Aug 30, 2012

Entry bergambar - Lost World of Tambun


Hai semua ! hm sebenarnya dah lama nak update tapi asyik terlupe je hihik. So today, just nak kongsikan beberapa gambar masa vacation dengan family haritu.























Okay till we meet again ! Nak bersiap pegi KL. Then fly pegi Sarawak. Wuuu babai home !


Aug 25, 2012

Entry Raya 2012



Salam semua ! ouhh lamanya tak update. Maklumlah busy dengan raya dan raya. Haha tahun ni macam biasala beraya kat Johor. Setiap tahun macamtu. Lepastu hari raya keempat singgah Teluk intan pulak. Hari raya kelima ? Attend kenduri kawan sekolah. Er nantilah cerita pasal majlis tu. Sekarang cerita pasal raya hehehe.

Eh sebelum hari raya pertama tu, kampung aku memang meriah sangat dengan bunyi mercun bunga api. Memang asyik ada je sepanjang malam tak berenti. So, kitorang yang memang takde mercun tu pakat pegi rakam la. Haha motip sangatt. Cantik gila tau macam hari merdeka gittew.



Hari Raya Pertama

yang pakai spect dua orang tu nenek dan aunty

Ini family aku. cukup 6 orang semuanya hehe. tema tahun ni: purple

Okay hari raya pertama ni, semua orang pakai baju purple dan maybe hitam termasuk sekali (sebab adik laki aku sorang tu mengade nak pakai hitam jugak. dia sorang je ganjil -.-'). First of all, mestilah solat raya. Lepas dah siap-siap semua, masing-masing bersalaman dengan ahli keluarga sambil menadah tangan (mintak duit raya hewhew). Then, bergambar kejap dan terus ziarah kubur atuk dan moyang. 

Kalau nak tahu, antara tradisi wajib orang-orang Johor ni sambut raya adalah marhaban dari rumah ke rumah. Kat kampung aku mesti ada benda ni tiap-tiap tahun. Tak tahu lah pulak kat kampung lain buat ke tak. So, hari raya pertama adalah marhaban untuk kaum lelaki je. Hari raya kedua pulak untuk kaum perempuan. Yeah semestinya tradisi marhaban ni lah yang membuatkan hari raya aku meriah. Yang paling best dapat kumpul duit raya bebanyak dan dapat makan free! Bayangkanlah kalau 30 rumah aku pergi, so berapa banyak duit yang dikumpul? Dan berapa jenis makanan aku melantak? Ouh it was ohsem!

Nak dijadikan cerita, masa pagi raya tu, tetiba pulak satu kampung boleh blackout. Gila ah panas kat dalam rumah. Nak tengok tv pun dah tak boleh. So, disebabkan keboringan yang amat sangat, kitorang adik beradik masuk dalam kereta pastu main rakam video. Adik laki aku tu pasang radio kuat-kuat sambil menari gaya apende ntahh. Adik aku yang bongsu lak pegi tiru video kontroversi 'Sore eyes and 5 days MC' yang dok femes kat utube tu hahaha. Jom layan video sengal ni. Kalau tergelak tolong tutup mulut haha.


menari lagu rap kot haha


muka duck face adik aku klakar okay..haha!


Hari Raya Kedua

Masuk hari raya kedua, aku kena bangun pepagi dan bersiap awal sebab turn team perempuan pulak kena pegi marhaban. Kekadang rasa macam malas pulak nak ikut berjalan satu rombongan pegi dari rumah ke rumah. Tapi kan sebenarnya kalau takde marhaban ni rasa macam tak meriah pulak hari raya kite ni uolls haha. Kalau pegi, boleh makan free sesedap. Bole makan tempe goreng feberetku! So kali ni melaram dengan baju biru pulak.

yeah team perempuan bersedia nak pergi marhaban ;)


rumah pertama yang kami pergi. tapi masa ni tak ramai orang lagi

Em sebenarnya rasa nak hupload video marhaban kat rumah nenek tapi malas tunggu loading. Apepun, kami bermarhaban dari pukul 9 pagi sampai pukul 2 petang. Memang penat tapi best. Yang paling penting, marhaban ni jugak boleh eratkan silaturrahim dengan orang kampung. Maklumlah masing-masing setahun sekali je jumpa. Bila dah jumpa, mestila cerita panjang ye tak ?

