Jun 2, 2013

KUCHING - A place of culture in Sarawak


Hye uollss. Wuuu banyaknye aku menulis entry blog harini. Mood rajin dah datang kan untuk hupdate. So, our trip to Kuching sebenarnya untuk subjek Hubungan Etnik sebab kena buat kerja kursus bagai tu pasal etnik kat Sarawak. Then, here we are :)


JUMAAT (24 MEI)

Okay aku nak start dengan perjalanan ke Kuching. Kalau nak tahu, kat Sarawak ni takde highway okay. Bagi sesiapa yang dah tahu tu, aku nak bagitahu jugak. Hm disebabkan jalan amatlah teruk sampai melambung aku dalam bas tu, so aku rasa nak muntah, pening, loya bagai. Nasib je lah kan aku tak muntah betul-betul macam trip ke Miri sebelum tu. Perjalanan ambik masa lebih kurang 12 jam dari Bintulu ke Kuching. Omaigod 12 jam kot. Agak-agak nak buat apa dalam bas selama setengah hari tu ? Hm kitorang banyak tido makan je la. Bosan kot lama-lama dalam bas. Tapi lecturer H.E aku bawak famili dia ikut sekali. Dia ada 2 orang anak kecik comel gilaa. Danish yang cute and Daniel yang nakal gila. On the way to Kuching, memang takde tol ke hape untuk berenti rehat. Dah namanya takde highway. Tapi ada la jugak perhentian untuk makan, surau, and toilet semua. 

Kitorang bertolak pagi dalam pukul 8 camtu dan sampai ke Kuching lebih kurang 8 malam. So, kitorang tinggal di homestay dua tingkat bersama lecturer and driver. Sampai je homestay, semua terus tido sebab penat yang teramat.


SABTU (25 MEI)

Jam 8.30, kitorang dah bertolak ke Kampung Budaya atau lebih dikenali sebagai Sarawak Cultural Village. Terletak berdekatan dengan Gunung Santubong. Kat Kampung Budaya ni lah kita dapat tengok sendiri tentang etnik Sarawak ni. Start dengan rumah panjang, pakaian, makanan, aksesori, tarian & macam-macam lagi lah. Senang cerita, memang rugilah siapa yang pergi Kuching tak singgah sini. Disebabkan kitorang ni student lagi, so tak perlulah bayar mahal-mahal untuk masuk. Just tunjuk je kad pelajar, dah dapat diskaun paling murah iaitu RM15. Harga sebenar bagi dewasa ialah RM60 dan kanak-kanak (bawah 12 tahun) RM30. Jangan terkejut ye hihi. But memang berbaloi la masuk even tiket agak mahal sebab kat sini je la kita dapat rasa pengalaman betul-betul ada kat Sarawak. Mana nak cari kat tempat lain.



on the way to Kampung Budaya, dapat tengok Gunung Santubong


Nice view 


Our lecturer with her family


So this is Daniel


Kat kawasan luar Kampung Budaya.


 Main entrance of Kampung Budaya. Yeayy tak sabar nak masuk :D


Sebenarnya, kitorang kena buat kajian tentang kaum yang ada Sarawak ni macam Melanau, Penan, Iban, Bidayuh dan macam-macam lagi. Lepastu, hantar report sebagai assignment. So, memang berguna la pergi Kampung Budaya ni. 


Tangga ni unik dan gayat sebab curam sangat


 Rumah panjang Orang Ulu


 Rumah kaum Penan. Kat sini kitorang belajar menyumpit.


 Rumah kaum Iban. Eh hensem kan abang tu ? Hikkss


 Kat sini tempat penari-penari Kampung Budaya buat show. Tapi waktu tu diorang buat show kat panggung budaya. Ikutlah diorang nak buat kat mana. 


 Best woo naik buaian panjang ni haha


Macam-macam jenis rumah panjang la kitorang masuk. Sampai rasa penat berjalan hihi. Actually, pukul 11 pagi ada show kat panggung budaya. So, kitorang cecepat tunggu depan pintu masuk panggung tu sebab nak cop tempat. Actually ada dua sesi. Satu lagi pukul 4 camtu la. 


