la nih...Haish, tak suke. tak suke.
-
-
-
-
-
-
-
-
Beberapa hari kemudian.....
Disebabkan dah lame tak on FB, saye pun try la bukak untuk seketika. Tiba2....
"Eh, ade orang post kat wall la. Tapi siapa ye?" Then, bukak2 wall je...
"I think you had lost your bio book..."
-ADAM (bukan nama sebenar)-
HAH! my BIO BOOK! Alhamdulillah...Nasib baik ade lagi, tak hilang betul2. Err..tapi, siapa guys yang jumpe buku bio tu haa? *curious
Then, saye pun balas la balik post guys tu...
"Hah, where did u found it? I really need it! Can you please give it back to me?"
Guys tu pun membalas....
"Give your phone number. Anything, just contact me, ok? "
Huh, tak pasal2 kena bagi my phone number kat sorang guys yang tak berapa dikenali. Tapi, yang peliknya macam mana guys tu macam kenal aku? *sight =_=' Tengok kat friendlist pun, dah ade... Haa, tulah engkau. Pakai approve je kawan2 yang kau tak berapa kenal.Ala, bukan tak kenal sangat pun..kawan2 matriks gak...*Haish..ape2 aje la...
Esoknye, saye dan guys tu pun berpakat nak jumpe kat satu tempat ni lepas habis kuliah. Owh, mase yang ditunggu-tunggu dah tiba... *E'eh, apesal kau excited semacam je ni?Eh, mestila. Gumbira la sebab boleh dapat buku bio saye tu balik. Ker..sebab gumbira nak jumpe dengan jodoh baru?Err..mungkin jugak..(hmm..hensem ke tak mamat tu ye?) DUSHH! satu lagi penyepak kat saye =_='
Waktu: Lepas kuliah
Tempat: Anjung Siswa
Tujuan: Ambik buku bio yang dah hilang dari guys tu...
ouh,inilah tempatnye..
So, kami pun berjumpa la kat satu tempat ni. Guys tu yang tiba2 call dulu dan cakap dia ade kat bistro. Dengan mate yang rabun tak berape nampak ni, saye pun carila guys tu...Hah, nampak pun! (sambil usha mamat tu..) *hensem juge mamat ni..Arghh! Sudah2. Ambik je buku bio kau tu ok?
ADAM: Hey, Nabila kan?
SAYA: Ha'ah. Eh, macam mana tau name saye?
ADAM: Eh, kan saye add awak kat FB haritu..
SAYA: Ooo...Em mane buku bio tu?
ADAM: Kejap ye...(sambil mencari-cari buku bio tu dalam beg dia) Eh! Alamak!
SAYA: Haa? Kenapa?
ADAM: Err...buku bio tu tertinggal kat bilik la..
SAYA: Laaa... (tak terkate ape)
ADAM: Em macam ni la. Esok je la saya bagi.
SAYA: =_='
ADAM: Sorry ye...Err..marah ke?
SAYA: Hmm..takpela..(haish, dia pulak yang lupa bawak)
ADAM: Sorry sorry... Pape nanti contact je... (dengan muka bersalahnye)
SAYA: Hmm..yela yela. (muke bengang)*huh, takpela..nanti boleh jumpe lagi dengan mamat ni..hehehe..DUSHH! oke2. gurau je tu. =_='
-
-
-
-
-
-
-
Esoknye lagi, saye ade ceritakan kisah saye ni kat klasmate2. Then, diorang cakap...
ANIS(bukan nama sebenar): Hishh..jelesnye..nak tinggalkan buku jugak la..
AYU(bukan nama sebenar): Wahh..dapat jodoh baru..hehe
SITI(bukan nama sebenar): Eh, kau dapat num. phone dia ek? Untunglaa...
Dan, kate2 klasmate saye tu membuatkan saye berase agak excited~ hua3 ^_^
Dipendekkan cerita, last2 dapat jugak saye ambik buku tu dari dia. Tapi, kini barulah saye tau..rupenye dia dah berpunye! Haha. Ceyh, jodoh konon..Piiraahh! *and it wasn't effect on me,ok?
Maka, berakhirlah kisah saye dengan ADAM(bukan nama sebenar). Takpela, yang penting saye dah dapat buku biology saye semula. Thanks,Adam. Eh, kalau nak tau..semenjak dapat balik buku bio tu dari dia, kuiz bio saye selalu dapat lowesthighest marks. Hehe..*puji diri sendiri ^_^
P/s: jangan asyik nak cari jodoh je kejenye..study dulu ye..(nasihat untuk roomate yang selalu cakap pasal cari jodoh kat saye)
Err..mesti korang tertanye-tanye kan ape kaitan tajuk entry ni dengan cerita saye. Hehe..em maybe korang boleh try tips ni untuk tackle someone yang korang minat. Caranya senang je..First, pastikan korang tinggalkan atau letak buku ker atau ape2 kepunyaan korang kat satu2 tempat ni. Tapi, jangan lupa tulis name or no.phone korang kat situ ye..(penting tuu) Lepas tu, maybe korang akan jumpe jodoh korang. Hahaha. Oke. Tak lawak. =_='
tinggalkan kat meja macam ni :)
Lastly, saye nak akhiri entry ni dengan satu lagu dari indon yang agak sangat meletop tu...CARI JODOH!