Waktu malam pulak, buat barbeque depan rumah nenek. Memang tragis habis la adik aku tu sebab dia bakar sosej sampai hangus. Sebabnye waktu tu dia sebok nak bergambar. Heh =.=

sosej aku yang empat belah kiri tu

haha nampak tak hangus tu ?

Okay raya ketiga pulak, kami beraya rumah sedara dan raya keempat, baru balik Perak. Sebelum balik rumah, sempat singgah kampung kat Teluk Intan kejap.

So rasanya sampai sini je la kisah raya aku. Cemane pulak dengan kisah raya korang ? Mesti lagi best kan ? Hehe. Btw, tak kira di mana pun kita beraya even jauh di perantauan dari family, seharusnya kita bersyukur dapat menyambut bulan Syawal ni.

Akhir kata, Salam Syawal untuk semua :)






















notakaki: tahun ni dapat lebih sikit duit raya dari nenek sebab lepas ni kena belajar jauh hehe

Aug 16, 2012

Ramadhan will leaving us


Lebih kurang 3 hari lagi kita bakal meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini (ayat skema). Alahai rasa cepat je masa berlalu kan. Rasa belum puas nak menikmati keindahan bulan mulia ni. So, macam mana Ramadhan awak-awak semua ? So far so good ? Still bersemangat untuk Terawih ? Atau sekarang dah busy dengan persiapan raya ? Ehem.

Hmm sebenarnya Ramadhan kali ni la yang paling bermakna and the best for me sebab full-time dapat berpuasa dan beribadah dengan family tercinta. Sebelum ni susah tau nak balik rumah dapat cuti semata-mata nak berbuka masakan mak, lepastu pergi terawih sama-sama. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bertemu bulan Ramadhan tahun ni. Semoga dapat berjumpa lagi Ramadhan pada tahun depan, inshaAllah.

hmm berapa banyak checklist ni yang kite dah buat ek?


"Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga. [Riwayat Ibnu Majah]"

Dalam bulan Ramadhan ni kita diuji dengan kelaparan dan kehausan. Tak kurang pula yang diuji dengan berbagai dugaan yang lain. Itulah namanya dugaan bulan Ramadhan. Apapun dugaan yang melanda, banyakkan berdoa mintak petunjuk dan keampunan daripada Allah. Manalah tahu dugaan yang kita dapat tu sebagai penghapus dosa lampau kita atau ada hikmah yang tersembunyi. Whatever is, He knows the best.

Okay cerita pasal persiapan raya, yeah I'm done! weee! Just tak sabar tunggu balik kampung je. Esok, inshaAllah akan bertolak ke Johor. Perjalanan mungkin memakan masa setengah hari dari Ipoh. Tapi maybe cepat sikit sampai sebab usually suka singgah R&R untuk makan. Bulan puasa ni taklaa hee. Raya keempat baru kat Teluk Intan. Raya kelima? Ouh the most grand day : My friend's wedding. Nak tau sape dia? Psstt..tunggu next entry. And that day bukan setakat wedding diorang je, but the most grand reunion of two schools. InshaAllah the best moment ever because..I tak sabar nak jumpe kengkawan lama you know!

Haha terlebih excited pulak kan kite nih. Hee takdela sebenarnye seronok tengok kawan-kawan bahagia. Sorang-sorang jadi young bride. Kite ni bile pulak ehh? *mood gatai -.-'. Btw, disebabkan ramai dah feeling-feeling nak raya, so........

