Jul 30, 2012

Shopping Raya !



How is your weekend? Great? Haa sape dah beli baju raya, angkat tangan!

Hehe okay. Memandangkan hari jumaat haritu ikut family pegi KL sebab hal kerja ayah, so sempat la jugak pegi shopping raya sekitar KL. Firstly, kitorang tidur kat rumah sedare kat Sg.Buloh. Esoknye baru stat jalan KL. Memang dah plan taknak bawak kete jalan KL sebab gerenti jem. Untuk elak kesesakan, kitorang pun berenti kat stesen KTM Sg.Buloh. 




Barulah tahu rupanya KTM kat Sg.Buloh adalah KTM terbaru dari China. Means, lebih selesa la. Barulah berbaloi perjalanan ke area KL. Tengok depannye pun macam smart.




KTM baru ni memang selesa ala-ala macam dalam flight. HAHA. Kerusi fabrik dia boleh menyebabkan sesape pun nak dok situ lama-lama. Siap air-cond, luas, ada pasang lcd kecik lagi. Haa waktu tu memang depan tempat duduk aku ada pasang cerita Tom and Jerry kat lcd tu. Memang terbaik lah kan. Yang paling best, area tempat duduk perempuan dan lelaki dipisahkan. Tapi, ada je orang yang duduk bercampur.





From stesen Sg.Buloh, terus menuju ke stesen Bank Rakyat. Dekat situ, tak lain tak bukan mestilah pergi ke SOGO. Muahaha. Dalam hati aku asyik berkata,' baju raya..baju raya..'




Sampai-sampai je dalam, mak oyy ada perhimpunan BERSIH 4.0 pulak ke kat sini? Gila ah ramai orang. Ouhh patutlaa. Ada sale beb. 70% 50% and etc. Paling best tengok jualan handbags. Semua branded ouh tapi harga dah murah. Wuhuu bole gila aku belek satu-satu beg kat situ. Tapi, semua beg kat situ atas 100. Alamak, bajet bajet..

Kiri kanan atas bawah sesak gila. Sampaikan ramai orang dok landing @ berpicnic dengan famili dekat penjuru bangunan. Wuuu meriah sungguh laa. Masa kat tingkat atas, try pandang bawah. Lagi dasyat orang macam semut je banyak dia. Sana sini sale, mana tak beli kan? Kalau boleh memang nak beli banyak benda kat sini, tapi bila pikir balik sure banyak masa terbuang dok berbaris tunggu nak bayar. At last, tak beli apa pun. Just window shopping. Muehehe.


Okay, destinasi seterusnya adalah...Jalan TAR! Kat sini pun memang femes la kan tempat orang shopping raya. Harap-harap lebih murah lagi berbanding SOGO. Hehe.



Tapi sampai-sampai je..fuhh lagi sesak. Dahla sempit. Rasa takde mood pulak nak shopping situ. Berhimpit dengan orang ramai. So, just berjalan je la kat sepanjang jalan tuu haha.


Lepastu, melalui celah-celah gerai kat Jalan TAR, aku menyelinap masuk terus ke kedai depan SOGO. HAHA at last jumpa pun baju raya yang nak dibeli. Ouh my fav, baju kurung cotton polka dots! Pilih je mana suka. Tapi disebabkan material kainnye ada yang kurang berkenan, aku abaikan je. Baju kurung cotton ni ada macam macam jenis kain. Lagi berkualiti kainnye, lagi mahal la.


Last-last bukan polka dots yang aku beli...Nak tahu apa?

Jeng jeng jeng !!


stripes baju raya ! haha


Okay tu baru satu je baju aku jumpa. Then, kena cari lagi. Kali ni memang betul-betul nak polka dots. Bukan je corak dan warna mesti cantik, kualiti kain pun penting. Yela sebab kita yang nak pakai kan. Harga pun aku nak cari yang berpatutan. Kalau boleh nak suruh dia bagi diskaun bila beli banyak-banyak.

