Aug 26, 2016

Pengalaman & Tips FYP

Assalamualaikum dan hai !

Wahh lama betul tak update blog ni wahahah. Maklumlah sebelum ni busy jadi final year student tu malas nak update apa-apa. Btw disebabkan baru je dapat result exam final jumaat lepas, secara automatiknya tuan belog akan bergraduat pada hujung bulan 10 ni yeahh ! Result exam ? Ermm biasa-biasa je tak gempak mana pun (bukan dean list). Tapi Alhamdulillah redha dan syukur je la kan. Dah usaha yang terbaik, terima je la apa yang dapat hihi. Tapi still happy sebab dapat A untuk final year project haha. Yela, setelah 2 semester bertungkus lumus siapkan projek dan thesis, haruslah gembira sebab lulus dengan cemerlang. Alhamdulillah berkat doa dan sokongan semua orang hihi thank youu.

First of all, iolls nak cerita pasal pengalaman menyiapkan final year project aka FYP ni. Hihi btw iolls ambil Bachelor Sc. Bioindustry kat UPM Sarawak. So, apa tu Bioindustry ? Bidang Bioindustry ni cabang dia luas sebab iolls ada belajar pasal plants, microbiology, food industry, environment, animals, chemistry, statistics, dan soils. Hahh byk kan. Tapi course ni lebih kepada agriculture lah gitu. Okaylah berbalik kepada FYP, iolls buat tajuk pasal Identification of N-fixing and P-solubilization bacteria in palm oil mill effluent (POME), POME amended with chemical fertilizer and compost. Amboi kemain panjang tajuknye hahaha. Secara ringkasnya, projek FYP iolls berkaitan tentang bakteria. Iolls kena identify nama dan jenis bakteria yang terkandung dalam sisa kelapa sawit dan kompos. Sebab apa nak identify bakteria ? Sebab ada past research yang mengatakan kompos ni mengandungi mikrob yang berguna untuk pertanian. Hahh nampak macam senang je kan sebab just nak identify bakteria. Tapi proses nak siapkan projek tu hanya Tuhan je yang tahu hahaha.

Mehh iolls cerita sikit pasal pengalaman berfinal year project. Sebelum buat projek, mestilah kena ada supervisor aka SV. Makanya sebelum mula kuliah dah start cari dan lepastu dapat SV yang diidamkan hehe. Memang iolls pilih lecturer ni sebagai SV sebab beliau pernah ajar sem yang lepas dan iolls suka cara dia mengajar. Dia pun antara lecturer yang sporting, suka bantu students dan yang penting baik hati haha. Lagipun tajuk dia pun macam menarik je sebab pasal kompos dan bakteria. Jadinya, kami pun bersetuju bekerjasama hihi. Tapi, ada khabar angin yang SV iolls tu akan berpindah ke UPM Serdang dalam hujung semester. So, iolls haruslah bersetuju dengan SV tu untuk siapkan projek dan thesis dalam tempoh 6 bulan ? So, kena siap awal daripada student yang lainla ni. Takpe, gigihkan diri jugak terima cabaran. Jadi, terpaksalah iolls datang awal 2 minggu dari semenanjung ke Sarawak untuk bertemu beliau. Korbankan masa cuti semester yang berbaki sobsss T.T

Lepas berbincang tentang projek, barulah start semuanya. Bermula daripada ambil sample kat industry site, set up peralatan lab, dan buat projek. Masa mula start projek pun dah problem sikit sebab iolls macam blur lagi macam mana nak buat. Btw SV iolls memang takleh tolong pasal projek tu sebab beliau expert bab kompos je. Pasal bakteria, kena refer lecturer lain aka co-SV iolls. So, ada jugak iolls Tanya senior, akak master dan lab assistant mana yang taktahu. Kalau betul2 tak dapat jugak, baru iolls tanya co-SV. Tapi ada jugak dah lepas buat satu step, ada part yang salah. Lepas tahu memang ulang balik sampai betul. Btw, buat pasal bakteria ni ada risiko dia sebab tak semestinya bakteria tu akan tumbuh. So, iolls banyak kali repeat experiment sampai banyak benda dah terbazir T.T