Feel dia macam nak tengok wayang lol


tarian orang Melanau yang dipanggil 'Alu-alu'


Kaum Iban tunjuk aksi menyumpit. Memang hebat aaa


Actually ada macam-macam lagi jenis tarian sepanjang 45 minit. Bunyi macam lama, tapi tak rasa boring pun sebab memang best dan kelakar show diorang. Aku paling suka part menyumpit tu sebab ada laki Iban hensem tu hiks and dia banyak kali buat lawak. Aku siap rakam lagi semua tarian diorang, tapi takleh nak upload pulak sebab line 'laju'. Kalau nak tengok tarian lain, datanglah sendiri hihi.


Lastly, Tarian Melayu Sarawak. Dan semua orang dijemput naik stage menari sama-sama.


Banyak lagi kalau nak cerita pasal Kampung Budaya ni satu-satu. Tapi, kalau nak tahu lebih mendalam boleh la lawat sendiri ke Kampung Budaya. Lepas puas teroka Kampung Budaya, kitorang pun shopping and makan kat The Spring, mall yang terbesar kat Borneo. 


Yummy. My lunch :)
Hotplate beef rice dengan sushi maki with wasabi.


The Spring.
Sumber gambar : Google



AHAD (26 MEI)

Seawal 6.30 pagi, kitorang dah bertolak ke Serikin. Serikin ni umpama Padang Besar la camtu. Ada jual macam-macam barang dengan harga yang murah. Barang-barang pun banyak import dari Thailand. Dahla aku suka shopping. Memang banyak la aku beli mihmih. 


 Dah sampai Serikin.


Nice shoot of us. Me with klasmate, Acap.


Lorong di Serikin


Lepas dah puas shopping bagai, kitorang pun terus ke Muzium-muzium yang ada kat Sarawak. Lecturer aku cakap ada 12 buah muzium. Fuhh banyaknye, mana larat nak pegi semua tempat. Tapi kitorang still pergi jugak heww.












Lepas habis lawat semua muzium, kitorang pun pergi ke pusat bandar Kuching. Main point dia sebab nak naik boat kat waterfront & bergambar kat patung kucing.


Pusing sekitar Kuching naik bot weehuu ! 


so this is Kuching okay tuan puan


ISNIN (27 MEI)

Inilah hari terakhir kitorang berada di Kuching. Tetiba rasa macam sedih sangat nak tinggalkan Kuching. Selama 4 hari kat sini memang best sangat. Tapi kalau nak diikutkan 2 hari je masa untuk berjalan. Lagi 2 hari tu masa kat dalam bas hihi. So again, 12 hours in the bus dengan makan tidonye. Dengan jalan melambungnye pheww penat. Paling sedih, kena berpisah dengan anak-anak Dr.Salmah, Danish & Daniel yang dah macam adik kitorang dah. Takpelah, ada rezeki jumpa lagi. Bakti Siswa Sem 4 nanti, nak mintak trip ke Kuching lagi lah hihihi. Kbye.


notakaki : nanti nak ajak famili pergi Kuching hihi

A memorable Miri Trip #throwback (part 2)

Orang cakap, jangan terlalu gembira. Nanti mungkin kegembiraan tu akan jadi kesedihan. Part 2 ni aku nak cerita pasal apa yang berlaku kepada kitorang. Yeahh bad tragedy occur suddenly. Okay sebelum tu, lets see the point of view from my friend, Amira. 