At last, tak tahu dah nak pegi cari kat mana. Kaki dah lenguh asyik berjalan je, badan penat, haus, lapar, panas, crowded, arghh tapi baju tak jumpa lagi. So, tetiba nampak satu lagi shopping mall. Penat-penat pusing atas bawah pun tak jumpa jugak. Penat dia hanya Allah yang tahu. tsk tsk. -.-

Keputusan terakhir, kitorang pun patah balik ke Sg.Buloh naik KTM lagi sekali. Beli tiket, tunggu komuter and bla bla..sampai la. Tetibe baru terfikir nak pergi The Store Sg. Buloh. Not bad, baju kurung ada banyak pilihan. Harga pun lebih murah berbanding Jalan TAR. Arghh kenapa lah tak pegi sini je dari tadi? Buat penat je jalan jejauh naik KTM, jalan kaki bagai and then kat Sg. Buloh jugak pegi belinye. So sad haha. *tampar dahi

Pilih punya pilih dapatla lagi tiga helai baju raya. Haha. Kali ni memang polka dots yang kena dengan citarasa. Kain dia pulak ada stripes.Terus sambar tiga. Okay boleh simpan bertahun tahun hahaha.



Kesimpulannya, pastikan fizikal dan mental anda berada dalam keadaan baik sebelum berfikir untuk shopping raya kat situ. Lagi-lagi dalam bulan puasa ni dengan cuaca yang panas. Takut termencarut pulak kang haa dah kurang pahala puasa. Kahkah. Ouh ye, aku ada terserempak dengan sorang junior sekolah aku masa tengah jalan kat depan SOGO. Nama dia, Versun Sassin (nama glamor). So, ada jugak la borak pasal kisah shopping kitorang muahaha.


Haha rupanya dia pun fed-up pegi shopping situ disebabkan kesesakan tak terkawal. 2 jam setengah stuck dalam jem kahkah. Lagi kesian. Please ah memang takleh bawak kereta situ. Better jalan kaki.

Pesanan aku, 'Berjimat sebelum habis, beringat sebelum kena'. Aku hentam je pepatah patah ni HAHA. Rosak bahasa melayu.

notakaki : best jugak shopping raya kat KL. lain kali aku nak pegi lagi.

Jul 25, 2012

Salam Ramadhan :)





Mat Luthfi's video sempena Ramadhan :')
Hai semua! Rasanya tak terlambat lagi kan nak wish Happy Fasting to all Muslims. So how is your Ramadhan in this early days? Hope that our Ramadhan is full of bless and barakah and.. and remember! jangan sesekali membazir dalam bulan yang mulia ni. You know why? Because people always go to bazaar and wasting their money for a lot of foods! Although they know that it can't be finished. Alaa biasalaa kann bulan-bulan puasa ni kalau takde bazaar Ramadhan memang tak sah. It's okay to buy some foods from the bazaar but you must know the limits. Maybe dah banyak kan makanan yang dimasak kat rumah tu. So why kena beli bebanyak dari luar? Tu semua nafsu tau muehehe.
Ouh semestinya makanan yang dimasak di rumah lebih bersih dan selamat malahan menjimatkan. You know why? Because makanan di luar terdedah kepada risiko-risiko buruk seperti err err pepaham sendiri lah ye. Hmm haritu ada la jugak pegi for the first time ke bazaar Ramadhan dekat je dengan rumah. Sekali pergi, fulamak mak engkau punyalah ramai nak mam orang yang belinya. Okay paham bulan puasa ni nafsu memang melonjak ke arah makanan. So, rasa macam syurga makanan woo kat bazaar tuu. Sepanjang jalan ada gerai makanan. Manalah tak meleleh ayaq liur ni. Then, dalam kepala hotak ni rasa nak pick and buy semua makanan kat situ. Haa punyalah pelahap aku ni. TAPI nasib baik akal cakap,'sabar sabar. Itu semua nafsu!' Okay fine tak jadilah nak beli semua. Beli murtabak dengan kuih je.
Then, bila kat rumah nak berbuka puasa, try la rasa kuih tu. Om nom nom tetibe erghh lain macam je rasa kuih ni. Haa dah sah peniaga tu nak untung je. Ntah ntah kuih tu dari hari bile ntah ataupun ramuan dia tak cukup. Ouhh siyesly cucur udang mak aku buat thousand times lebih sodapp! Semenjak aku terbeli kuih tak sedap tu, aku terus malas nak pergi bazaar Ramadhan. Dahla terbeli banyak pulak kuih tuu haa kan dah membazir namanye. So my advice, kena perhatikan dulu kuih muih yang kita nak beli ye. Kalau boleh interbiu dulu peniaga tu apa ramuan kuihnye, berapa lama simpan, sedap ke tak, and whatsoever muahaha (maunye kena jelingan maut lepastu). 
HERE ARE SOME TIPS FOR RAMADHAN :
LASTLY,
SEMOGA RAMADHAN KITA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI YANG SEBELUMNYA. INSHAALLAH
Notakaki : Medical check up, flight tickets, hotel, etc..ahh banyak lagi tak prepare.
psstt aku tak tahu kenapa entry aku kali ni tak boleh nak selang even sebaris. aku pun dh fed up betulkan tapi still sama. terpaksa gunakan quote untuk jarakkan. so, ada sesape tahu sebab ape?