*pasang lagu raya

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh Muslimin & Muslimat dan juga kepada semua yang mengenali diri saya. Salah dan silap harap diampunkan. So, kosong-kosong la kita ek? *nyanyi lagu Kosong-Najwa Latip -.-'

Meh layan dulu kartun raya ni by Datuk Lat

Haha till we meet again in the next entry. InshaAllah nanti update pasal raya pulak. Hewhew. K bai!

notakaki: tahun ni semua beraya dengan duit baru. haha

Aug 12, 2012

15 Addictions


I'm addicted to them :*

Goodnight everybody! 
Ouh actually the word '15Addictions' was trending at twitter. So yeah, I want to make a post about my addictions.

My 15 Addictions:
  • foods (yeah this is my main addictions even I'm very thin -.-')
  • chocolates (I like all the foods that have chocolate in it)
  • doughnuts (Big Apple is my fav!)
  • ice blended
  • shoppings! (especially clothes, shoes & tudung)
  • eyeliner (a must have make up)
  • photography
  • hlovate's novel
  • kpop (ouhh sejak bila?)
  • one directions songs
  • kittens
  • bracelets
  • lomo cameras
  • vintage style
  • social networking

Thats all. I think there are many more but since it must be 15, so here there are. But why for number 1 until 4 are only about foods? Haha that means I love foods so much ya know :D
So, what are your 15 Addictions? Tell me.

Night peeps and happy weekends!

notes: 2 or 3 days more. pray for me :)

Aug 10, 2012

flashback




When we first talked to each other
I knew we would always be friends.
Our friendship has kept on growing
And I'll be here for you to the end.

You listen when I have a problem
And help dry the tears from my face.
You take away my sorrow
And put happiness in its place.

We can't forget the fun we've had
Laughing 'til our faces turn blue.
Talking of things only we find funny
People think we're insane-If they only knew!

I guess this is my way of saying thanks
For catching me when I fall.
Thanks once again for being such a good friend
And being here with me through it all.




Missing you, my dearie friends :')

"When it hurts to look back, and you're afraid to look ahead, you can look beside you and your best friend will be there."




Truly,
Me.


notakaki: sahabatku, aku rindu kamu.

Aug 9, 2012

Sakit itu penghapus dosa :')


"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Hari ahad minggu lepas, lepas subuh tiba-tiba aku rasa sesak dada. Rasa susah sangat nak bernafas. Lepas tu, barulah aku dapat kekuatan bagitahu pasal penyakit tu kat mak. Hmm kalau aku tak rasa sesak nafas macam tu, mungkin sampai bila-bila aku diamkan aje masalah aku tu. Dan mungkin penyakit aku tu makin teruk. Ye mungkin rasa sesak nafas tu takde kaitan pun dengan penyakit tu. Tapi mungkin Allah nak bukakkan hati aku untuk terima dan redha je dengan apa yang menimpa.

Sebenarnya, aku dah kesan pasal penyakit tu sejak seminggu sebelum tu. Dah lama tapi aku buat bodoh je. Sebab takut nak terima kenyataan. Lepas dapat kesan, aku terus search kat internet pasal tu. Ya Allah, aku dapat tahu benda tu antara tanda-tanda nak dapat kanser. Terus rasa sebak sampai nak menangis. Minggu tu jugaklah aku tak boleh tidur mengenangkan apa yang berlaku. Sebab tu aku rasa nak biarkan je masalah tu sebab aku memang takut nak terima kenyataan. Aku berharap sangat benda tu bukanlah yang macam aku fikirkan.

Lepas aku bagitahu mak pasal penyakit tu, pagi tu jugak aku dihantar ke klinik. Dalam hati aku,'Ya Allah kenapalah aku biar benda ni lama-lama..' sebab benda tu makin membesar. Then, sampai ke klinik rupanya doktor tak sampai lagi. Aku dapat giliran ketiga. Lepas  2 jam, baru doktor sampai. Hmm dia ada hal kot, takpela. Bayangkanlah punyalah lama aku tunggu doktor tu. Pesakit lain tu lagila lama kena tunggu. Huu sabar sabar.

