Sep 9, 2013

When triple Nabila meet together (part 3)

At last, lepas bincang2, kitorang pun sepakat nak pegi KLCC. So tak jadi pegi rumah Nabil sebab waktu tu hujan lebat gilos. Plus rumah Nabil macam jauh je kat Sungai Buloh tu. Kena naik ktm lagi :/ Hm sori Nabil. Next time kitorang janji akan datang rumah kau. So, dalam hujan tu, gigih jugak nak pegi. Tapi bapak Eila hantar la sampai KL Sentral. Pastu kitorang pegi KLCC sendiri. Plannye nak tengok The Conjuring. Sebab dari aritu lagi si Eila ni ajak aku tengok. Sekali dalam TGV, Eila ni pulak takut semacam pastu ajak aku balik muahaha lawak la ko Eila. Lastnye berjaya jugak habiskan tengok cerita seramshit tu even kitorang banyak tutup mata and banyak jerit je LOL. 

Pastu lepas tengok wayang, jejalan kejap. Aku nak cari kasut baru sebab kaki aku melecet pakai kasut ni. At last, tak jadi. Tapi sempat la jugak kitorang beli jam Vincci sorang satu kaler merah haha. Sweet tak ? Pastu pegi bergambor pulak. Kitorang ni memang tak sah kalau tak bergambor. So aku cari la mangsa untuk tangkapkan gambar kitorang. Pastu orang tu suruh aku pulak tangkapkan gambar dorang -.-" Pastu tetiba sorang2 suruh aku jadi camerawoman. Ahahaha. Nasib laaa.
plan nak pegi waktu malam sebab lagi cantik tapi tak jadi




jadi model KLCC jap



kak long pun nak jugak



camwhore sendiri sebab takde orang tangkapkan haha



yeah baru nampak bangunan :)



miss this memory :' )


Lepas habis bergambor, kitorang terus cari bahan nak buat kek coklat dengan spaghetti sebab ada kengkawan Eila nak datang beraye malam tu. Then, sampai rumah pun dah nak malam. So malam tu barula aku first time jumpa face to face adik kak long bernama Paeh tu. Ouh kak long tu panggilan untuk Eila. Pastu habis borak semua, Paeh memula ajak kitorang lepak makan2 kat luar. Tetibe kedai tu tutup. At last jejalan around Subang je. 

Esoknye, aku dah nak kena balik :/  pukul 2. Sebelum balik tu, kitorang sempat buat kek coklat kukus sesama. Tapi rare sikit kek tu sebab guna minyak masak dengan blender haha. Sementara tunggu kek masak, Eila bawak aku merempit jejalan sekitar UM. Setengah jam je sempat pastu terpaksa balik, kemas2 beg jap, pastu lagi berape minit pukul 2, Eila merempit lagi bawak aku pegi KL Sentral. Punyalah rush masa tu haha. Nasib baik sempat tau. Kalau tak, memang aku tertinggal tren la jawabnye haha. 

Selama lebih kurang 3 hari aku kat sana, memang best sangat luangkan masa dengan triple Nabila, even plan nak pegi Genting terpaksa dilupakan. Never mind, next sem holiday plan kat tempat best lain pulak. Okay lah cukupla sampai part 3 cerita aku. Kbye !


notakaki : semester 3 bakal bermula. fighting !


Sep 4, 2013

When triple Nabila meet together (part 2)



Haii. So entry ni adalah sambungan untuk entry yang sebelumnya. Hihi so dalam entry sebelumnya aku ada bagitahu yang aku nak ikut both Nabila ke KL kan ? So at last parents aku bagi pegi yeayy ! Pepagi tu terus pegi stesen keretapi Ipoh naik tren sampai ke KL sentral. Sampai2 je KL sentral, tetiba Nabil cakap adik laki dia nak ikut jejalan sekali. Then, kitorang pun terus je la ke tempat yang dirancang iaitu Berjaya Times Square :D  Plan utamanya nak meronggeng kat Theme Park Cosmo World tu. Memang dah lama rancang hihi. Yeah akhirnya dapat jugak triple Nabila berseronok bersama. Aku ingat lagi last aku pegi dengan family aku waktu form berape ntah. Tapi tak main pun just ambik gambar je. Pastu waktu aku kat matriks family aku ada pegi lagi memain kat situ, tertinggal aku sorang tskkk T.T . So this time with my girlfriends :)



kenapa ramai suka sangat bergambar kat sini. Ahaha yang pasti ni memang tempat strategik bergambar kalau kat TS. Pastu turun naik tangga piano ahahaha alaa macam la korang tak penah buat :p