Jul 20, 2012

Kisahku ke UPM




Hai salam sejahtera. Well,18 July seperti yang dirancang, me with my parents go to UPM Serdang. Eh aku belum jadi student UPM lagi la dan pergi situ bukan untuk mendaftar. Hehe dalam entry sebelumnya, kan aku ada cakap yang parents aku nak tukarkan aku ke UPM Serdang sebab dekat. Ekceli parents aku ada buat appointment dengan makcik aku, staf akademik tu. So kami pun bertolak la awal pagi dalam pukul 8 am (kemain awal). Otw ke UPM, mak aku cerita la macam-macam (disebabkan mak aku pernah kerja kat sana). Bapak aku pulak bekas pelajar kat UPM. So, U know that my parents meet each other at UPM. HAHA macam sweet je pertemuan parents I kan hihik.




Pondok guard ni style gila haha

This is the first time aku jejakkan kaki dalam UPM ni. Fuhh hijaunya pemandangan kat sini. Ahh the best scenery ever. Haha kemain aku meninjau setiap fakulti yang ada. Patut ah kena ada bas byk bijik kat sini. Jarak antara kolej kediaman dan fakulti punya lah jauh. Wuu besarnye kawasan dia. Okay, ekceli kedatangan aku kat sini nak jumpa mak sedare aku yang bekerja sebagai staf bahagian akademik. Haha tak lain tak bukan adalah pasal pertukaran tu. Em tapi aku tak kisah sangat kat Serdang atau Bintulu. Tapi disebabkan aku tak biasa duduk jauh oberdesi dengan mak bapak, so aku kena la kisah jugak muahaha (Haha jangan tuduh aku anak manja pulak :p)



credit to: UPM

Hmm mak aku cakap, dah doploh tahun tak jejakkan kaki kat sini. Bapak aku cakap, UPM ni dah banyak perubahan, maklumla dah lama tinggalkan tempat belajar. Dipendekkan cerita, kami pun pergi ke Bahagian Akademik UPM. Staf-staf Akademik situ punya lah kecoh bila dapat tahu mak aku tu pernah kerja situ. Haha klakar je. Aku tengah tunggu turn jumpa En. Fauzi yang uruskan pengambilan pelajar. Sebelum aku tu, ada sorang budak 4 flat dapat kos medic tapi kat Sarawak. So dia try mintak kat UPM. En.Fauzi tu cakap pengambilan pelajar ambik kira markah koku jugak. Means, kalau dapat 4 flat, tak semestinya dapat buat medic sebab sekarang dah banyak persaingan.

Tibalah giliran aku. Then lepas bincang-bincang, En. Fauzi cakap dia tak berani jamin akan dapat tukar. Lagipun, pengambilan pelajar tahun ni dikurangkan dan kuota memang dah penuh. Sebelum tu, aku ada jumpa mak sedare aku dok sebelah En.Fauzi je. Dia cakap kalau rajin belajar dan dapat pointer tinggi,tak kisah la U mana atau kos apa sekalipun,mesti senang dapat kerja. Lagipun dia cakap kos yang aku dapat ni bagus dan banyak pasaran kerja. Dia tak galakkan untuk tukar. Hmm memang aku minat dengan kos tu, tapi kenapalah dia letak tempat jejauh sangat haa. Pastu,ada pulak kes pasal anak datin ni nak mintak kos agak kritikal even pointer tak lepas. Haha tergelak je aku tengok diorang bergaduh pasal anak datin tu.