Then lepas dah habis step2 awal tu, barulah iolls start analysis samples. Masa ni ada mintak bantuan lab assistant jugak dan beliau tolong supervise sampai analisis siap. Malangnya, bila nk collect data dari machine, semua sample tak dpt detect T.T  Pehh sakitnya tuh disini. Maka terbuanglah masa satu sem dan terpaksa repeat balik dari awal. Masuk je sem baru, iolls try buat lagi sampai jadi. Step awal2 pun byk kena repeat. Keluar masuk lab bila ada masa terluang lepas kelas. Kadang2 tak sempat balik bilik pun sehari tu. Iolls balik bilik memang untuk tidur malam je hahah. Kadang2 rasa stress jugak kena duduk memerap dalam lab sorang2. Yass memang selalu lah iolls sorang2 dalam lab mikrob tu. Walaupun iolls rasa seram sejuk je sorang2. Maklumlah lab tersorok dan jauh dari orang. Tapi iolls kuatkan hati dan berazam nak habiskan projek je.

Sepanjang repeat kali ke dua tu lah, iolls banyak kali stress sampai kadang2 rasa nak give up semua benda. Hahaha tak motivated langsung. Sampai iolls ada buat keputusan nak tukar projek or tukar SV, padahal nak kena hantar draft result semua lagi berapa minggu je. Masa tu memang serabut. Then, mengadu kat FYPmate, lepastu dia cakap satu benda ni yang buatkan iolls rasa semangat balik. Dia cakap, “Mesti ada step kamu silap ni. Kamu try la cari. Kamu buat jak sampai jadi. Sempat lagi ni. Kalau tak dapat jugak baru bagitahu SV,” Masa tu iolls pun mula fikir sedalamnya. “Kamu boleh Nahu !” Hahaha lepas dari tu iolls rasa memang boleh buat cuma jangan give up je. So iolls memang pulun habis la sanggup tak cukup makan dan tidur siapkan projek sampai jadi. Sampaikan tengah buat analisis pun, member tolong suapkan makanan dalam mulut sebab busy sangat tak sempat makan haha bayangkan. Ada sekali tu, iolls terpaksa datang lab malam2 sebab nak tengok result analisis. Nasib baik ada member nak tolong teman. Dengan hujan lebatnya, weolls redah hujan naik motor haha. Sepanjang tu weolls jerit gelak2 loll.

Then, bila dapat je result analisis barulah hati berbunga riang hahaha akhirnya iolls berjaya jugak Alhamdulillah. Lepastu baru lah kumpul data dan masukkan dalam thesis writing. Masa ni kena pulun cari jurnal banyak2 pulak sebab nak buat discussion. Part ni pun iolls rasa stress sebab susah nak cari apa yang kita nak hahah. Nasib baik iolls dapat co-SV yang sangat membantu. Dia sanggup datang lab tolong ajar cara construct dendogram guna software, bagi contoh jurnal dan paling penting sangat baik hati haha. Akhirnya, setelah berhempas pulas selama setahun, terhasillah sebuku thesis yang menjadi bukti usaha selama ni :’)

So iolls nak bagi tips sikit cara menghadapi FYP untuk student final year (berdasarkan pengalaman):
  1. Pilih tajuk dan supervisor korang betul2. Yes ni step first supaya nanti korang tak buat projek yang korang tak suka. Tapi kalau itu je pilihan, kenalah minatkan diri. 
  2. Please start early. Jangan suka bertangguh kerja. Lagi cepat siap projek, lagi bagus. Kalau awal siap, boleh focus writing pulak.
  3. Ada problem, jangan segan jumpa SV bagitahu masalah. Mana-mana lecturer berkaitan pun boleh sebenarnya. Nak tanya senior, abang/akak master, lab assistant, kawan2 pun boleh. Asalkan dapat membantu.
  4. Banyakkan baca jurnal sebanyak yang boleh. Sebab lagi banyak membaca, lagi banyak idea nak buat writing nanti.
  5. Kalau boleh, jumpa SV setiap minggu. Sebab senang nak berbincang and update apa2 yang patut. Tu pun kalau SV tu tak busy.
  6. Kalau stress, rehatkan diri sekejap. Buat benda yang korang rasa happy. Contoh macam shopping ke, tgk movie, keluar makan etc. Lepastu baru sambung balik.
  7.  Banyakkan berdoa untuk berjaya siapkan FYP. Ini pun penting untuk tenangkan hati.
  8.  Lastly, kena ada motivation yang tinggi. Jangan cepat give up. That’s my key point to the success.
  9. Boleh tambah sendiri kalau ada.


