Assalamualaikum
dan hai !
Wahh lama betul
tak update blog ni wahahah. Maklumlah sebelum ni busy jadi final year student
tu malas nak update apa-apa. Btw disebabkan baru je dapat result exam final
jumaat lepas, secara automatiknya tuan belog akan bergraduat pada hujung bulan
10 ni yeahh ! Result exam ? Ermm biasa-biasa je tak gempak mana pun (bukan dean
list). Tapi Alhamdulillah redha dan syukur je la kan. Dah usaha yang terbaik,
terima je la apa yang dapat hihi. Tapi still happy sebab dapat A untuk final year
project haha. Yela, setelah 2 semester bertungkus lumus siapkan projek dan
thesis, haruslah gembira sebab lulus dengan cemerlang. Alhamdulillah berkat doa
dan sokongan semua orang hihi thank youu.
First of all,
iolls nak cerita pasal pengalaman menyiapkan final year project aka FYP ni.
Hihi btw iolls ambil Bachelor Sc. Bioindustry kat UPM Sarawak. So, apa tu
Bioindustry ? Bidang Bioindustry ni cabang dia luas sebab iolls ada belajar
pasal plants, microbiology, food industry, environment, animals, chemistry,
statistics, dan soils. Hahh byk kan. Tapi course ni lebih kepada agriculture
lah gitu. Okaylah berbalik kepada FYP, iolls buat tajuk pasal Identification of
N-fixing and P-solubilization bacteria in palm oil mill effluent (POME), POME
amended with chemical fertilizer and compost. Amboi kemain panjang tajuknye
hahaha. Secara ringkasnya, projek FYP iolls berkaitan tentang bakteria. Iolls
kena identify nama dan jenis bakteria yang terkandung dalam sisa kelapa sawit
dan kompos. Sebab apa nak identify bakteria ? Sebab ada past research yang
mengatakan kompos ni mengandungi mikrob yang berguna untuk pertanian. Hahh
nampak macam senang je kan sebab just nak identify bakteria. Tapi proses nak
siapkan projek tu hanya Tuhan je yang tahu hahaha.
Mehh iolls
cerita sikit pasal pengalaman berfinal year project. Sebelum buat projek,
mestilah kena ada supervisor aka SV. Makanya sebelum mula kuliah dah start cari
dan lepastu dapat SV yang diidamkan hehe. Memang iolls pilih lecturer ni
sebagai SV sebab beliau pernah ajar sem yang lepas dan iolls suka cara dia
mengajar. Dia pun antara lecturer yang sporting, suka bantu students dan yang
penting baik hati haha. Lagipun tajuk dia pun macam menarik je sebab pasal
kompos dan bakteria. Jadinya, kami pun bersetuju bekerjasama hihi. Tapi, ada
khabar angin yang SV iolls tu akan berpindah ke UPM Serdang dalam hujung
semester. So, iolls haruslah bersetuju dengan SV tu untuk siapkan projek dan
thesis dalam tempoh 6 bulan ? So, kena siap awal daripada student yang lainla
ni. Takpe, gigihkan diri jugak terima cabaran. Jadi, terpaksalah iolls datang
awal 2 minggu dari semenanjung ke Sarawak untuk bertemu beliau. Korbankan masa
cuti semester yang berbaki sobsss T.T
Lepas berbincang
tentang projek, barulah start semuanya. Bermula daripada ambil sample kat
industry site, set up peralatan lab, dan buat projek. Masa mula start projek
pun dah problem sikit sebab iolls macam blur lagi macam mana nak buat. Btw SV
iolls memang takleh tolong pasal projek tu sebab beliau expert bab kompos je.
Pasal bakteria, kena refer lecturer lain aka co-SV iolls. So, ada jugak iolls
Tanya senior, akak master dan lab assistant mana yang taktahu. Kalau betul2 tak
dapat jugak, baru iolls tanya co-SV. Tapi ada jugak dah lepas buat satu step,
ada part yang salah. Lepas tahu memang ulang balik sampai betul. Btw, buat
pasal bakteria ni ada risiko dia sebab tak semestinya bakteria tu akan tumbuh.
So, iolls banyak kali repeat experiment sampai banyak benda dah terbazir T.T
Then lepas dah
habis step2 awal tu, barulah iolls start analysis samples. Masa ni ada mintak
bantuan lab assistant jugak dan beliau tolong supervise sampai analisis siap.