"Secara jujurnya trip ni aku yang gegedik nak. Aku bising sebab takde sape yang nak pegi miri. Ye ahh kau duduk bintulu 4 tahun at least nak la jugak trip sesame dengan member kann. Haha. So 3 weeks before mid sem break aku dh bising dekat muaz. Aku nak pegi miri. Die pon mcm setuju sebab die tak pnah pon pegi lagi. So aku pegi la cakap dekat acap tentang rancangan ni. Dan die pun setuju. Acap ni macam orang penting jugak la sebab yang pertama dia ingat jalan. Tu yang bagus even skill drive die tak berapa bagus tapi lagi bagus bawak kereta manual dari aku, sekian lalalala~

So bila cuti dah start ingatkan nak pegi hari sabtu. Tapi diorg cakap cuti still awal, so kitorg postpone smpai hari isnin. Dalam beberapa hari nak tunggu isnin engko, banyak la cabaran dan halangan yang menimpaa. Yelahh lama pulakk hari isnin nak datang. Dah hampir hampir nak pegi ni ade pulak yang tak jadi pegi. Memule tu mcm geram jugak. Well cancel last minute laa. Kalau die rasa kitorg tak bengang dan marah, maksudnye die memang tak normal la tu kan ? so bila hari yang ditunggu menjelang tiba, ehh ehh kereta plak lambat smpai. See , apa yang aku cakap, memang banyak halangan gilaa. Banyak gilaa. Tapi itu semua pengalaman laa and benda yang banyak mematangkan kitorg laa kann.

Basically trip ni dua kereta. Satu proton saga. Satu perodua kancil.
SAGA-ACAP AMIN AMIRA NAHU MUAZ
KANCIL-ONEN DYANA EE BEXS

Comel tak susunan kitorang ? hahahaha. 

Then bila kereta dh sampai, kitorang pun bergerak ke tempat yang ingin dituju, iaitu…MIRI ! acap dan onen adalah driver all the way. Nanti kita bongkar lagi apa cerita driver ni okey.

Masa pergi kitorang ikut jalan lama which is lebih lama and mencabar sikit dan tak bosan. Means macam banyak korner. Kalau jalan baru straight pulakk. So memang bosann gilaa ahhh. 

First tempat yang kitorg pg adalah merdeka mall. Lepas jenjalan dekat mall yang sememangnya bosan tuu, kitorang pun bergerak ke bintang mall. Lepas shoping, kitorg main bowling ! Dah main bowling the boys nak pulak main pool. Okey main laa. Lepas tu memasing pecah lepas beli tiket wayang. Cool jugak la cerita tuu. G.I JOE. Entahh aku ikut je bebudak ni. Beli tiket tak memahami hati adekk. Adek nak tengok cerita hantu ke, cinta ke.,SEDIHH. Tengok wayang aku kongsi dengan amin beli popcorn comel kann ? hahahah

Lepas habis tu kitorg p makann. Susahh hang nak cari tmpat makan sebab byk yg dah tutup kan. Jalan punya jalan punya jalan. (sebenarnya kitorang nak cari pantai ! ) then aku nmpak boat. Jalan je teruss, kitorang nmpak kedai makan. Stop laa. Yang girls semua p solat sebab yang boys dah solat rupanya..

Dah siap makan, end up kitorg buat keputusan nak cari homestay. Ceitt punya cina. Menipuu engkoo. Sakit noo hati. Cakap itu cakap ini. Last last 2 ratus. Baik tido hotel. Sumpah selesa gila. (part lepas ni dipadam atas sebab sebab tertentuu. bye)

Then lepas amik bilik semua, aku onen acap nahu dengan amin keluar. Malas nak tidoo lagi. Jenjalan sikit sikit, jumpa pantai. Tapi takut nak keluar kitorg jalan lagi. Lepas KFC well I Berjaya tahan nafsu i. I tak makan. Takde selera sebenarnya walaupun semuaa macam setann hasut aku membeli makanan. Ngengg semuanyaaa

Esoknya, lepas solat subuh semuaa, kitorg p breakfast dan jenjalan kejap. Then pulangkan kunci bilikk. Lepas tu pegi bintang mall balik sebab semua nak beli big apple. 

