Oct 10, 2012

A moment to remember


So now I want to share about the moment. The most remembered moment so far here at UPMKB. I know that some people said that lastly, the moment will just fade away. But not for me. I will not easily forget all the moments either it's good or bad. 

I'm very thankful to have awesome people here. For me, they are my soul. Without them, there is no fun. We are like a big happy family. Facing our problems together and survive through difficult things, it's just like another new journey for us. Eventhough it's only about one month. Yeah, one month guys. 
----------------------------------------------------------------------------------------------

happy belated birthday Acap !

Hari itu, 
Kita bersua muka.
Kita bergelak ketawa.
Kita bergurau senda.
Kita bermain bersama.

Hari ini,
Kita masih bersama.
Kita masih tertawa.
Kita masih satu keluarga.
Kita masih bahagia.

Dan untuk hari esok,
Aku harap kita sentiasa bersama.
Aku harap kita tak pernah bermasam muka.
Aku harap kita teruskan perjuangan kita.

*pause ----


Dulu, aku pernah membaca komen fb seorang pelajar di sini berkata :

" Di sini, korang tak akan jumpa kemewahan dan kesenangan, tapi korang akan jumpa kesederhanaan dan kekeluargaan.."

Ya, mungkin betul apa yang cuba diperkatakan.


kalian buat aku tersenyum :)


basketball together

“A Life is Measured by Moments Like These”

Okay stop berpuisi sastera. hahaha. Hmm okay nak citer ni. Haritu kitorang buat prank birthday party kat sorang klasmate ni, Acap. Tapi dah macam sambut birthday untuk semua orang dah. Lepas syok hadam kek secret recipe, terus masing-masing kena tepung dengan krim kek kat muka. *mulalah aku rasa menyesal pakai baju cecantik malam tuu -.-'

Noicee. lepas berkejar-kejaran lenyek kek kat muka tiap orang, kitorang main true or dare. Bahaya ah main dengan diorang ni. Soalan 'true' memang dasar kontroversi gila. Yang 'dare' pulak, memang dasar nak bagi malu ahh. HAHA. Then lepas penat main, pegi pulak main basketball sampai tengah malam. Terbaiklah aku main sambil pakai jeans & cardigan & berkaki ayam. First time pulak tu berbasketball. Kira macam pecah rekod la.

Esoknye, baru kitorang sedar yang basketball tu best & ohsem. Terus kitorang sambung main tetiap malam (kalau boleh). Dan seluar koyak dan kulit kaki koyak tu kadang-kadang membuatkan aku give up. Imagine lah kalau setiap kali main, mesti seluar koyak. Dahla seluar baru beli wuwuwuu. Tu tak kira dengan bibir berdarah sebab terkena bola. Tapi tu klasmate aku yang injured. 

Hmm apa boleh buat. Main basketball dengan boys memang mencabar. Umpama... (eh aku tak reti reka peribahasa). Tapi disebabkan girls sangat ohsem dan star, Abang Long Shark pun berani kitorang lawan (serius lahh). Tu tak kira Paan Tarbus lagi. Takleh cakap apa la, superstar kot haha.

Selain basketball, ada jugak guna court tu untuk main roller skate. Noharremm. Mengganggu emosi Ballerz sekalian. Tengok orang main roller skate, teringin jugak nak try. Err k fine aku takut sebenarnya. -.-' Mungkin malam ni main basketball lagi atau mahu beralih dengan futsal. Gituuu.

So ape yang aku mahu luahkan adalah, 'Woii korang tak penat ke tetiap malam asyik basketball je ? Sedangkan Paan Tarbus pun semput. Hebatlah korang HAHA,'

Tapi takpe, aku enjoy je main. Tapi aku tak sanggup tengok seluar kesayangan aku koyak lagi. Tu jee. Peace !


“Do not look back and grieve over the past, for it is gone; and do not be troubled about the future, for it has yet to come. Live in the present, and make it so beautiful that it will be worth remembering” 


notakaki : kan best kalau tetiba satu malam ada someone call & mainkan gitar untuk aku. rindu saat itu. eh apa aku merepek ni ? 