Akhir cerita, diorang suruh call balik next week. Hmm aku dah sure dah mesti tak akan dapat punya. Dahla kena sahkan tawaran tu sebelum ahad ni. Tapi takpela, at least aku dapat pendapat yang positif dari staf-staf tu, dan membuatkan aku yakin untuk teruskan apa yang aku dapat. Mak sedare aku cakap,yang penting belajar dulu sampai dapat 4 flat, nanti boleh terus sambung PHD. So aku macam,wow siyesly? Haha terus naik semangat aku. Ekceli ada ramai je lagi sedare mare aku keje kat sini. Sorang keje under fakulti sains. Pak Su aku pulak keje under fakulti kejuruteraan.

Sebelum balik, aku cakap kat parents aku nak singgah dewan besar sebab ada pameran rekacipta. Sekolah aku pun terlibat. So mestilah wajib tengok kan. Tau tak pasal ciptaan 'Nutty Notty' oleh pelajar SERATA? Haa kalau nak tahu lagi,klik sini. Rupanya memang rezeki aku lah kan dapat tengok secara live. Haritu rasanya baru je kuar tb pasal pertandingan rekacipta ni. Haha sape tak bangga beb sekolah sendiri masuk tb kahkah poyo je.





Haa menarik kan pameran ni? So kedatangan aku kat UPM ni memang bermakna la sebab kebetulan bertembung dengan tarikh pameran. Haha aku nak temuramah junior aku kat situ. Masuk je dewan aku terus cari booth sekolah aku. Lastly, jumpa! 




terpampang nama sekolah aku :D


Nama 'Nutty Notty' tu comel okay! HEHE

terangkan cara guna kat orang ramai

Haha tunjukkan sign bagus sebab diorang mmg ohsem!

Rupanya diorang tu semua kenal aku. Aku je tak kenal diorang muahaha. So, kitorang pun bertemu ramah la kejap. Haha pastu, aku ada suruh diorang tunjukkan cara nak guna 'Nutty Notty' tu. Dengan gigihnya diorang bersungguh sungguh terangkan :)

baru aku bebetul paham. guna konsep hydraulic physics

banyak lagi sekolah yang bertanding

Lepas puas tengok pameran tu, aku pun say goodbye to UPM. Srobbss. Bila lagi nak datang sini ek?

masjid UPM

goodbye UPM :') me heart you


Then, kami pun pegila rumah Pak Su aku around Serdang jugak. Mak Su aku pulak siap bagi advice bagai sebab aku kan bakal student sana. Hmm so aku dah dapat la pointnye disitu berdasarkan benefit yang Mak Su cakapkan tu. She said, benefit belajar UPM Sarawak: 'hostel until graduate, student bagaikan anak emas, lecturer lebih fokus kepada student, student dari sana selalunya high scorer, dapat pengalaman di rantau orang, ada famili angkat.' Huu okay fine banyak benefit but satu je, aku tak biasa la kat situ. Takpe, lama-lama nanti biasa laa..(pujuk hati) -,-

Lastly, dalam pukul 7 kami pun bertolak ke rumah. Sampai around 10 pm. Fuhh penat gila kot seharian kat KL. Tapi best sebab dapat jalan-jalan hehe. Eh panjang pulak entry ni. Haha kbai!

notakaki : Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan...


Jul 14, 2012

Result UPU?




Huhh satu badan lenguh ni sebab semalam pegi meronggeng dengan kengkawan kat parade. Pukul 8 am keluar rumah, singgah sekolah amek sijil spm (wahaha bole pulak aku tak amek lagi), dan pukul 11.30 am terus jalan kaki ramai-ramai pegi parade (nasib baik tak jauh sgt. haha). Lepastu pegi shopping bagai dan main boling 2 game (tu pun rasa dah lenguh tangan ni). Sampaila pukul  6 pm baru balik rumah. Omaigod seharian berjalan seyh. Serius penat gila kot.

