Jun 4, 2014

Bedroom decorating idea


Hye everyone. There have been a long time since I stopped writing in my blog. Nothing much, just a bit busy for study week because the final exam is around the corner ! Actually I really can't wait to go back home after this final exam. It's semester holiday ya know. My family have decided  to move to a new house on early July, means during Puasa day. Yeay I'm so excited. So my mother had choose a white furniture set for me and my sister's bedroom and black furniture set for both of my brothers. Instantly, I got an idea how to decorated my bedroom soon as my sister told to do that -_- . So, after a few discussion with my sister on facebook messenger, we managed to plan an english style for our bedroom. Whoaa sounds interesting rite ? The white furnitures really suite that style and we plan to put some pastel pink wallpaper on one side; since my mother want to keep the wall white only. Then, maybe a pink white also for the bed set and the curtains. Huh, guess what I'm thinking rite now ? Tadaaa...







Ohmaigadd ! These are very sweet and pretty ! But seems luxurious too. Or maybe I'm just dreaming haha. Well, I got to continue my study. Bye ! :)



Apr 6, 2014

Mid Sem Break !


Haiii. malasnye nak tulis blog. Tapi disebabkan taknak biarkan blog ni bersawang, aku tulis je laa. Lagipun memang tengah ada mood berblog ni haha. Btw, just nak bagitahu yang aku balik semenanjung cuti mid sem ni yeayyy ! First time tauu aku balik. Tu yang excited semacam je. Haha even org cakap macam membazir je beli tiket flight mahal-mahal tapi cuti seminggu je, tapi ah lantaklaa. Asalkan dapat balik, guwa dah cukup puas. Taktahu la feel dia macam mana kan. Ade kawan cakap, jgn balik. Nanti lagi feeling homesick sebab tak puas cuti kat rumah. Haha tapi kalau tak balik pun homesick jugak cemane nii. Hmm apepun aku harap aku buat keputusan yg betul sebab aku memang nak enjoyy bebetul cuti mid sem ni. Nak jumpe family aku, kawan aku dan juga kucing aku haha. Even adik aku yg bongsu tu takde kat rumah sebab dah masuk mrsm (sobbss...) tapi takpela ade jugak adik beradik aku yg lain. Tapi aku rapat dgn yg bongsu tu je la. Kalau dia dah takde, rasa sunyi je rumah. Dah tak boleh nak gaduh dengan dia lagi dah. Hmm sedihnyee. Selalunye aku suka buli dia sampai dia nangis. Haha rasa puas buat centuu sebab rasa lah macam kakak kan. Now takleh nak bayangkan aku ada kat rumah tanpa dia... *kesat air mata

Whatever. Ekceli aku dah plan dengan sorang kawan aku ni (bff dari sekolah rendah and setaman) nak keluar jenjalan sesame. Kengkonon nak pegi Thumbs cafe la, Khizanat la, pegi main roller skate la, main laser laa haha macam-macam. Dia yang ajak aku balik, so aku pikir macam, okay jugak ade kawan balik ni. So aku pun cecepat la beli tiket. Lagipun cuti sem bulan 6 nanti aku maybe akan pindah. So dah jauh dari kawan aku ni and maybe susah nak jumpa. 

Aku rindu dengan anak-anak kucing aku ni. Sekarang sure dah besar dah boleh lari-lari. Tinggal berape ekor je ntah. 
Aku rindu dengan masakan mak aku. Nak makan sesedap hari-hari. Nak buat kek coklat, bawak sini bagi kengkawan rasa. 
Aku nak habiskan baucer buku kat semenanjung. Sebab banyak pilihan. 

So sekarang ni aku taktahu nak buat penutup macam mana. Lama tak tulis blog kan lol. Apepun, aku harap korang enjoy la cuti mid sem bagi yang bercuti tuu. Yang tak dapat balik rumah tu pun takpe, sebab cuti mid sem kat uni pun best. Boleh plan trip dengan kengkawan hihi. Okaylah byeee !




Feb 15, 2014

Goodbye semester holiday, Hello semester 4 !


Oh hai, seperti yg sedia maklum untuk student degree ramai yg dapat result harini kan ? Apapun tahniah buat yg berjaya. Berjaya tu bukan maksudnya just untuk yg dapat dean list or NC hehe no. Siapa yg dah berusaha yg terbaik and dah capai target pun dah dikira berjaya sebab dah dapat setimpal dengan usaha kan. And bagi yg dah usaha banyak tapi still tak dapat yg kita nak, oh well remember, "Allah give us what we need, not what we want," So chill lah. We had more times to work for it. My result ? Alhamdulillah capailah jugak target even tak dekan pun. Because semester 3 was a bit tought for me. And I will work harder for semester 4 and so on. Yeahhh. 