Oct 7, 2012

my weekend

Haii semua warga Malaysia tak kira di Semenanjung atau Sabah Sarawak. Ehh ? Okay surely hujung minggu ni adalah waktu golongan urban dan muda mudi berfoya foya kann? (eh jangan salah paham pulak maksud berfoya foya aku tuu k ?). So ape agaknye yang korang buat waktu cecuti ujung minggu ni kan ? Adakah suka berjimba bersama kengkawan ? Adakah suka duduk terperap di bilik sambil layan muka buku untuk chatting2, flirting2, poking2, liking2 baginya..? (bukak lagu Aliff Aziz). Okay tak kira lah apepun yang korang buat, ce share sikit aktiviti korang ?

So kalau nak tahu (taknak tahu pun takpe), this weekend aku dah belanja banyak gila. seriously weii. aku rasa aku boros. k aku mmg boros. firstly, disebabkan krisis makanan. yeah bagi aku, makan itu penting. dan penting untuk makan. so aku tak kisah berbelanja lebih untuk makan. gituu. haritu, aku pegi kuar 3 orang dengan klasmate aku naik teksi malam-malam semata-mata sebab ini....


yeah KEPSI

Please lahh ni first time kot aku makan fast food sejak dok sarawak ni. Sumpah rindu gila nak makan mende alah ni. Tapi sadis tau kenapa kualiti dia tak sama macam semenanjung ? hm aku pun tak tahu. but thankfully ada KEPSI kat Bintulu ni. kalau takde ? aku nak meraung je balik rumah. -.-'


Okay stop pasal KEPSI. Esoknya, memalam aku kuar lagi dengan 2 orang klasmate naik teksi jugak. Dan aku pergi Park City Mall sebab nak beli groceries. but thanks God sorang lagi klasmate tu tersangatlah baik hati tolong support duit tambang teksi. dah saving kat situ.

Pagi esoknye pulak, kitorang naik 3 teksi sebab kitorang seploh orang memang dah plan nak berjimba bersama. So destinasinya tak lain tak bukan adalah Park City Mall. (again ?) Yeah tujuan utama memang untuk shopping. Dan kali ni, aku shopping untuk membeli baju dan seluar baru. See, nampak tak keborosan di situ ? 

Petang tu pulak, kitorang plan nak pergi pantai. So expect macam dekat la pantai tu dari PCM. Jalan punya jalan, kitorang tak jumpa pantai but tepi laut. Okay terpaksalah berangan dok tepi pantai. Kawasan tu dekat je dengan Park City Everly Hotel. Sampai-sampai je terus snap pic gaya bigbang. Gituu.


kenapa bigbang ? sebab aku minat korea. ehh ?



two same pictures with two different acting


elok pulak bot tu lalu waktu kitorang tengah amek gambar. hihihik



again. two same pictures with different acting


tunggu teksi kat luar Park City Everly Hotel


Noicee. Kitorang sanggup panjat atas pagar batu semata-mata nak bergambar kat tepi laut yang ada batu-batu tu. Tapi kan, ada sorang budak tudung hitam tu dah pandai panjat, pandai turun, tapi tak reti naik balik muahaha. ops sori kawan, aku termengumpat.

Eh dengar kata, kat sini nak dibina beberapa lagi shopping complex dan jugak McD yaww ! Baguslah sebab aku memang suka shopping & penggemar setia McD. Nak menangis aku dapat tahu kat sini takde McD. Hmm *lap hingus (hiperbola). 

Yeay disebabkan harini hari Ahad, maybe aku akan keluar lagi dengan kengkawan untuk makan. Guess what, hujung minggu camni, foodcourt memang tutup. So aku nak makan apa ? Aku dah boring dengan nasi berlauk kat kafe kolej kediaman. -.-'

Jap aku nak cakap. Untunglaa bagi bebudak ex dip yang balik semenanjung 2 minggu untuk konvokesyen kat UPM Serdang tuu. Jeles ai tau korang boleh balik. Hmm. 



Konklusinye, isilah hujung minggu anda dengan aktiviti yang berfaedah. Contohnya, makan dan membeli belah. Ehh tak, aku bagi cadangan je hahaha. 


notakaki: live your life. grab the chance. look throughout the sky. (eh tetibe)

Oct 6, 2012

I LOVE BSBI !

