"Ish seronoknye jadi dia tu. Dahla cantik, pandai, kaya pulak tu,"
"Ah kau apa kurangnya. Kau patut bersyukur,"
"Tapi aku jeles dengan dia. Apa yang dia nak, semua dia dapat,"
"Kau hanya pandang luaran,"
"Maksud kau ?"
"Yelah, kau anggap dia tu punyai segala. Tapi kau tak tahu apa yang dia pernah lalui semasa hayatnya,"
"Hmm..."
"Kau pernah rasa kurang kasih sayang ibu bapa ?"
"Em...tak."
"Kau patut bersyukur."
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kadang-kadang kita sering mempersoalkan kebahagiaan dan kehidupan orang lain. Kita mempersoalkan mengapa kita tidak boleh menjadi seperti dia ? Kita mempersoalkan mengapa kita tidak cantik. Belum tentu cantik itu membahagiakan. Ada yang cantik, tapi salah gunakan kecantikan. Kita mempersoalkan mengapa kita tidak pandai. Ada yang pandai, tapi bila sudah berjaya, sombong mendongak langit. Kita mempersoalkan mengapa kita tidak kaya. Ada yang kaya, tapi pentingkan dunia, lupa akhirat. Bukanlah aku mahu memburukkan orang cantik, pandai, mahupun kaya. Ada juga yang punyai segala malahan sangat berjasa kepada keluarga dan negara.
Jadi, apa yang aku cuba sampaikan ini ? Okay, setiap perkara yang terjadi kat kita ni telah diatur oleh Allah. Sebagai contoh, mungkin kita lihat orang kaya kelihatan bahagia kehidupannya. Itu kelebihan dia. Tapi mungkin keluarganya selalu ada masalah. Barangkali mereka ada sifat riak atau apa-apa yang mereka lalai, lalu ujian datang. Mungkin kita lihat orang miskin kelihatan sempit hidupnya. Tapi mungkin keluarganya hidup bahagia dan penuh kasih sayang. Barangkali mereka ada satu sifat iaitu syukur. Ya, selalu bersyukur membuatkan kita bahagia. Aku bagi satu contoh je la. Banyak lagi kan contoh yang boleh kita tahu.
Aku tulis ni pun sebab nak bagi kita semua rasa bersyukur, termasuk aku sekali hehe. Aku suka stalk kehidupan orang lain. I mean, kat blog dan instagram terutamanya. Yeah semuanya kelihatan bahagia dan lengkap serba serbi. Kadang-kadang timbul satu perasaan kurang senang iaitu cemburu ataupun jeles dalam bahasa femesnya. Tapi aku selalu ingat satu perkara, apa yang kita miliki di dunia, semuanya adalah ujian. Samaada yang baik mahupun buruk. Ujian yang menentukan kita ni bersyukur atau redha. Apa yang penting, nikmati hari sekarang, usaha untuk hari mendatang, dan ambil pengajaran dari hari kelmarin.
Notakaki : Bahagia ada di mana-mana. Tak payah susah-susah cari. Entah-entah ada di depan mata.