Tahuu takk masa nak balik tu. Kitorg kena kompaunn ! mana nak tahuu ! sedihh gilaaa. Kena la kompaun dlm rm10. Sebab tak pamerkan kupon tuu. ! haha kelakar gilaa. Masa tu hati aku dh tak sedap taw sebab ehh pahal asyik kena mende mcm ni je.
Lepas bayar kitorg start jalan. Tapi journey ni mcm dh nak end taw. Sebab otw jalan tu acap collapse . he is pitam ! OMG

Bayangkan kitorg accident. All of us. Yang dalam saga tu. Die pengsan tak sdrkan diri. Bayangkan seawal 20 kitorg dh ade pengalaman macam tu. YA ALLAh aku fikir mcmana nak balik je masa tu. Masa tu aku tido. Dah lelap kot masa tu. Then tetibe amin jerit Allahuakbar and start jerit jerit nama acap. Muaz nahu semuaa la. Aku bangun bangun nmpak dah dalam semak. Aku ingatkan kitorg nak buat apa dlm tuu. Kiri kanan penuh semak. And last kitorg crash dgn tembok longkang. Semua tak tahu nak buat apa. Kitorg still dlm kereta. Then nahu dengan amin keluar. Aku muaz pon keluar. Muka pertama aku nmpak adalah dee. Aku sangat sedih masa tuu. Dee punya mukaa mcm risau gilaa. Ya allah rasa sayang gila dkt dee masa tu. Lepass tu aku mcm tak tahu nak keluar. Aku blur wehh dgn apa jadi. Acap pengsan . ee turun and bawak die keluar. Die dgn amin and muaz angkat die keluar. Aku naik dan peluk bexs and nangis. Aku tak tahu nak react apa masa tu. Aku risauu. Mak aku mesti sedih kalau tahu apa jadi.

Nasib baik ade pondok dkt situ. Diorg dudukkan acap dekat situ. Die diam. Masa tu traffic sangat sibuk sbb ramai yg stop nk tengok apa jadi taw. Aku risau gila masa tuu. Peluk bexs mcm dpt kekuatan. Man masa tu aku pening gilaa. Tapi act cool. Smpat la buat lawak bodoh jugak sbb nk ceriakan hati memasing. Aku tak tahu pape drama kereta kereta tu

Lastly, perempuan balik sekali and onen drive. Yg lelaki semua balik sekali sbb nak buat report poliss.
Dalam kancil sgt pack . sakit taw badann kitaa ! haha. Aku nyanyi la sebab tak nak kasi onen ngantuk and bosann. Last aku tido jugak sebab penat sgt. Dalam kancil aku diam. Sebab all the way aku hanya fikir pasal tu. Hanya pasal accident tu. Tak boleh fikir mende lain. Tak boleh. Onen buat lawak pun tak mampu nak gelak sbnarnyaa.

Tapi yang nasib baiknya
Acap sempat brek
Acap lesen permanent
Kitorg tak terbalik.onen ckp possibility nak terbalik tu sgt ade. Sangat sangat.
Until now aku masih fikir semua tu. Dan kitorg janji nak rahsiakan apa yg berlaku. Takkan cerita dkt sesiapa. 

Panjang kan ? aku pon tak tahu kenapa aku tulis semua ni. Aku nak luahkan mungkin and sebab aku tak byk bercakap mungkin. Aku kena meluahkan jugak.
Lepas balik. Aku bukak FB. Ade la jugak beberapa instagram update. Aku nangis sebab rinduu semua orang . well walaupun end up mcm tu tapi apa yang jadi pada kitorg sepanjang trip tu sgt funn ! sayang diorg. Sumpah aku anggap semua mcm adik beradik
Kita sayang korg sampai bila-bila. Muahhh

Acap suruh semua deactivate FB and twitter, ngeng"