Haii uolls. Lamanya tak hupdate kan. Hehe maklumlah haritu busy dengan program kolegrasinya. Pastu gigih pulak siapkan esaimen yang tertinggal. So now, nak cerita pasal program kolegrasi. Ouh kalau nak tahu, nama program tu adalah ' I LOVE BSBI '. BSBI tu merujuk kepada nama course aku iaitu Bachelor Science BioIndustry. 

So apa yang bestnya program kolegrasi tu ? Hmm mula-mula bila dapat tahu semua budak degree kena join program tu, rasa macam..eh takpayah la buat. Macam orientasi je. Tapi sebenarnya memang program tu dibuat untuk merapatkan ukhuwah antara semua bebudak degree tak kira senior atau junior. Pastu, akiviti-aktivitinye pulak macam best je kan. Adventure gituu. So why not to join ?

Okay biar aku ceritakan roughly pasal aktiviti selama 3 hari tu.


Jumaat

start malam. ada aktiviti ice breaking ! means macam need to know other students lah. kitorang dibahagikan kepada beberapa group yang terdiri daripada bebudak sem 1, sem 3 dan sem 5. macam biasa lah, dalam group kena bagi nama group, cheers, tulis dan lukis atas kertas mahjung, and what so ever. 


Sabtu

lepas senamrobik

Hari ni paling best ! sebab pagi tu kitorang ada explorace kat hutan dalam UPM ni haha. dah lama tak masuk hutan. excited tau. yang tak boleh lupa, waktu kena minum air milo + gula + kunyit ! wadeheck ! kunyit tuu. boleh muntah uhukss.

di hutan hujan tropika UPMKB

petang pulak ada sukan air ! super duper best ! sebab kitorang ada race berkayak kat kolam UPM. wuuu first time kot merasa berkayak ni. memang tak puas main. lepastu ada aktiviti apungkan badan atas air. kena gayut dekat tali sambil apungkan badan. haa yang ni serius mencabar. gayat kot sebab air dia agak dalam. tapi pakai safety jacket laa haha. then paling kelakar, ada aktiviti tangkap itik. kahkah kesian itik jadi mangsa. lastly, kitorang berkubang dalam kolam. sakan gituu.



malam pulak ada sesi ceramah dengan dekan. ouh malas sebenarnya nak pergi ceramah bagai ni. tapi disebabkan dah mula sayang BSBI (ececehh), terpaksa la. eh tengah malam pun ada. aktiviti perang malam kat padang. ouh memang tak lah kan aku nak join. dahla dari pukul 12 sampai pukul 3 pagi. dahla gelap. dahla hujan renyai. so better aku tidur dalam bilik. kann ? hahaha.


Ahad

patutnya pagi tu ada gotong-royong. disebabkan semua orang letih sangat, so sape je pegi ? aku pun skip haha. petang pun ada persiapan untuk majlis penutup malam tu. er aku pergi lambat untuk tolong buat bintang.je.(apehal ?) dan memang aku pegi sebab nak makan je pun hahaha. eh tak, aku ikhlas menolong. puihhh. lepas habis tolong semua, kitorang pun berlatih la untuk persembahan group masing-masing. temanya adalah retro. me loikee !

the time has come. yeahh at last, dah sampai majlis penutup a.k.a dinner untuk bebudak BSBI. tak sangka dah habis semuanya. rasa rindu pulak ecehh. so now, perlulah kan untuk menghupload gambar eksyen kitew pakai baju retro. kekonon.


from left: me, bexs and dee


bergambar di pentas utama


para jelitawans. eh ada sorang budak laki sesat -.-'


siapa bilang gadis melayu tak menawan ?


I feel soo slim among them haha




with acap, our leader

with adek muaz comel

with azha. er malas komen lelebih.


some of my classmates. 


And now I realized that I start to love BSBI haha.

Okay till then. Bye. Wait for the next entry guys.

pictures credit to Bexs.

notakaki: done for shoppings and shoppings for this weekend. soo heaven !