Okay cukuplah pasal result. Btw cuti semester pun dah nak habis wuuu so sad. Ahad ni dah kena balik UPM dah. Dah tak boleh lepak makan tido kat rumah dah hihihi. Cuti semester ni penuh dengan pahit manis kehidupan ececeh ayat kemain. Tapi taknak la cerita yg pahit tu. Yang manisnye, dapat pergi vacation trip to Penang dengan my ohsem highschool besties 3 hari 2 malam. Sumpah best and I will wait for the next trip. Also dapat bercuti dengan family ke Cameron. And at last dapat jumpa bff dari darjah 6 yang dah lama gila tak jumpa. The best moment is spending time with family and friends. Tapi memandangkan tak cukup bajet, terpaksa tangguh jumpa kembar aku. Lepastu lesen moto pun tak dapat buat lagi. Sobbss. Sori rumet. 

Dan aku takleh tido ni dah kenapa ? 

Simptom nak dekat balik U kot. Or maybe sebab result. Or maybe takut nak tido sebab nanti bebangun kang dah sabtu. Pastu ahad dah kena balik. Ah papelaa. Kbye.


Taknak balik sana T_T


notakaki : Kadang kadang bila dah jadi sesuatu, barulah kita tahu nak hargai benda tu.

Jan 26, 2014

Seronoknya jadi dia



"Ish seronoknye jadi dia tu. Dahla cantik, pandai, kaya pulak tu,"
"Ah kau apa kurangnya. Kau patut bersyukur,"
"Tapi aku jeles dengan dia. Apa yang dia nak, semua dia dapat,"
"Kau hanya pandang luaran,"
"Maksud kau ?"
"Yelah, kau anggap dia tu punyai segala. Tapi kau tak tahu apa yang dia pernah lalui semasa hayatnya,"
"Hmm..."
"Kau pernah rasa kurang kasih sayang ibu bapa ?"
"Em...tak."
"Kau patut bersyukur."
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kadang-kadang kita sering mempersoalkan kebahagiaan dan kehidupan orang lain. Kita mempersoalkan mengapa kita tidak boleh menjadi seperti dia ? Kita mempersoalkan mengapa kita tidak cantik. Belum tentu cantik itu membahagiakan. Ada yang cantik, tapi salah gunakan kecantikan. Kita mempersoalkan mengapa kita tidak pandai. Ada yang pandai, tapi bila sudah berjaya, sombong mendongak langit. Kita mempersoalkan mengapa kita tidak kaya. Ada yang kaya, tapi pentingkan dunia, lupa akhirat. Bukanlah aku mahu memburukkan orang cantik, pandai, mahupun kaya. Ada juga yang punyai segala malahan sangat berjasa kepada keluarga dan negara. 

Jadi, apa yang aku cuba sampaikan ini ? Okay, setiap perkara yang terjadi kat kita ni telah diatur oleh Allah. Sebagai contoh, mungkin kita lihat orang kaya kelihatan bahagia kehidupannya. Itu kelebihan dia. Tapi mungkin keluarganya selalu ada masalah. Barangkali mereka ada sifat riak atau apa-apa yang mereka lalai, lalu ujian datang. Mungkin kita lihat orang miskin kelihatan sempit hidupnya. Tapi mungkin keluarganya hidup bahagia dan penuh kasih sayang. Barangkali mereka ada satu sifat iaitu syukur. Ya, selalu bersyukur membuatkan kita bahagia. Aku bagi satu contoh je la. Banyak lagi kan contoh yang boleh kita tahu. 

Aku tulis ni pun sebab nak bagi kita semua rasa bersyukur, termasuk aku sekali hehe. Aku suka stalk kehidupan orang lain. I mean, kat blog dan instagram terutamanya. Yeah semuanya kelihatan bahagia dan lengkap serba serbi. Kadang-kadang timbul satu perasaan kurang senang iaitu cemburu ataupun jeles dalam bahasa femesnya. Tapi aku selalu ingat satu perkara, apa yang kita miliki di dunia, semuanya adalah ujian. Samaada yang baik mahupun buruk. Ujian yang menentukan kita ni bersyukur atau redha. Apa yang penting, nikmati hari sekarang, usaha untuk hari mendatang, dan ambil pengajaran dari hari kelmarin. 



Notakaki : Bahagia ada di mana-mana. Tak payah susah-susah cari. Entah-entah ada di depan mata.