At last, sampai jugak giliran aku. Masuk bilik, doktor tu senyum dan mintak maaf banyak-banyak sebab lambat. Manis je doktor tu bertudung labuh. Lepas aku bagitahu pasal simptom yang aku alami, doktor pun check. Then, doktor cakap takpayah risau sangat sebab tu bukan  tanda-tanda kanser. Just minor and common disease. Alhamdulillah..tapi doktor cakap kena buang jugak benda tu. Means kena operate. Kalau tak, maybe akan develop kepada kanser. Ya Allah, seram sejuk je aku dengar. Aku sebenarnya terkena Fibroadenoma, sejenis tumor. Nak tahu lagi, search kat google. Huhuu. 

Then, doktor tu buat surat suruh rujuk kepada pakar kat hospital swasta. Anggaran kos beribu jugak laa. Huhh mana nak cekau duit bebanyak tuu. Dahla aku memang kena guna banyak duit nak masuk U ni. Takpe, dugaan bulan puasa. Lepastu, ayah taknak rujuk kat swasta, nak rujuk gomen je. Takpela, aku faham keadaan kewangan ayah. Memang sekarang banyak kena guna duit sebab nak uruskan macam-macam hal. Dua hari pastu, aku terus pegi klinik gomen sebab nak mintak surat doktor. Ya Allah lagilah ramai orang sampai kena berdiri kat luar. 

Then, ayah cakap kat petugas klinik tu nak cepat sebab just nak mintak surat je. Nasib baik dapat. Sebab tak berbaloi la tunggu berjam semata-mata nak surat. Masa kat bilik doktor, doktor tu lelaki india. Tapi aku pelik masa dia tulis surat. Macam reti tak reti je nak tulis, pastu macam susah sangat nak bernafas. Ouh maybe doktor tu ada disease but intelligent macam sorang scientist omputih yang dok kat kerusi roda tu (tak ingat nama).Then lepas check up dan dapat surat, terus menuju ke Hospital Besar.

Hmm tapi tulah kan, kalau kat klinik dan hospital gomen ni, murah tapi gila ramai orang. Masa aku datang situ, macam-macam jenis pesakit aku jumpa. Doktor pulak, semua terkejar sana sini nak rawat pesakit. Sentiasa sibuk. Ya Allah aku boleh bayangkan life seorang doktor yang bekerja kat gomen. Huhh tapi, mungkin disebabkan rasa tanggungjawab kepada orang ramai, doktor-doktor kat situ tak rasa sangat tekanan dia. Then, aku terus menuju ke Unit Pakar Bedah. Hmm nak tunggu giliran pun tunggu berjam. Mana taknya, satu negeri tumpu kat hospital tu je. Aku dengan mak tunggu kat unit pakar bedah mulut, bertentangan je dengan tempat tunggu giliran tu. Ayah yang uruskan semuanya. Then, ayah bagitahu kena buat appointment doktor hari isnin depan. Huh lama jugak la kena tunggu. Tu baru appointment, belum tunggu date nak bedah lagi. Huu seram pulak dengar perkataan 'bedah' tuu =.='

Bila fikir balik, kenapalah aku terpaksa hadapi semua ni. Terkejar-kejar ke klinik la, hospital laa. Dalam masa yang sama kena uruskan hal kemasukan U. Dalam bulan puasa pulak tuu. Memang lepas pergi hospital tu, aku terus pergi bank bukak akaun cimb, pastu pergi jabatan imigresen buat DPT dan ic baru. Nak buat medical check up tapi tak sempat. Sebelum berbuka baru balik. Hmm takpe, mungkin ada hikmah. Dugaan bulan puasa. Lepastu bila fikir yang aku kena fly pergi rantau orang, berjauhan dengan famili, lagila aku rasa sebak. Dengan keadaan aku yang sakit nanti. Hmm kalau aku fikir semua tu memang menangis jugak laa. Tapi, takpe. Aku redha.

