Jan 26, 2017

My Skincare Routine


Hello guys !

Dah lamaa tak buat entry kat blog. So tetibe rajin nak share pasal my skincare routine haha. Basically tak susah pun nak dapat kulit cantik flawless tapii kena rajin dan disiplin ! Jangan skip produk and pastikan pakai produk ikut turutan. Okay mostly produk yg digunakan ni tak mahal pun memang boleh cari kat drugstores watsons/guardian. Harga mampu milik especially for students and yg paling penting clinically tested so selamat digunakan. And please avoid skincare local yg ada mercury and rebranded tuu sebab dah pernah try sekali je produk D**** then rasa panas je mukaa adoii lepastu terus tak pakai.

1) Makeup remover


Firstly, kalau pakai makeup, pastikan bersihkan dulu muka guna makeup remover. I guna cosmoderm je beli kat watsons. Makeup remover ni penting so that takde bedak tertinggal kat liang pori ke ade mascara or eyeliner kat mata and etc. Makeup ni pun penyebab jerawat kalau dibiar semalaman.


2) Facial skincare


Dulu I guna Innisfree jeju volcanic pore cleansing foam as cleanser beli kat Hermo.my. Tapi sekarang dah bertukar ke set Aiken tea tree oil haha. Sebabnye fokus nak hilangkan segala mak nenek jerawat kat muka. Memang recommended sangat beli set Aiken ni sebab affordable, boleh cari kat watsons/guardian and berkesan kat I. Harga semua set tu tak sampai 30 pun. Haa murah takk. Murah tapi berkualiti tau.

Okay ni step dia,

a) Cleanser
Function: Cuci segala kotoran kat muka. Wajib guna 2 kali sehari. Bangun tidur and sebelum tidur.

b) Toner
Function: Lepas cuci muka, liang pori akan terbukak. So toner ni dia bagi tutup balik liang pori kita. Sekaligus dapat kecikkan lagi liang pori.

c) Pimple cream
Function of course kecutkan jerawat haha. Guna ni memang berkesan. Kadang tu semalaman je dah kecut. Botol kecik tapi tahan sampai 5 bulan tauu. Tapi dulu I guna Dalacin-T, recommended sangat even agak mahal.

d) Scars gel
Function untuk nak hilangkan scars tapi kena sabar and konsisten. Sebab scars tak boleh hilang dalam sehari dua. Kadang tu sampai berminggu atau berbulan. So kena rajin k. I guna Hiruscar post acne gel boleh beli kat watsons/guardian jugak.

e) Moisturizer
Function: Lembapkan muka jadi glowing, hilangkan minyak di muka

Dulu muka I memang oily gilaa. Then taktahu pulak org muka berminyak kena pakai moisturizer sebab ingatkan lagi lembap muka lagi berminyak. Tapii salah tuu. Moisturizer penting termasuk si muka oily. Sebab minyak kat muka ni disebabkan muka yg kering, muka kering so minyak terhasil. Moisturizer menghalang minyak terhasil. Paham tak ni ? Haha. And now, muka I dah tak berminyakk :D Lagi satuu, guna moisturizer sepatutnya last sekali lepas guna cleanser, toner, moisturizer, serum, pimple cream, eye cream etc sebab moisturizer function dia bagi nutrition dari semua produk ni lagi berkesan.

f) Sunscreen 
Ni tambahan. Function untuk elakkan sinaran uv kalau keluar memana. Taknak kulit gelap berbelang kan. Ni pakai lepas moisturizer k paling last sebab nak protect muka kan. Tapi ade somes makeup product yg dh ada SPF tinggi macam compact powder, foundation tu. I tak pakai sebab compact powder dah tinggi SPF loll :p 

So itu je keee ? Ehh ada lagii haha. Yang tadi tu rutin harian. Ni I nak share rutin mingguan pulak. 

a) Dermaroller


Function: Kecikkan liang roma, hilangkan parut. Senang cerita, bagi kulit muka flawless lah haha. 

Benda ni beli kat Insta je check kat @official_thisgirldoesit. Nak tahu lagi pasal dermaroller and cara guna? Nanti I buat special entry pasal ni k :)

b) Coffee scrub


 Function: Sebagai exfoliator. Hilangkan sel-sel kulit mati, hilangkan parut, lembutkan muka.

Beli ni pun kat insta memang banyak dah jual. Bau dia bestt sebab bau kopi (I peminat kopi hehe). Lepas pakai terus soft muka :D

c) Serum


Function: Bagi addition skin nutrition kat muka. 

Selalunya serum agak mahal tapi yang ni beli kat Hermo.my agak berpatutan. Dulu pernah guna argan oil serum brand Mira Filzah tu tapi sekarang tukar yg ni pulak. I beli yg ada vitamin C sebab konon nak bagi kulit banyak collagen, lebih putih and hilangkan scars :p Serum ni beshe2 for me sebab tak suka sgt bau oren dia haha.

d) Clay mask


Function: Sebagai exfoliator. Kecikkan liang pori dan kurangkan minyak.

Ni boleh beli kat Hermo.my jugak. Brand innisfree ni memang fav since dia guna bahan natural, plus korea brand haha. So recommended to buy.

e) Mask sheet


Function: Sama macam serum. Bagi addition nutrition kat muka.

Mask sheet ni memang routine orang korea. So nak muka cantik cam korea, silalah pakai hehe. I minat kumpul masks tapi kekadang malas jugak nak pakai :p

f) Soothing spray



Function: Energizekan kulit, bagi segar.

Haha yang ni saje beli sebab suka spray2 kat muka. Kalau rasa kulit kering tak bermaya try lah spray benda ni. Boleh lembapkan kulit jugak tau.

Okayy tu je la kot yang nak dishare. FYI, my skin takdela flawless gilaa but so much better dari dulu lepas guna produk-produk ni (I have sensitive skin + acne-prone skin + resdung). Nak lagi bagus, pergi sendiri kat klinik skincare macam Dr.Ko etc tu tapi of course mahal kan. So better try dulu skincare routine yg betul :)

Ape-ape nak tanya boleh komen kat bawah or pm k :) Ni just for sharing and tak semestinya produk yang orang pakai okay, untuk kita okay jugak. Btw, thanks for reading ! XOXO.


notakaki: psstt.. nak facial skincare set lagi bagus? try guna cetaphil hehe. sebab byk dah org recommend.

No comments: