Jun 29, 2012

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JULAI HAZWAN HAIRY


Salam dan hai.

Okay ini adalah entry kedua untuk harini. Amboi kemain. So saya ingin mengumumkan yang saya join segmen yang dibuat oleh Hazwan Hairy


Syarat-syarat:
  • harus menjadi follower blog tersebut
  • letak header macam kat atas ni
  • letak tajuk seperti tajuk entry ni
  • kekerapan berblogging untuk sehari? *nyatakan
  • link kan entry pada post entry beliau


Tarikh tutup adalah pada 30 Jun. Ouh tinggal esok je? Terlambat sikit la ni. Huhu. Anyway, masih sempat lagi nak join. Hehe :)

Okay. Kekerapan saya berblog dalam sehari? Hmm ikut keadaan. Kalau sibuk, memang takde masa la nak berblogging. Kalau waktu cuti macam sekarang ni (saya cuti 4 bulan), memang selalu la update blog. Hari-hari bukak blog. Kalau rajin sangat, sehari sampai 3 kali update. Kalau malas atau takde idea, just blogwalking dan komen2 je. So, sekarang saya adalah blogger tegar. Hahaha. Eh, menjawab soalan tak ni? Hehe

Kbai.

Histeria


Jarum jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam. Ketika itu aku dan kawan2ku baru sahaja pulang dari outing (amboi kemain outing sampai malam). Sampai sahaja di kawasan hostel, tiba2 Cenoi and the gang (haa seru lagi nama Cenoi, jap lg dia komen la tu.haha) menjerit kepada kami untuk segera masuk ke bilik. Pelik, seperti ada sesuatu yang berlaku. Di tingkat bawah, seseorang bercakap dengan nada cemas,"cepat masuk bilik, ada orang histeria tadi kat bilik awak," Lalu aku dan seorang lagi roomateku bergegas ke bilik. Dari luar pintu, sudah terdengar sayup2 orang ramai membaca ayat suci Al-quran. Kadang2 budak itu menjerit secara tiba tiba. 

Aku masuk ke bilik. Mereka masih tidak lekang membaca ayat Qursi dan aku turut membaca. Mereka kata,bilik aku sudah dibacakan ayat pendinding. Bau kasturi sudah semerbak baunya di bilikku. Garam kasar pula ditabur di sepanjang pintu masuk. Mereka kata, budak tu ternampak sesuatu di bilik aku dan tiba tiba menjerit. Memang kerap juga berlaku histeria kat sini. Kadang kadang budak tu tiba tiba mengganas jika dilepaskan. Maka mereka harus sentiasa memegang kedua belah kaki dan tangannya sambil membaca ayat Qursi. Dan ia berlarutan sampai ke subuh.

Perkara itu bukan sesuatu yang baru bagi aku. Kejadian histeria telah banyak kali berlaku sejak aku di zaman sekolah. Sehinggakan semua pelajar harus berdiri di sepanjang hostel untuk melaungkan azan disebabkan kejadian itu kerap berlaku. Banyak juga kawan2ku yang mempunyai saka daripada keturunan. Aku pernah lihat sendiri kawan aku menghalang makhluk itu daripada mengganggu pelajar2 sekolah. Bagi aku dia sangat berani. Dan perkara2 aneh yang banyak berlaku di sekolah kini menjadi misteri kepadaku.

Kadang2 aku terpikir apa punca histeria ni. Sebenarnya ada banyak punca. Salah satunya disebabkan kurang kasih sayang, so banyak masalah dipendam. Gangguan mental dan emosi sebab tekanan perasaan. Sebab tu la histeria ni selalu berlaku bila nak dekat exam. Akibat sihir dan saka. And maybe, kurang amal ibadat kepada Allah dan suka melakukan maksiat. Tapi ada jugak yang kena sebab lemah semangat. Ini opinion aku la. So, tak perlulah kita takut sangat dengan benda tu. Lebihkan takut kepada Allah.

Hmm aku kesian kat someone ni kat kolej aku dulu. Dia pernah datang bilik aku then luahkan semua masalah dia sambil nangis2. Dia cakap, semua orang tak percaya kat dia yang dia boleh nampak benda tu. Ada pulak yang cakap dia gila la, tak betul la. Dia ada masalah dengan parents, roomates, klasmates, kawan2, macam2 la. Berjam jam jugak la dia cerita. Aku pun dengar je la. Ekceli dia baik dengan sorang roomate aku ni. Kadang2 seram jugak dengar dia cerita macam2 pasal benda tu. Rasanya dia tu dah terlampau banyak sangat tekanan sampai kadang2 menjerit dan marah tak tentu pasal. Pernah jugak nampak dia cakap sorang sorang. Hmm semua orang jauhkan diri dari dia. Roomates dia pun semua terpaksa pindah bilik lain.

Sekian sahaja entry aku kali ni. Tetiba teringat pasal kejadian histeria yang pernah berlaku kat bilik aku. Agak kecoh la pasal perkara tu tersebar. Kejadian tu sebenarnya berulang selama tiga hari, sampailah budak tu dibawa pulang oleh family.





Jun 23, 2012

Bulatan Gumbira


What is Bulatan Gumbira? ( happy-circle )


Its a circle where we gather around together and learn how to fulfill our life in an ultimate ways..but honestly there's a time when you feel that u wanna be away from the circle..but amazingly, on top of ur mind, u'll feel how unlucky, unthankful and not so clever u're to get away from the circle..


It's an USRAH :)


Bulatan gembira memang gembira..bila kata "gembira", ia bukan hanya dinilai dengan parameter riuh gelak ketawa..tapi gembira juga adalah perasaan apabila kita rasa tenang dan redha with each other, when we're at ease with the fact we care for each other, that we help each other towards Jannah, and we wish we'll go there together insyaAllah.




video ini sangat Ohsem!


Secara jujurnya, apabila terlihat video ini, lantas mengingatkanku tentang Usrah Tarbiyyah yang telah lama ditinggalkan di zaman persekolahan. Sungguh, aku rindukan zaman ditarbiyyah oleh naqibah usrah, ukhti-ukhti yang sering mengajakku ke arah kebaikan. Naqibah usrah itu sendiri adalah yang terpilih di kalangan pelajar. Naqibah itu dipilih bukan bermakna ilmu mereka telah cukup. Bahkan mereka dipilih untuk bersama-sama dengan rakan seperjuangan meletakkan landasan hidup atas jalan Allah. 
---------------------------------------------------------------------------------------------------


Bagi aku, hari-hari adalah tarbiyah dan tarbiyah ada di mana-mana. Sama ada kita sedar atau tidak. Kita pasti melalui fasa-fasa, Yang bila mana difikirkan semula mungkin kita tidak menyangka kita sudah pun berada difasa itu. Setiap hari kita belajar sesuatu. Ada kala, kita merasakan diri tidak mampu untuk melaluinya. Kemudian, siapa sangka kita sudah pun melepasinya.







I learned that, usrah is NOT JUST A GROUP DISCUSSION, it's a FAMILY. These girls, with me in the circle, are not just mates or friends, they are my sisters. And no, we don't only discuss about religion, we shared about the things that bothered our mind. We helped each other.


Allah shows that everyone need a murobbi for Muhammad is our murobbi, and Allah is The Murobbi to our prophets. For He (Allah) is the best murobbi to all of us.




Ehem. Sekian sahaja ceramah daripada saya. Hihiks.


Ekceli just nak share video ohsem tu kat korang semua. Ohsem kan editing dia? Dahla guna latar suara korea. Sumpah comel. Awwwrrr. Sambil tu, video ohsem tu diselitkan dengan mesej dakwah. Tentang pengalaman usrah seseorang yang belajar di Korea. Video beliau juga memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Video OSEM APG '11. OSEM (Ordinary Self, Extraordinary Muslim)




notakaki : aku mendambakan teman yang ingin mengajakku bersama sama ke syurga Allah :')

Best Moments In Life ♥♥


Here I want to post a short entry.



About the Best Moment In Life ♥

•Laughing till your stomach hurts
•Get away on a vacation with friends
•To fall in love
•To go to bed while listening to the raindrops outside
•To pass your exams with high grades
•To see an old friend again and feel that things have not Changed..
•To touch the fingers of newly born child..
•Walking alone on a silent road at night and listening to your favorite songs..♡
•Calls at midnight that last for hours
•To wake up then realizing you can still sleep more
•To accidentally hear people say amazing stuff about you
•To hear a song that brings out so much memories
•Walks on the beach
•The feeling you get on the night before a huge event or party
•Spending full days with friends
•Watching sunset
•Butterflies you get when you see that special someone.
•The comfort of knowing there are someone that care and love you.
•when something you never expect to happen , happens or whom you love suddenly tells you “I Love You”


“This is life.. Simple stuff can be a reason for your smile.. Cherish every moment… And keep them close to your heart.. “

notes : going crazy with my best friends is the best moment ever :)

psstt..share your best moment

Jun 22, 2012

Disneyland kat Ipoh?