Malangnya, bila nk collect data dari machine, semua sample tak dpt detect
T.T Pehh sakitnya tuh disini. Maka
terbuanglah masa satu sem dan terpaksa repeat balik dari awal. Masuk je sem
baru, iolls try buat lagi sampai jadi. Step awal2 pun byk kena repeat. Keluar
masuk lab bila ada masa terluang lepas kelas. Kadang2 tak sempat balik bilik
pun sehari tu. Iolls balik bilik memang untuk tidur malam je hahah. Kadang2
rasa stress jugak kena duduk memerap dalam lab sorang2. Yass memang selalu lah
iolls sorang2 dalam lab mikrob tu. Walaupun iolls rasa seram sejuk je sorang2.
Maklumlah lab tersorok dan jauh dari orang. Tapi iolls kuatkan hati dan berazam
nak habiskan projek je.
Sepanjang repeat
kali ke dua tu lah, iolls banyak kali stress sampai kadang2 rasa nak give up
semua benda. Hahaha tak motivated langsung. Sampai iolls ada buat keputusan nak
tukar projek or tukar SV, padahal nak kena hantar draft result semua lagi
berapa minggu je. Masa tu memang serabut. Then, mengadu kat FYPmate, lepastu
dia cakap satu benda ni yang buatkan iolls rasa semangat balik. Dia cakap, “Mesti
ada step kamu silap ni. Kamu try la cari. Kamu buat jak sampai jadi. Sempat
lagi ni. Kalau tak dapat jugak baru bagitahu SV,” Masa tu iolls pun mula fikir
sedalamnya. “Kamu boleh Nahu !” Hahaha lepas dari tu iolls rasa memang boleh
buat cuma jangan give up je. So iolls memang pulun habis la sanggup tak cukup
makan dan tidur siapkan projek sampai jadi. Sampaikan tengah buat analisis pun,
member tolong suapkan makanan dalam mulut sebab busy sangat tak sempat makan
haha bayangkan. Ada sekali tu, iolls terpaksa datang lab malam2 sebab nak
tengok result analisis. Nasib baik ada member nak tolong teman. Dengan hujan
lebatnya, weolls redah hujan naik motor haha. Sepanjang tu weolls jerit gelak2
loll.
Then, bila dapat
je result analisis barulah hati berbunga riang hahaha akhirnya iolls berjaya jugak
Alhamdulillah. Lepastu baru lah kumpul data dan masukkan dalam thesis writing.
Masa ni kena pulun cari jurnal banyak2 pulak sebab nak buat discussion. Part ni
pun iolls rasa stress sebab susah nak cari apa yang kita nak hahah. Nasib baik
iolls dapat co-SV yang sangat membantu. Dia sanggup datang lab tolong ajar cara
construct dendogram guna software, bagi contoh jurnal dan paling penting sangat
baik hati haha. Akhirnya, setelah berhempas pulas selama setahun, terhasillah
sebuku thesis yang menjadi bukti usaha selama ni :’)
So iolls nak
bagi tips sikit cara menghadapi FYP untuk student final year (berdasarkan
pengalaman):
- Pilih tajuk dan supervisor korang betul2. Yes ni step first supaya nanti korang tak buat projek yang korang tak suka. Tapi kalau itu je pilihan, kenalah minatkan diri.
- Please start early. Jangan suka bertangguh kerja. Lagi cepat siap projek, lagi bagus. Kalau awal siap, boleh focus writing pulak.
- Ada problem, jangan segan jumpa SV bagitahu masalah. Mana-mana lecturer berkaitan pun boleh sebenarnya. Nak tanya senior, abang/akak master, lab assistant, kawan2 pun boleh. Asalkan dapat membantu.
- Banyakkan baca jurnal sebanyak yang boleh. Sebab lagi banyak membaca, lagi banyak idea nak buat writing nanti.
- Kalau boleh, jumpa SV setiap minggu. Sebab senang nak berbincang and update apa2 yang patut. Tu pun kalau SV tu tak busy.
- Kalau stress, rehatkan diri sekejap. Buat benda yang korang rasa happy. Contoh macam shopping ke, tgk movie, keluar makan etc. Lepastu baru sambung balik.
- Banyakkan berdoa untuk berjaya siapkan FYP. Ini pun penting untuk tenangkan hati.
- Lastly, kena ada motivation yang tinggi. Jangan cepat give up. That’s my key point to the success.
- Boleh tambah sendiri kalau ada.
Okay lah tu je
kot nak share hihi. Kalau korang ada apa2 pendapat nak share atau soalan,
jangan lupa drop comment kat bawah tau. Bagi yang akan hadapi FYP semester ni, good luck ! Hihi..Byee jumpa lagii.
XOXO