Credit to : Amira


Okay from my point of view pulak,

Hmm overall aku rasa best la trip ni sebab pegi dengan klasmate kan. Ada yang best, ada jugak yang tak bestnye. Aku rasa apa yang ada dalam fikiran Amira ni lebih kurang sama je dengan aku. So, takpayah tulis pun takpe kan. Tapi nak cerita jugak. Okay, kenangan manisnya dapat pergi Miri kedua kalinya cuti mid sem ni with my klasmates. Kenangan pahitnya, mabuk teruk sampai muntah-muntah and accident ! Okay pasal accident tu, aku rasa masa tu nyawa aku dah hampir melayang dah. Rasa nak mati. Seriously. Sebab aku duduk seat depan dengan driver. Bayangkanlah tetibe kereta masuk longkang besar and elok je lalu sepanjang longkang tu. Tetiba, ada batu besar depan tu and terus..."CRASHH !" Aku tak dapat berfikir dengan betul dah waktu tu. Blur sangat and taktahu nak react macam mana. Nak nangis nak jerit pun tak boleh. Dalam fikiran aku masa tu, aku risau pasal kereta sewa kitorang ni. And aku macam dah agak yang benda buruk akan berlaku. Instinct aku kuat sebab rasa tak sedap hati sebelum tu. Tapi alhamdulillah, just kereta je yang teruk but orang yang ada dalam kereta takde pape. Just trauma je lah kan. Aku ada selitkan beberapa gambar sebagai bahan bukti. Oh my, bila tengok balik gambar ni rasa sedih.




orang kampung try bantu kami



the driver yang pengsan tetiba



langgar batu besar



kebetulan ada signboard 'kawasan kerap kemalangan' hmm



 at last, trak tarik kereta kami ke atas

Hmm until now, aku takut nak bagitahu parents aku pasal kejadian ni. Takut dorang risau je. Ye, memang banyak jugak la duit habis disebabkan kejadian ni sebab kena bayar insurans bagai. Tapi driver paling banyak kena bayar. Takpelah, benda dah jadi. Ambiklah ni sebagai pengajaran. Inilah kali pertama aku rasa pengalaman accident kereta ni sobbss. Dan aku harap takkan berlaku lagi buat kedua kalinya...


Pen-off.

A Memorable Miri Trip #throwback (part 1)

Hye uollss. Lamanya tak update belog ! Dah nak dekat 2 bulan kot fuhhh. Okay sekarang dah pun start study week for Final Exam. So ada kesempatan sikit ni, nak lah jugak hupdate belog sekepam dua. Anyway, just nak share about my moment in Miri masa mid-sem holiday bulan April haritu. Cehh baru nak update ? Apalahh. Sorry because I'm a bad blogger. K. Okay I just wanna write a short entry-bergambar. Not a long writing essay -.- Sebab ai malas sangat sekarang nak menulis ntah taktahu kenapa.



 camwhoring before the trip muehehe





on the way to Miri, singgah shell pun sempat bergambar



I love this pic









 Bowling time !





layan movie pulak GI Joe


Choyy adik adik sangat


Breakfast 


 Ahakkss dah macam cover album 


Okayy ni jelah secebis gambar kenangan yang aku rasa nak letak kat belog ni. Kalau bebanyak sangat kang jadi instagram pulak kan. Kalau nak tahu, kitorang stay kat Miri selama 2 hari satu malam. Tetiba ada pakcik baik hati offer kitorang homestay ala-ala hotel kan. Accept je la. Malam tu aku stay up jalan-jalan around Miri sampai pagi buta, singgah kepsi makan lagi. Memang best la guwa cakap lu. Tapi tulah kan..kusangkakan panas  hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Tahh taktau kenapa aku guna peribahasa ni. Bedal je. But, ada satu kejadian yang sungguh memorable bagi aku even tu kejadian pahit. Tapi nak cerita kat part 2 pulak k. Part 2 aku nak buat review pasal trip ni. Kawan aku pun ada tulis review tu jugak. So, wait for the next post okay. Kbye.


notakaki : ada sesape ke perasan baju and cardigan aku pakai but tudung lain-lain ? Okay kalau terperasan, harap abaikan je la ye. Malu la ittew hihi sebab lupa nak bawak spare baju. Err.