Assalamualaikum semua.

Hmm sebenarnya dah lama tahu pasal ura-ura mengatakan yang Disneyland bakal dibuka kat ipoh ni. Say what? First time dapat tahu, rasa macam 'OMG! biar betikk woi. tipuu laa. haha,' But bila dah terbukti kesahihannya kat Metro, baru la dapat terima hakikat. Memang Disneyland akan wujud kat Malaysia. So yeah, it was ohsem! Then, tapayahla aku berangan nak pegi obersi semata mata nak jejak kaki kat Disneyland. Hoyeahh!

dapat membayangkan kartun2 ni lambai2 tgn ke arahku *pengsan

Well, dah banyak kemajuan Ipoh ni rupanya. Bangga aku jadi orang Ipoh. Kahkah. Bayangkanlah, dulu aku rasa macam baru je jejakkan kaki kat AEON Jusco Station 18 yang baru dibuka. Tup tup Mydin Mall terbesar kat Malaysia tu dibuka jugak. Tarikh dia bukak pun dekat dekat. Aku memang pegi kat dua2 tempat tu waktu 1st day, so memang gila bapak ramai ah orang. So, apalagi rakyat Malaysia. Kalau ada masa nanti lawatlah Ipoh. Boleh singgah Lost World of Tambun. Sambil tu boleh singgah rumah aku. Dekat je pungg. Kahkah. Ipoh maliii!

jusco terbesar di Malaysia

pasaraya terbesar Mydin di Meru Ipoh

Okay berbalik kepada tajuk. Hmm kalau nak tahu lebih lanjut pasal Disneyland ni, klik myMetro

Taman tema Ipoh ni dijangka siap pada Disember 2014. Ada lima zon keriangan yang akan dibina :-


~ Fantasy Forest ~
~ Wacky World ~
~ Pirates Cove ~
~ Lost Canyon ~
~ Pixel Planet ~ 

Selain tu, ada juga dibina sebuah hotel dan 2 buah pangsapuri untuk tujuan penginapan pengunjung. Sekarang ni sedang dibina hotel bertaraf butik yang dijangka siap bulan Jun 2013. 

Okay, kesimpulannya...Ipoh Rawks! Haha :D

Eh cop cop. Belum habis lagi. Ada dengar tak pasal Legoland Malaysia bakal dibuka kat Nusajaya,Johor? Mesti ramai dah tahu kan. Nak tahu lebih lanjut? Klik Legoland Malaysia. FYI, Legoland Malaysia adalah Legoland ke-6 dunia. Grand opening adalah pada 15 Sept 2012.

ohsem kan? hihik *pengsan lagi

jom explore Legoland!

Price Legoland Malaysia : 
1st Day Ticket for Adult (12-59) : RM 140
1st Day Ticket for Child (3-11) : RM 110
1st Day Ticket for Senior (60+) : RM 110
Annual pass for Adult (12-59) : RM 275
Annual pass for Child (3-11) : RM 210
Annual pass for Senior (60+) : RM 210

notakaki : Betullah. Malaysia bakal setanding negara maju pada 2020.


Jun 21, 2012

GIVEAWAY: 1960 Moustache


Assalamualaikum and hye readers.

I'm joining the giveaway by Fyazainal. Rings and top from 1960 Moustache collection will be given for 5 lucky readers. Hurry!! It will be over in a week. The closing date will be on 27th June 2012. So what are you waiting for? 

ONE. go to this LINK and like it!!
TWO. spread the news in your blog
THREE. paste your blog link in her comment box
FOUR. and wait. and pray.


one of the 5 lucky readers will get to choose any top from 1960 Moustache collection



5 lucky readers will get to choose any ring from 1960 Moustache collection


Here are some of 1960 Moustache collection :






Awesome right?

Psstt..do pray for me :)

Jun 20, 2012

Mamat Jiwang vs Minah Brutal

*Sumpah cerita ni sweet gila. Rugi tak baca. Haha :D

Isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)

Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?
Minah : Waa'laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..
Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..
Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..
Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)

Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?
Pakcik & Makcik : Waa'laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?
Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..
Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..
Mamat : (Dalam hati : waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)
Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..
Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati : ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait n c minah..)
Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…
Mamat : Terima kasih pakcik makcik..

Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)

Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..
Minah : Sso what..? Ade aku kisah..
Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (dalam hati : eh2.. Sabar hati.. Sabar…)
Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..
Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya..? (sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)
Minah : Yang ko sibuk kenape..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun... Kalau ade gak kat umah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?
Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau lkaau rindu2 nanti boleh calling2..
Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..
Mamat : Senyum jela (dalam hati : eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)

Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)

Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Taknak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..
Mamat : Apa ibu cakap ni..? Aiman tak paham la.. (dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)
Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah..
Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju..?
Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan jela niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)

Jumaat (HALAL & HARAM)

Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?
Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?
Mamat : Setuju
Minah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kite b’tunang aku cume nak barang hantaran telekung, sejadah dan al - quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..
Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt.. ( Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)
Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?
Mamat : Takde.. Nak wat pe..?
Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..
Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)

SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’

Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awk nak saya buat ape..?
Minah : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu..

Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..
Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?
Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?
Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..
Mamat : (Dengan mulai dengan surah al - fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)
Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…
Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (cakap dalam nada slow)
Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..
Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..
Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?
Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)

Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati saya..
Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..
Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)
Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..
Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu' amma tu)
Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..
Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..
Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham..?
Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awk.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak je.. Senyum la sikit wak..
Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah t.. Mesti ko tak boleh tidur pas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..
Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..

Jumaat (HARI PERNIKAHAN)

Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”
Tok kadi : Sah3..
Minah : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)

(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)

Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah.. (sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)
Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)

(MALAM PERTAMA)

Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..
Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..
Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu..?
Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)
Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?
Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin dengan ayang..?
Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullai yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu' amma dan membace terjemahan nye.. Semua nya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…
Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangan ye menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..
Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah cam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..
Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNAHTUL FIRDAUS.. AMINNNNNNN….




~*~ Perempuan yang garang luarannya sebenarnye lembut hatinye. Garang dia kerana untuk menjaga maruah dan syariat Ilahi. Jangan la dicaci maki perempuan yang garang itu, cume berilah nasihat InsyaAllah hati dia lembut mendengar nasihat mu...~*~

notakaki : Eh aku ni brutal ke jiwang eh? hmm


Segmen : Blogwalking & Pencarian Follower bawah 1000


Assalamualaikum

Saya join segmen lagi. Nak join? Klik sini.


Okay saya nak tag Sharfynarz



Jun 19, 2012

Segmen : Ciri -ciri Lelaki Yang Aku Idamkan


Assalamualaikum

Hai semua. Saya join segmen yang dibuat oleh Sharfynarz. Segmen ni terbuka kepada semua blogger tak kira lelaki atau perempuan. Nak tahu syarat-syaratnya? Klik sini. So, apalagi. Jomlah join ramai-ramai. Tarikh tutup ialah pada 24 Jun 2012.




Ciri-ciri lelaki idaman :

Tak tinggal solat
Penyabar
Bertanggungjawab
Penyayang
Romantik (selepas berkahwin)

So, cukuplah 5 sebab ikut syaratnya, memang suruh letak 5 je. Hehe. Hmm apa pulak ciri-ciri lelaki/perempuan idaman korang ye? 

Kat sini nak tag 3 orang yang bertuah :



Jun 18, 2012

Mega Tech Giveaway By MizzsNinie, CikMun And DrFara


Assalamualaikum

Saya join GA. Nak join? Jomla! Klik sini







Hadiah :

* Sebuah MP3 Player
* Sebuah Phone Samsung
* Sebuah Kamera Lomo
* Kpop Merchandise
* Inner Neck
* 30 Bloglist Selama Sebulan
* 10 Banner



Okay. Kat sini nak tag beberapa orang.




Lomo Wave ! By Miraa Hussin & Amer C


Assalamualaikum


Saya join GA yang dianjurkan oleh Miraa Hussin dan Amer Corner. Nak join sila klik nama dorang tu yer.


Syarat-syarat penyertaan :

  • Wajib untuk follow blog Miraa Hussin and Amer Corner
  • Like fanpage dorang berdua. Boleh tengok kat tepi blog dorang ataupun klik je button like kat atas tu
  • Copy paste code tu dekat entry korang
  • Ambil banner bawah ni then letak kat sidebar korang
  • Pastikan korang bagi link penyertaan bukan link blog

Senarai hadiah :

  • 1st top referring site = Waterproof Lomo with films 
  • 2nd top referring site = Waterproof Lomo with films
  • 3rd top referring site =  Waterproof Lomo
  • 1 lucky winner = RM10 topup
  • 5 lucky winner = RM3 topup

Jun 17, 2012

Oh My English!