Tengah aku sakan main boling tu bole pulak kengkawan lain mesej tanya result UPU. Suruh check guna sms. Haha mmg tak ah. Last-last aku check kat rumah je. Aku target nak masuk UTM kos chem engine sebab tu mmg first choice aku. Major yang aku minta pun semua chem engine. Ade jugakla mintak bioindustry and chem industry. Mmg aku macam yakin je nak dapat UTM tu. Famili pun memang nak sangat aku dapat sana sebab tu kira U yang terbaik la kan, kos yang aku mintak pun agak kritikal, then UTM tu dekat dengan kampung aku. So, bila check je UPU.... (masa ni aku redha je la apa yang aku akan dapat)





See? Aku dapat kos bioindustri kat UPM. Alhamdulillah. Firstly, mmg aku bersyukur gila lah kan sebab dapat jugak sambung belajar lepas matriks. Agak frust jugak la sebab tak dapat chem engine tu. Sebab aku rasa aku lebih kepada physics rather than bio even kat matriks aku amek both subjects. So, tak kisah sangat la kan dapat berkaitan bio. Hmm UPM dan kos tu memang dah nice sangat dah. But, UPM tu kat sarawak kot. Haha. Aku tak expect pun sebenarnya akan dapat yang ni. Lagipun, aku macam kelam kabut je isi UPU tu last minit kat kampung aku. Dahla line ntah pape je kat sana. So aku macam tak kisah sangat la pasal pilihan aku yang ni dekat mana.

Ekceli ni choice aku yang 3rd. Haha kira okay la jugak kan dapat yang 4 teratas tu. Syukur sangat. But, bila parents aku dapat tau aku dapat nun jauh di perantauan, diorang macam, "Haa? jauhnye kak! macam mana bole dapat yang tu? ya Allah.." Huuu takde langsung riak muka happy atau ucapan tahniah but diorang terkejut gila aku dapat jauh. Hmm nak buat camne kan dah memang aku ada pilih yang tu. Aku pun pakai isi je apa yang aku nak. Parents aku sebenarnya takut nak lepaskan aku kat seberang laut tu. Yela, selama ni pun aku study just around perak je, Ipoh je. Sekali, dapat jauh tu dia engkau. Apa nak kata?

Yela, ekceli susah sikit la kan kalau kena belajar kat sabah sarawak ni. Kos kat sana mahal (kawan2 aku yang belajar kat UNIMAS cakap). Dengan kena prepare tambang flight lagi. Means, takbole lah balik rumah selalu. Maybe balik waktu raya je la. Haha. Mak aku siap dah pesan dah jangan berkawan dengan bebudak sarawak, sebab bahaya (takut kena buatan orang. yeke?). Tapi, okay what sebab muka bebudak sana macam kpop muahahaha (auta je ni tapi ramai cakap camni). Lastly, parents aku decide nak suruh aku tukar kat UPM Serdang, so kena tukar kos sekali (yang berkaitan la). But, paham-paham la kan nak tukar macam mana. Payah sikit la, melainkan...ada cable. hehe.

Bila aku tengok status kengkawan aku kat fb, macam-macam yang diorang update. Ada yang dapat U hebat, tapi kos yang tak minat. Ada yang dapat kos terbaik, tapi U jauh di perantauan. Hmm ada je yang tak puas hati kan. Macam aku jugak lah kan. *sigh* Tapi kena fikir jugaklah macam mana perasaan orang yang tak dapat langsung tu. Kiranya kita ni kena bersyukur la at least dapat jugak sambung belajar. Dekat mana atau kos apa tak penting sangat pun. Yang paling penting, minat kita untuk terus belajar demi mencapai segulung ijazah. Amboi kemain ayat aku haa.

Lastly, redha je lah dengan apa jua keputusan yang diterima. Mungkin itu yang terbaik untuk kita, tapi kita tak nampak lagi hikmahnya. Allah kan dah menetapkan yang terbaik untuk hambanya. Yakinlah dengan Dia. Berdoa banyak-banyak mintak petunjuk. Yang dapat dua pilihan sekaligus (macam kawan aku sorang tu yang tengah dilema nak pilih mana), buatlah solat istikharah dan mintak pendapat orang yang lebih dewasa untuk buat pilihan. Semoga apa juga bidang yang diceburi memberi manfaat untuk diri kita dan juga orang lain. InshaAllah Aminn :) Apepun, chill la okay!




Semua telah ditentukan :)




berdoa mintak petunjuk dari Allah


Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.[2:216]



notakaki : jom baca artikel menarik dari blog Pena Maya.

Jul 11, 2012

wordless wednesday #CUPCAKES











Dah kahwin?




