May 9, 2011

Eee..beshnyer! dapat naik angsa =p



Eh, naik angsa? Biar betol? Adakah anda2 semua penah naik angsa? Huh,abis matila angsa tu kan...Emm tapi kan, kalo betol2 bole naik angsa kan besh..ye tak? Bolehla jalan2 kat sekeliling tasik tu dengan happynyer...then,tak pasal2 angsa tu pun tak larat nak tampung berat orang yang naik tu...Last2, dengan anda2 sekali tenggelam dalam air...Tak ke naya tu? Hahah. Mengarot la! Mana buleh naik angsa...Tapi..ada satu jenis angsa je yang buleh naik. Dan saye pun baru je naik aritu..hahah. poyo. =p


Angsa apakah? tengok la ni...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Wakaka. Angsa la sangat kan...swanboat la..HAHA


Eleh,swanboat macam tu semua orang pun boleh naik la..heh,tapi ni baru 1st time naik ni..tu yang excited semacam tu..ngee..dulu nak naik tapi tak berkesempatan pulak..and tetibe aritu famili ajak pegi jalan2 kat Taiping...Apelagi, teros la nak naik angsa tu..hehe




yehuu..dapat naik swanboat! :)



hoyeh3! jalan2 di sekitar tasik :)


photoshoot from lake :)



Em memang puas la kan dah dapat naik angsa. Lain kali nak naik lagi bole tak? Ngeh3...Kat Taiping ni, ada jugak singgah kat Taiping Sentral untuk bershoping. Hua3. Tak abeh2. Ala,tak shoping banyak mana pun. Ngee.. Tapi yang beshnyer ayah belanja kasut B.U.M! 


Hmm. yang mana satu eh? Konpius jap =_='


Then,bershoping kat sini memang bermakna la sebab bole sambut Hari Ibu sekali...
-
-
-
-
-
-
-
Bagi bunga to my mom kat atas pentas ouh..pastu yang beshnyer, pic ni saye ambik dekat fb. Search je..Taiping Sentral. Nanti ade la gambar ni. Hehe :)



Lepas penat dah pegi jalan2 tu,kitorang singgah le makan kat Satay Kajang. Memang superb la makanan kat situ. Jus buah dia paling syiok lah. Thumbs up!
-
-
-
-
-
-
 huaa..dah tak sabo nak makan tu..hehe





 nyummy! kuetiaw sup~layann






fuhh..sekali licin semuanye..kebuluq la katakan.. =p



Lepastu,otw nak balik tu,kitorang singgah lagi kat R&R. Pegi beli buah2 sikit.
-
-
-
-
-
-
-
ececey. sempat lagi toleh kebelakang...hehe. peace!



notakaki : sangat2 penat. tapi seronok la. seharian kat Taiping. esoknyer pagi2 pulak nak pegi picnic and mandi manda kat air terjun ulu chepor. ish,merayap je kejenye..hee






May 3, 2011

Kisah 4 lilin yang bernyala




Ada 4 lilin yang menyala, Sedikit demi sedikit habis meleleh.

Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.

Yang pertama berkata: “Aku adalah Damai.”
“Namun manusia tak mampu menjagaku: maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

Yang kedua berkata: “Aku adalah Iman.”
“Sayang aku tak berguna lagi.” “Manusia tak mahu mengenalku, untuk itulah tiada gunanya aku tetap menyala.” 
Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara: “Aku adalah Cinta.”
“Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala.”
“Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna.”
“Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya.” Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.

Tanpa diduga,
Seorang anak saat itu masuk ke dalam bilik, dan melihat ketiga-tiga Lilin telah padam. Kerana takut akan kegelapan itu, dia berkata: “Eh apa yang terjadi?? Kamu semua harus tetap menyala, Aku takut akan kegelapan!” Lalu dia mengangis tersedu-sedu.


Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:
Jangan takut, Janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya:

“Akulah HARAPAN.”

Dengan mata bersinar, sang anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya.
Apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN yang ada dalam hati kita yang  mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN-nya!


Sumber: Kisah 4 Lilin Yang Bernyala | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/kisah-4-lilin-yang-bernyala/#ixzz1LIy1xCCl

Seribu alasan untuk bergembira






Kita selalu bersedih. Bersedih dengan pelbagai perkara. Ada yang bersedih kerana hilang orang tersayang, sedih kerana barangan dicuri, bersedih kerana  paras rupa, cacian dan umpatan, serta sebagainya. Tidak kurang juga yang sedih kerana cinta.

Ada waktu, memang manusia merasa kesedihan. Sedih itu, sedih ini
Sudah menjadi tabiat, kita sering mencari 1000 alasan untuk bersedihan.  dari sekecil – kecil hal dan sebesar – sebesar perkara. Ya, bersedih itu memang baik kerana ia sekali sekala boleh melembutkan hati, tanda jiwa yang sensitif.  Tetapi dosnya perlu dikawal. Terlalu lama berendam dalam kesedihan akan mereputkan jiwa. Maka mengapa kita tidak mencari 1000 alasan untuk bergembira?

aik? kena musibah pun nak gembira? Maksud saya disini adalah kita harus berfikiran positif setiap apa yang terjadi.  Contohnya, apabila kita kehilangan handset, alasannya mungkin Allah ingin kita kembali kepadaNya setelah kita semakin hanyut dalam urusan dunia. Itu tandanya Allah sayang kepada kita. Tidakkah itu suatu alasan untuk bergembira?
.
Redha.
Orang “beriman” adalah menakjubkan. Mereka mampu melalui segenap liku kehidupan dengan tabah dan ketenangan.

Segala keputusan Allah adalah baik. Anugerah kecemerlangan dan kegemilangan hidup tidak menjadikannya riya’, takabbur, ujub sehingga menyeretnya ke neraka. Timpaan musibah tidak membawa kepadanya putus asa, kecewa dan merungut-rungut sehingga menyeretnya ke dalam kalangan manusia yang tidak bersyukur. Hanya yang “beriman” sahaja mampu menghubungkan jiwanya dengan Allah SWT, untuk redha dengan segala keputusan-Nya. Tunduk taat pada ketentuan-Nya.

Kenapa saya nyata hanya orang beriman dan bukannya orang Islam? Hal ini kerana, hanya orang beriman sahaja yang percaya 100% tanpa ragu kepada Allah SWT. Mereka redha dengan apa yang terjadi.
Rasulullah SAW sendiri, bersedih hanya seketika. Baik ketika kematian anak-anaknya, mahupun kematian sahabat-sahabat baginda yang tercinta.

Cukuplah kita mencari 1000 alasan untuk bersedih dan memanjang-manjangkan kesedihan kita itu. Marilah kita mencari 1000 alasan untuk menggembirakan hati. Hakikatnya, tiada yang buruk dalam pemberian Allah SWT. Semuanya terbaik dan mempunyai hikmah tersendiri. Bila Allah berikan kita musibah, itu kebaikan dari segi peringatan kepada kita.
Tinggal kita sahaja untuk menilainya.

Jika hati kita terasa kontang maka hiburlah dengan zikrullah,
Jika fikiran kita kusut maka tenangkanlah dengan untaian tasbih,
Bila dada kita terasa sesak maka lapangkan dengan tilawah,
Jika sedih menimpa maka Ingatlah : untuk apa? “Sedih itu tiada guna… dunia ini untuk bergerak bukan tempat bermuram durja”


Sumber: Seribu Alasan Untuk Bergembira | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/seribu-alasan-untuk-bergembira/#ixzz1LItztzpf