Dan sekarang, aku hanya menunggu saat-saat aku bakal ke bilik bedah. Ya Allah macam tak percaya je. Tapi, aku terfikir jugak, takde ke cara lain yang boleh buat selain kena bedah? Ahh traumanye dengar perkataan tu. Serius aku tak pernah rasa macam mana kena bedah. Aku rasa macam nak lari je balik rumah waktu kat situ nanti. Aku berharap sangat benda tu akan hilang sendiri tanpa perlu dibuang, tapi mustahil. Takpela, bulan puasa ni kena berdoa banyak-banyak. InshaAllah doa akan termakbul. Yakin je dengan Allah. Sekarang ni pun dah masuk 10 malam terakhir. Waktu ni la kena tingkatkan amal ibadah.


Semoga aku kuat dan tabah dalam menghadapi perjuangan.
Biar rebah, jangan kalah.




Sahabatku, doakan aku cepat sembuh.
InshaAllah aku baik-baik saja.


notakaki: Sehari dua ni banyak pulak jemputan majlis iftar. Alhamdulillah rezeki.

Aug 5, 2012

Resipi : Kek Batik


my first homemade kek batik ever!

Haa amacam. Nampak sedap tak kek batik aku buat tuu ? Meleleh ayaq liuq tak ? Try la tengok gambar ni waktu korang tengah puasa, sure lapaq terus laa hahaha. Hmm baru aku perasan bentuk dia tak berapa nak cantik laa. But still ada rupa lah kan ? Not bad kan ? K fine tak kisah la. Janji aku dah berjaya buat mende alah ni. Resipi ? Alaa cari je kat tenet berlambak ada. Nak senang, tiru je resipi Cik Epal. Simple and easy man. 

Nak resipi ? Takde masalah. Tengok di bawah.

Bahan-bahan :
  • 1 cawan milo
  • 1/2 cawan serbuk koko (kurangkan kalau takut pahit)
  • 1/2 tin susu pekat manis (ganti dengan gula dan air pun boleh)
  • 1/2 cawan air (nak bagi cair sikit)
  • 1/2 ketul butter (ganti dengan planta/marjerin pun boleh)
  • 1 bungkus biskut marie (210 gram) -dipatahkan empat

Cara membuatnya :

1) Masukkan butter dan susu pekat manis ke dalam periuk. Bukak api (api kecik je tau). Dan kacau.

2) Masukkan milo dan serbuk koko. Kacau laju-laju sampai sebati.

3) Bila rasa dah macam blurp blurp (bunyi buih menggelegak), masukkan biskut marie dan kacau perlahan lahan.

4) Tutup api. Masukkan semua adunan ke dalam loyang (boleh lapik dengan plastik supaya senang nak keluarkan dari loyang).

5) Tekan-tekan adunan dalam loyang sehingga rata. Lepastu boleh masukkan dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih. Semalaman pun boleh. Tapi kalau dah tak sabar sangat nak makan, bedal je. Tapi ingat, jangan pulak makan masa puasa haha. Tunggu berbuka.

6) Lepas keluarkan dari peti sejuk, potong adunan tu jadi bentuk segi empat. So jadilah kek batik. Siap. Yeay, sedia untuk dihidang.


Sebenarnya ada macam-macam resipi untuk buat kek batik ni. Tapi bergantung kepada kekreatifan kita la. Ada orang letak telur dalam adunan. Ada orang tabur nestum, kacang, badam, coklat chip atas kek tu bagi lagi sedap. So ikut suka hati korang la nak yang macam mana. Nak yang melekit atau yang rangup. Janji sedap ye tak ? Hmm ekceli kek batik aku buat ni macam ada bau butter yang kuat. Maybe terlebih butter kot ataupun memang baunye macam tu. Tapi layan je laa haha. Eh kalau korang ada resipi yang lagi sedap daripada yang ni bagitahu la ek. Hehe. K Bai!


notakaki : Nak cari resipi biskut raya yang sedap. Biskut apa yang sedap eh?

Aug 1, 2012

wordless wednesday #DONUTS






us with donuts :)

notes : you should'nt ask me why I love donuts so much.