Sep 21, 2012

Sambutan Hari Malaysia 2012



sila isikan dialog yang sesuai. bhahahaha


Okay cukup untuk intro yang tah pape tuu. K diamm.

Hmm recently banyak sangat aktiviti yang kena sertai mahupun mahu disertai. Tapi lumrah laa kan sebagai mahasisiwi. Ecehhh. Haritu nak masuk Borneo International Kite Festival tapi dah penuh. Pastu tadi pagi baru lepas interbiu untuk jadi fasilitator Putra Whiz Kidz untuk English Languange International Camp (ELIC). Hahh amek kau. Semua nak international kann. Haha semangat beteii. Esok pagi ada Program Starting School anjuran UPM. Malam pulak ada dinner Jabatan Sains Tanaman. Next week ada Program Kolegrasi untuk bebudak Bac. Sc Bioindustry. Ahh busy busy !

So now just wanna share some stories about the Malaysia Day. Yeah, seperti sedia maklum, tahun ni buat kat Bintulu, Sarawak. It's kinda amazing u know. First time buat kat sini dan kebetulan pulak dapat sertai. Yeahh ! Okay mari lah kita tengok gambar gambar kat bawah ni. Sekali tengok memang jelaslah kelihatan semangat patriotik kami ni haa LOL.


otw to Hari Malaysia :D


snap before the show


sebahagian pasukan koir UPMKB


okay kami dah ready untuk berjuang ! ecehhh hahaha


some of the scene in evening

You know what ? Malam tu hujan lebat lagi ! OMG habislahh kalau hujan sampai malam. Nak start show pukul 8 malam. Diorang cakap kalau still hujan lebat macam tuu, kemungkinan akan batal atau dilanjutkan. Aduyai taknak la macam tu. Penat maks berlatih tetiap hari tau. But, Alhamdulillah dah nak pukul 8 tu, hujan dah nak berhenti tapi still renyai-renyai. Tapi disebabkan semangat patriotik yang tinggi oleh kami (amboih kemainn kau Mak Jemah), maka berlangsunglah jugak Sambutan Hari Malaysia 2012 secara live from Bintulu. Mak ai siap call lagi lepas show, dia cakap nampak ai kat tb masa PM berucap. muahahaha bangga ai jadik pemes sekejap hihik. 


 tengok tuu. berhujan renyai renyai pun ramai sanggup datang :')

Nak tahu lagu apa yang membuatkan PM sama-sama ikut nyanyi dan menari ? Lagu IM4U. Sebab lagu tu best. Seriously.

Lepas habis semua acara tu, ada pulak show dari artis-artis seperti Jimmy Palikat dan Hafiz Awan Nanoo. Tapi yang sedihnya tak dapat tengok show diorang sebab kena balik UPM awal sobbsss.


Janji Dicapati ! Ehhh ?


Dalam tempat persalinan pun bolehhh HAHA


Okay sebenarnya taktahu kenapa tetibe macam takde idea sangat nak tulis belog. Haha macam dah kurang skills pulak. Hm but will be update more for other interesting activities.  Jangan lupa baca hihik.

Kesimpulan ? 

Saya Bangga Menjadi Anak Malaysia ! 


Sep 20, 2012

Raptai Hari Malaysia 2012


Haii salam satu Malaysia ! Eh tetibe puleks kann. Err nak tanya ni, ada tak sesape yang terlihat atau ternampak group koir UPMKB yang berbaju putih, memakai topi dengan sarung tangan warna warni, sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang ? Alaa yang masuk siaran RTM hari ahad harituu. Okay kalau rasa kitorang menari kiut, sila baca entry ni sampai habis. LOLS

Err ekceli saya lah salah sorang peserta koir tuu HAHA. Malu maks tau kena nyanyi sambil buat gaya penari terhebat abad ini depan PM Datuk Seri Najib dan Datin Rosmah Mansor. Huhh apa gua kisah ? Janji muka ai ni dapat masuk tb even sekejap sangat haha. Motipp sangatt tauu

Sebenarnya ai tak sangka pun akan masuk benda-benda macam ni. Dahla first time dohh masuk koir bhahaha. Memang bagus sangat la tahun ni buat kat Bintulu. Waktu orientasi tu, terus ada sorang akak fasi tu bagitau sesape nak masuk bagi nama. Then, tetibe rasa semangat gila nak masuk disebabkan dapat sijil peringkat kebangsaan. Eh sape taknak kan ? 

So our raptai starts after my orientation days. Every night from Monday until Saturday. The real day is Sunday ! So tired u knoww. But I really really enjoy it !

Dee, Bexs and Me ! We're at Old Airport Bintulu, Sarawak.



Taraaa ! We had so much fun together singing and dancing along


Nak tahu lagu apa yang kitorang kena nyanyi masa tu ?
Huh macam-macam. Kitorang kena hafal 13 buah lagu dengan gaya sekali dalam masa seminggu. That sounds crazy but we did it !