Selamat malam! Hmm lamanya tak hupdate ye. Maklumla, busy memanjang..ewahh. Haha so, sape yang dah kahwin ni? Yang pastinya, bukan aku ye. Eh of course la bukan. So, siapa? Well, she is my klasmate kat sekolah dulu. Yeah, she is Ainol. :)

Amboi kemain kau Ainol, senyap-senyap je kau nikah eh. Tup tup dah jadi bini orang pun. Anyway, tahniah la sebab jadi orang first antara batch kite yang dah kahwin. So the next turn are...syyhhh just wait and see.

Kenduri kahwin Ainol ni ekceli 7 Julai haritu, hari Sabtu. Aku pun terkezut la jugak bukak-bukak fb tetibe ada pic Ainol dah nikah. She is just 20 yaww. Tapi maybe jodoh dia sampai awal kan. Sekarang ni pun dah ramai orang kahwin awal. Contohnye, Dena Bahrin

Okay straight to the point, ekceli kitorang memang dah berpakat nak berkonvoi ke rumah mertua Ainol (ekceli kenduri tu dibuat sekali). So aku tumpang la kereta kawan aku tu bersama lagi 3 orang. Along la yang paling sempoi sebab dia naik motor beb dari Kampar. Ekceli tempat kenduri tu dekat dengan Taman Herba.



lokasi kejadian

Nak dijadikan cerita, sepatutnya kitorang boleh sampai awal. Tapi disebabkan nak konvoi punya pasal, kenalah tunggu sorang-sorang sampai semuanya tak sesat. Ada sorang tu nasib baik tak terlencong ke jalan lain. Kehkeh. So kiranya ni macam pre-reunion la jugak even tak berapa nak reunion sangat. Eh?

Sampai-sampai je kat rumah pengantin, apelagi kitorang pun excited gila jumpa masing-masing. Maklumla dah lama kot tak jumpa. Yang bestnye, mak bapak mertua Ainol dah siap tunggu kat pintu masuk nak sambut kitorang. Macam VVIP puleks.




rombongan bebudak Ta'ayah





Sampai je depan rumah pengantin, nampak la Ainol with her husband tengah syok menjamu selera. Urghh aku tabole tengok makanan bebanyak ni. Mulalah perut berkeroncong. 



terpancar kebahagiaan. ewahh


we are ex-SERATAians


Amek kau. Terus serbu pelamin. Haha

Haa kat pelamin ni la paling banyak sekali kitorang tangkap gambar. Kekonon amek berkat gitu. Ecewah. Tapi, aku mencik gila ah bergambar kat situ. Tudung aku asyik terkelepet je kena kipas angin. Haihh bad tudung day. Tengokla muka aku malas tangkap gambar. Sabor je lah kan. 


lepastu serbu bilik pengantin pulak


kemain pepegang bunga


Mira & Wid. Wid pakai niqab pun tetap cun


Me with Wid toink toink.


Yang ni Along tetiba muncul kat tengah.
Boleh buat iklan colgate dah Along ni.


Love this picture :')



Memasing nak amek berkat lettew. HAHA

Lepas ni sorang-sorang dalam gambar ni kahwin


Ni nak habaq mai, makanan buffet yang disediakan memang unik dan ohsem la. Sumpah sedap dan tak pernah lagi rasa dalam kenduri sebelum-sebelum ni. Ayam dia je ada berapa jenis ntah. Baru tengok je dah terliuq dah. Belum lagi makan. Haha cheq tercakap utara pulak naa. Rasa macam nak tapau je bawak balik semua makanan tu. Kehkeh *aku ni muntahkedarah ke hape? Lepas makan-makan, kitorang pun berphotoshoot bersama pengantin. Amboi kemain.

Sesi photoshoot :

Ehem ehem. Posing sakan.


Lastly, moga Ainol berbahagia bersama si suami di dunia dan akhirat, jadi isteri yang solehah dan moga berkekalan hingga ke syurga. Aminn. The day was ohsem sebab dapat jumpa memasing and cerita macam-macam. Diorang sume memang 'gila'. HAHA.
Memang happening sangat. Hmm lepas ni tunggu turn kahwin la ye. Calon-calonnye dah ada kat atas tu. Tunggu sampai seru je. Ecehh. Haha kbai!


Lambat sangat tunggu Mira beli hadiah.
Apalagi, main dengan kamera sendiri. Kihkih


notakaki : berdebar tunggu result upu minggu ni. mengharapkan yang terbaik :)