So sebelum main kat theme park tu, wajiblah isi perut dulu. Kitorang lunch kat Kepsi je. Amboii sangat kan tak makan nasi. Takut muntah je kat dalam cosmo world haha. Si adik Nabil ni tak habis2 mengusik si Eila, cakap Eila ni pendek la ape la haha saba je la ek. Seronok ye ko membuli Kak Long. Then, lepas lunch terus la ke situ. Harga tiket RM 38 untuk dewasa. Boleh main dari pagi sampai ke malam. Nak keluar masuk pun boleh. So yeah here we are. Berjaya Times Square Theme Park !



weeheee ! sebelum main pun ambik gambar jap



Ni lah benda first yang kitorang main. Nampak je macam game bebudak kan ? Tapi bila dah naik Ya Allah mau terbang aku. Pusing macam apa. Pastu turun2 je kawan aku yang Nabila dua orang tu terus muntah dalam toilet ahaha ape pun tak boleh. Keluar semua ayam kepsi kahkah. 



Pastu main ni pulak. Lagila berpusing laju pastu senget pulak adoii. Sian kawan aku kat sebelah tu dihimpit aku ahaha sori k aku tak bersalah. Nasib baik aku ringan hihi.



Sumber gambar : Google

Pastu kitorang terus naik roller coaster sebab aku dah tak sabar sangat nak naik ahaha. Ada orang cakap Super Sonic Odyssey Roller Coaster ni yang first paling mencabar kat Malaysia. Tak tahula betul ke tak. Tengok je la gambar kat atas ni. Agak2 berani tak nak naik ? Sekali bila aku dah naik, memang tobat dah taknak naik lagi ahaha. Tahu tak perasaan dia macam mana ? Macam kena baling dari tingkat empat belas ahahaha. So yang memang penakut, jangan try naik k. Takut mati terkejut eheheh.



Sumber gambar : Google

Belum habis lagi semput naik roller coaster, terus naik Space Attack yang berpusing 360 darjah. Memula aku taknak naik sebab trauma lagi dengan roller coaster. Tapi kawan aku tu paksa jugak naik. Rugi katanya, then sekali naik... Ya Allah apehal la kejam sangat benda ni ?! Ingat kitorang ni anak patung ke ahaha. Sumpah terus mereng lepastu. Real Kejam. 



Sumber gambar : Google

Pastu tak habis pening lagi kawan aku nak naik ni pulak. Tobat aku taknak naik. So aku jadi tolong rakam je hihi. Yang ni lagila kejam dari Space Attack. Kalau aku naik, memang nangis je la atas tu hahaha. 




Okay habis je try game yang extreme, kitorang nak try pulak game kanak2 riang. 
So game seterusnya adalah....


Bumper car ! Yeahh. Sampai 2 kali naik.


Pastu naik keretapi ! Yang ni slow sangatlah pulak -.-". 
Aku rasa jalan kaki lagi laju dari tren ni hahaha.


Haa yang laki tu la adik Nabil.


Bosan sangat atas tren, so buat gwiyomi hihi


Pastu naik Merry-go-round ! Kembali ke zaman kanak2 riang. Dulu waktu kecik tak puas main benda ni kat Genting. So apa salahnye naik lagi bila dah besar kan ? Jangan gelak k, cubit kang.


Yang ni baru betul kanak2 riang. Seronok sangat Eila ni haha.


Hah kalau diikutkan banyak lagi game kanak2 yang kitorang naik. Contohnye crazy bus. Disebabkan nak try semua game, jadi la bebudak sekejap. Lantak aaa slow ke ape haha. So dari pagi sampai lah ke petang main kat theme park TS hingga mereng. Lepas habis main, aku shopping handbag satu. Memang gilaa ah shopping kat sini. Ada je nak beli. Tapi aku tabahkan hati and tutup mata je bebuat tak nampak. 

Lebih kurang pukul 7 malam, barulah kitorang balik naik lrt lagi sampai lah ke Kerinchi. Huh penat penat. Malamnye pulak, parents Nabil datang nak jemput dia sambil beraye and borak2. Diorang suruh kitorang datang beraye kat Sungai Buloh. Alamak banyaknye plan esok ni. Sempat ke tak pegi rumah Nabil ni ? Sempat ke tak nak tengok wayang dengan Eila ni ? Apepun, tunggu sambungan part 3 pulak haha. Kbye !