Antara lagu-lagunya :
-Kamek teguh kamek bersatu
-Satu Malaysia
-Anak kampung
-Sarawak Ibu Pertiwiku
-Janji ditepati
-Bekikis bulu betis

Bekikis bulu betis ? Er lagu tu laa yang membuatkan kitorang gelak sakan bila dapat tahu kena nyanyi lagu ni. Kah Kah dengar tajuk je macam euuwww lagu apa ni ? Tapi masa menyanyi lagu bulu betis ni laa paling enjoyy sekali. Sebab gaya menari dia macam ala-ala zaman retro P.Ramlee dulu haha.

Nak dijadikan cerita, masa tengah sibuk nak buat raptai penuh tuu, tetibe hujan ribut kuat sangat sampai terbangkan khemah group bebudak lain. Sadiss tau tak. Kesian diorang basah dan cecepat lari masuk khemah kitorang. Sendat gilaa ah.


inila khemah yang terbang tuu. Habis kemek kereta tuu

kat sini ada khemah patutnya tapi dah terbang !

nice shoot ! orang Sarawak kat sawah padi. teeheee

 Eh abe polis buat ape tuu ? Hiks

 another raptai day

raptai kat stadium sebab hujan. Tapi still bersemangat !

Ouh kalau nak tahu, Show untuk Hari Malaysia ni disertai lebih kurang 600 anak muda terdiri daripada pasukan koir UPMKB, pelajar-pelajar sekolah rendah sekitar Bintulu dan pasukan tarian UNIMAS. Meriah sangat tau !


chomels sangat diorang pakai baju tradisional

yeah dapat jumpa Hafiz AF live kowt !
Begitulah awan nano nano nano nano nanoooo
Paling best waktu dia nyanyi lagu Ombak Rindu :D

So tu je laa nak kongsi pasal raptai tuu. But sorry sebab gambar random je letak. Tak ikut turutan muahaha. Sukati aku je kann ? Ahh lantakk.

Yang penting, kenangan berlatih koir tetiap hari berturut dalam masa seminggu sangat lah seronok sampai sebak pulak teringat memori lalu. Gitteww. 

Sampai ketemu lagi dalam entry berikutnya. Nak cerita pasal The Big Event of Malaysia Day 2012 !

notes: aku suka raptai tuu sebab dapat makan free hari-hari. hikksss

Sep 11, 2012

Sarawak - part 2


Good morning uollss ! My class today start at 10 pm. So yeah, it's heaven muahaha ! Hee nak hupdate jap gegambar chomels kite kat Sarawak tuu. 


library

 dewan sri kenyalang

 kawasan air terjun


sidang video dari UPM serdang

majlis bacaan ikrar UPM

camwhore at Pusat Islam

classmates. Bexs and Dee :)

kena dera merangkak atas tanah lumpur kat ladang

ladang rusa a.k.a Biopark yang kitorang lalu hari-hari pegi kelas

Anak rusa nani. Omeynyeww hahaha

my subjects for first sem


So yeah, I LOVE BSBI !

notes : sorry post sikit sangat. but kinda busy rite now. minggu ni kena practice koir sempena Hari Malaysia 2012. Tahun ni buat kat bintulu. Can't wait. And not forget the Borneo Kite International Festival 2012. Hehe

Sep 9, 2012

Sarawak - part 1


Haii! lebih kurang seminggu tak hupdate ni. Maklumlah, busy dengan orientasi hihik. Kalau nak tahu, aku baru je daftar masuk kat Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu, Sarawak pada 1 September. Aku ambik Bacelor Sains Bioindustri, satu-satunya kos ijazah kat sana.

Hmm apa perasaan dapat pegi sana? Err no feeling. Just go with hope that I can survive there.  Mulanya, memang berat hati nak pergi. Tapi dengan sokongan banyak pihak, aku pun teruskan jugak perjuangan aku. Yang aku tahu, aku akan ke obersi (eh takpayah nak obersi sangat lah kann haha).

Firstly, aku tidur rumah sedare kat Putrajaya. Esoknye, pak sedare aku hantar aku dengan parents kat LCCT KLIA. Yeah itulah kali pertama aku nak naik flight muahaha. Alahh air asia je pungg. Sebelum naik flight, aku sempat makan mcD dalam LCCT (sebab kat Bintulu takde mcD. sobbss)

And finally, tibalah turn aku naik flight. weehuuu! rasa nervous semua ada.
So yeah, just see these pictures. So memorable.


















And lastly, aku dah sampai kat bumi Sarawak weh! HAHAHA bebuat tak caye lak. Thanks God sebab ada sorang kawan ayah ni yang banyak membantu kitorang. Dia tunggu kitorang kat airport, bawak kitorang pegi hotel, bawak pegi restoran, bawak pegi rumah dia, sampai la pegi UPM. What a kind man you know!

Kitorang menginap kat Riverfront Inn. Betul-betul menghadap sungai Sarawak. Boleh nampak kapal-kapal angkut orang dengan kayu balak haha.







And then...shopping ! pegi beli handicraft and souvineres untuk family kat semenanjung hihik. Bukan senang nak pegi Sarawak kan? Ecewahh haha.



wuwuwu kamek orang Sarawak sekarang ! HAHA


ini tempat menginap kamek




beli buah salak kat pasar tamu


Cerita pasal UPMKB ? Haa sabar sabar. Yang ni baru cerita pasal perjalanan ke sana. Wait for the next entry ye. Byee !