Okay lah tu je kot nak share hihi. Kalau korang ada apa2 pendapat nak share atau soalan, jangan lupa drop comment kat bawah tau. Bagi yang akan hadapi FYP semester ni, good luck ! Hihi..Byee jumpa lagii.

XOXO

Dec 24, 2015

The end of 2015

Yeah it has been a longgg time I didn't write or post anything in my blog. Since the year of 2015 will be over soon and 2016 will be coming, I would like to share what happens throughout this semester. The burdens getting harder and manyy works to be done. But lastly I did it successfully. It has been a stressfull and busy life in this semester. FYI, I am now in 7th semester and it will be end soon as my final exams are around the corner. One more semester to go and I will be graduating ! Yayyy. But one thing to be settled off. My final year project and thesis writing. I need to forget about my semester holiday for one month to finish my FYP. Oh God please make me strong. Pray me for the best ya. Thanks peeps ! :)





Love,
Final year student.

Aug 25, 2015

Final Year !


Hai korang ! 

Fuhhh lamanya kann aku tak update blog. Rasa berhabuk pulak blog ni (tiup tiup sikit). Ada orang tanya, dah tak aktif berblogging ke ? Hahaha well aku bukannye malas tapi memang malas sebenarnya hahahaha k. Sebab banyak masa terluang ni la aku nak menaip balik. Lagipun wifi free kolej kan (tapi sebenarnya dah berbayar). Apedehal. Then kalau nak berblogging ni pun kena ikut mood jugak yedak ? Disebabkan ade yang nak dengar story aku, meh aku story sikit.

Dengan ini, maka bergelarlah title aku sebagai student Final Year UPMkb ! Yeayyy rasa macam tak percaya pulak kejap je masa berlaluu. Dulu ingat lagi memula nak masuk sini, pehh menangis sendu aku sebab sedih kena berpisah jauh dengan family. Dahla kat perantauan ni kena over the sea pulak hmm. Tapi benda tu la yang buat aku berdikari, buat aku kuat ececeh. Sepanjang aku belajar kat sini, memang tak terkira la pengalaman pahit manis sedih gembira semua lah. Well, thats are life. Pengalaman tu susah nak cari kat mana-mana. 

Memang aku selalu rasa down kengkadang sebab macam-macam benda jadi. Biasalah kan, hidup tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah (dah macam lirik nasyid ape kes). Tapi, bersyukur aku still ade family, kengkawan yang support and dengar masalah aku. Yess its somehow make us better people.

Sekarang ni pun, aku rasa macam tak sabar nak habiskan degree aku ni cecepat. Boleh ada kat rumah je selalu. Tapi nanti kalau dah habis belajar pun rindu zaman study cemane (Eh kau). Tak lama dah. Pejam celik tidur makan tetibe je dah habis satu sem. Tetibe je dah sem akhir. Yang penting jangan tengok kalendar selalu laa nnt jadi lambat masa berlalu. Just go on with the life with happy memories :)

Hm apela yang aku merepek dalam ni. Tak kisah la, tapi aku bosan ni kat bilik sensorang. So, kalau korang sama macam aku, student final year atau dah melalui tahun terakhir study yang agak memeritkan tu, share la sekali. Mana tahu boleh bg tips atau nasihat ke :) Aku nak tahu sangat macam mana korang survive untuk study and berFYP semua tu. Haha cuak pulak. Apepun doakan aku berjaya habiskan tahun terakhir aku sebagai seorang student. Aminn. Selamat berjuang guys.

notakaki : terima kasih untuk semua yang ada disisi