Feb 17, 2013

Result Semester 1


Hai kengkawan. Sedang apa dan di mana ? Haha rata-ratanya mesti tengah busy packing barang nak balik U masing-masing kan ataupun dah ada kat kolej sambil menunggu semester berikutnya. So amacam cuti panjang ? Cuti dah habis bro... hahaha

Ouh ye, baru-baru ni result final exam untuk pelajar bachelor keluar kan ? Mesti stress kan semua kengkawan kite tanya, 'eh kau dapat berapa ?' 'weh pointer kau berapa ?' 'amacam result ? mesti dekan kan ?' haha sampai kite pun serba salah nak jawab. Alah takpayah nak sorok sangat lah result tu, lambat laun orang akan tahu jugak kan hihi.

Whatever our result is, bersyukur je. Janganlah terlalu happy bila berjaya dan jangan pulak terlalu sedih bila gagal dapat apa yang dihajati. Chill je okay ! Dan pastikan result semester ni dijadikan pengajaran untuk semester akan datang. Kalau kurang berjaya, usaha ! Ceh pandai pulak aku bagi motivasi kan hikhik.


Nak tahu my result ? Ni haaa




Haa takpayah nak belek sangat result aku tu hehe. Alah bukannye hebat mana pun. Tapi Alhamdulillah melebihi target (tapi bukan dekan lah ye). Yelah, kalau nak capai dekan pun kena lepas 3.75 untuk pelajar UPM. Tapi kebanyakan Uni 3.5 above pun dah dekan. Hihi takpelah, anggap je ni cabaran untuk jadi pelajar cemerlang pada masa depan. Acewahh !

Hm overall, aku puas hati jugak la dengan result yang aku dapat. Tapi aku frust dengan subjek statistik sebab tak dapat skor T_T. Huh ingatkan carry mark dah boleh membantu tapi jangkaanku meleset sekali. Ouh Dr Wong, I nak repeat balik paper statistik tu boleh ? Hihihi.

Another prob is laman web SMP under maintenance ! Adoy macam mana nak daftar subjek woi. Klasmate aku cakap tarikh last daftar esok. Eh harini lah tu hahaha. Memang sejak haritu SMP takleh nak bukak. Nasib baiklah aku sempat check result haritu sebab check waktu pagi buta. Ada yang tak dapat lagi check result haa ape cer weh. Maklumlah semua orang nak serbu SMP kan haa mana taknye. 


tiap kali bukak keluar macam ni -_-


Hmm stress jugak sistem down macamtu. Takpelah mari kita berdoa agar semuanya kembali seperti sediakala aminnn. Last but not least, Selamat menempuhi Semester baru dengan azam baru dan semoga berjaya !





notakaki: semester baru bakal lebih mencabar daripada semester sebelumnya. chaiyok !


Feb 10, 2013

Bowling time !


Yeah bertemu lagi si kembar tiga Nabila dalam rancangan, 'Ke mana perginya bola bowling kalau tidak ke longkang'. Haha motip sangat tajuk tuu kan. Anyway, pada tanggal 6 feb yang lalu, my twins Nabila dari KL datang ke rumah iolls ! iolls sangat seronok dan gumbira hahaha. So, ceritanya, aku dengan adik lelakiku pergila jemput my twins kat KTM Ipoh. Adik aku lah yg drive sebab dia baru je dapat lesen kete. Aku je yang takde lesen lagi kahkah. Okay malu. So sesampainya di sana, masing-masing sangat excited terlompat terjerit sebab dapat bertemu sampaikan orang sekeliling pelik tengok kami. Apa kisah kan. Sampai je rumah, weolls pun terus snap gambar bersama konon nak hupdate kat fesbuk la kitorang dapat jumpa hikhik.


kami comel dan kami okay.