Salam dan hai! How are you today? Fine? Great. After watched the OME drama yang selalu diulangsiarkan kat astro tu, so I realize that my English have improved. Ouh yeah, maybe selama ni kita pun tak perasan kot yang kita selalu...i repeat, selaluuu sangat say wrong english. I think OME is a very good drama show that will make our english better. So yeah, I  do love OME since Izara Aishah be the actress. Haha. So damn cute okay. Here, I want to give you some example of english sentences that you might say it wrongly.

Thats mean = itu sangat kejam
That means = itu bermakna

E.g: If I go out with you, thats mean I like you. WRONG
       If I go out with you, that means I like you. RIGHT

Congrates = tahi...nah (???)
Congrats/Congratulations = tahniah

E.g: Congrates! You got full marks. WRONG
       Congrats! You got full marks. RIGHT 

FYI, these words I got after watched Hamis Jalikha..opss..Hanis Zalikha's video. She had teach me how to say it correctly. It might be quite simple, but you know, the words might effect the meaning, right? So, after that I think I must speak or write English correctly. I admit that I'm not a good english user. But, I will learn from my mistakes. So, lets improve our english now! Practice make perfect.

scene in the classroom

Kalau nak belajar lebih banyak lagi, don't miss OME setiap episod ye! Walaupun ayat ayat dan perkataan yang digunakan tu agak simple, but siapa tahu, sesimple tu pun kita boleh tersilap bagai. Bahasa rojak la kononnye. But, malulah kan kalau ayat yang simple tu pun kita tak reti. Haha. Okay, last but not least, have fun learning english!

notakaki : don't say please open the fan, but say please switch on the fan. OME!

Jun 16, 2012

Gula-Gula Getah


Salam dan hai.

Mungkin ada yang tercari-cari lagu Gula-Gula Getah OST Filem Chow Kit yang telah pun ditayangkan. So, yeah! Haha. First time dengar lagu ni, terus tersuke disebabkan alunan yang mendayu dayu oleh penyanyinya. Hihik. Tajuk dia pun comel. Haha




Lirik lagu Gula-Gula Getah :

Jangan berdiam saja walau kau ku tahu kita hanyalah remaja
Jangan kau berlalu saja kerna aku tahu kau memang dilamun cinta
Beginilah kehidupan kita, segalanya penuh rahsia.

Tapi aku memang benar-benar suka pada dia
Aku cinta dia
Kau kata hubungan kita palsu semata-mata
Oh mengapa.

Aku tahu aku bukan orangnya kerna kita hanya teman biasa
Tapi kau tak boleh memilih cinta aku
Kerna kau tak mahu terluka

Terimalah aku seadanya
Walau kita tak serupa

Tapi aku memang benar-benar suka pada dia
Aku cinta dia
Kau kata hubungan kita palsu semata-mata
Oh mengapa.

Tapi aku memang benar-benar suka pada dia
Aku cinta dia
Kau kata hubungan kita palsu semata-mata
Oh mengapa. 

kecewa


Kadang kadang kita telah berusaha terhadap apa yang kita inginkan. Tapi hasilnya, hampa. Baru kita sedar bahawa apa yang kita inginkan itu adalah sekadar impian. Impian yang sukar dikecapi. Tapi mungkin juga, usaha tidak mencukupi. Barangkali mungkin belum rezeki. Ya, kita ditakdirkan untuk kecewa, bukan untuk menjatuhkan diri sendiri. Tetapi untuk kita bangkit kembali. Untuk terus berjuang demi melunaskan segala impian.



kecewa bukan bererti telah gagal selamanya


kecewa dengan keputusan peperiksaan
kecewa dengan percintaan manusia
kecewa dengan permainan dunia
kecewa dengan ragam manusia
Ada pelbagai jenis kecewa

Tetapi hanya kita yang mengetahui, sampai bila mahu tenggelam dalam rasa kecewa. Ada waktunya, kita perlu bangkit semula dan hapuskan rasa kecewa. Kadangkala rasa kecewa membantu kita ke hadapan. Namun, ada juga rasa kecewa yang membunuh kita dari dalam.

Sakit------
Kalau tiada rasa kecewa, 
bagaimana mahu bangkit?

Sakit------
Kalau tiada sesalan,
Adakah itu namanya kehidupan?


"Sampai bila awak mahu menunggu?"
"Sampai saya penat"

"Bila pula awak akan penat?"
"Entah, saya pun tak tahu"


Notakaki : Tiada siapa yang akan memahami penderitaan dan kebahagiaan manusia itu sendiri kecuali diri mereka sendiri selain daripada Yang Maha Esa tentunya.