Pada esok harinya, 7 feb, weolls pun bercadang untuk keluar bersama. Dan ibu serta 2 orang adik aku pun ikut sekali kihkih. Plannye untuk bermain bowling. And know what, this is the first time dapat main bowling dengan mereka. Sebabnye, budak tudung hijo tu baru belajo main bowling hihi.


saya tinggi dan saya okay.


my mom dah mcm sebaye kami. awet muda lah katakan hiks


menunggu giliran untuk main


lihatlah senyuman manja gadis hijo tu. aww


Kalau nak tahu, adik aku yang umur 12 tahun dapat mengalahkan budak tudung hijo yang sudah berumur 21 tahun tu. Sebabnye, suatu keajaiban telah berlaku di mana secara tiba-tiba adik aku dapat strike sekali. Sebelum ni masuk longkang je -_- Ya, aku bangga dengan adikku. And my twin shud learn untuk tak masukkan bola bowling dalam longkang lagi. Ouh ye, mana gambar adik bongsuku itu ? Ekceli dia lah tukang tangkap gambar kami dan dia okay. 


itulah driver (acap) merangkap pakwe saya. okay tipu


muka gembira selepas main.
dari kiri: me, iela & nabieyl

At last, keputusan mengumumkan bahawa iolls jadi pemenang. hooraayy ! even markah tak sampai 100 pun sobbss (loserr gilaa), tapi iolls bangga. Anugerah untuk pemain paling sopan dimenangi oleh Nabieyl manakala anugerah pemain paling ganas dimenangi oleh iela haha. Lepas habis main, kitorang pun jalan-jalan kejap. Then, ternampak permainan kanak-kanak yang best, terus serbu sebab nak tangkap gambar. Eh kami dah 21 dan kami okay.

 

mari kembali ke zaman kanak-kanak. bajet comel lettew hehh


Antara kejadian lucu semasa bermain bowling:

adik bongsu : (pandang belakang & muka pasrah lepas baling bola. maklumlah asyik longkang je kahkah)
ieyla : eh, strike lahh !
nabieyl : tengok lettew, strike !
aku : fuyyoo strike ! hahaha
mama & acap : terer gilaa strike !
adik bongsu : hahh ? yeaayyyy !!! (sambil melompat)
kami : (ketawa berdekah sebab tak percaya)

Dalam hati aku berkata perkara ini amat mustahil. Aku pun tak dapat strike, tetiba adik aku pulak dapat hehh. Yang si ieyla dah cuak dah sebab dia bakal dapat kedudukan last haha. Pengajaran disini, jangan sesekali memperkecilkan orang lain. Manalah tahu sebenarnya mereka itu lebih hebat daripada kita. Hehe kbye !


shortnotes : Alhamdulillah, selesai menjalani operation. Cuti CNY kali ni akan dihabiskan untuk berehat di rumah saja. Doakan kesihatan saya.

Feb 6, 2013

A trip to Kuala Woh

A trip to Kuala Woh ? Haha tengok tajuk pun dah macam nak buat essay english dah. Anyway ni bukan nak bagi contoh karangan spm ke hape. Tapi just nak cerita yang hari ahad haritu kitorang ada pergi picnic & berkubang kat Kuala Woh hehe. Memang best sangat dapat gather dengan kengkawan lama masa sekolah menengah dulu. 

Mulanya memang plan nak pergi hari sabtu. Tapi atas sebab tertentu, tunda hari ahad. Tapi kebetulan pulak hari ahad tu ada program My Beautiful Malaysia yang serentak ada kat seluruh negeri di Malaysia. Kuala Woh adalah salah satu tempatnya. Boleh imagine lah ramai sikit orang daripada biasa. 

So kitorang pun pergilah dengan 2 kereta. Perjalanan ke sana lebih kurang sejam jugak la. Ke setengah jam eh ? Tah tak tengok jam pun hihi. Anyway, taknak cerita banyak. Just see this pictures okay :)


baju oren tu maybe leka dibuai air muahaha


peace from us !


gambar ni seperti menunjukkan yg aku jeles ! sbb si baju biru nak kiss tangan si baju cokelat. dan aku terus nak tumbuk muka baju biru. cuba lihat pic atas & bawah byk kali. haha dramatik betul. yg ni candid shoot.


yg ni dah mcm cover album dah haha


last pic from us. hope to see uolls again



                    XOXO :*
                  
   
notakaki : esok my bestie si kembar nabila nak datang rumah yeehaa ! excited gilaa