Feb 15, 2014

Goodbye semester holiday, Hello semester 4 !


Oh hai, seperti yg sedia maklum untuk student degree ramai yg dapat result harini kan ? Apapun tahniah buat yg berjaya. Berjaya tu bukan maksudnya just untuk yg dapat dean list or NC hehe no. Siapa yg dah berusaha yg terbaik and dah capai target pun dah dikira berjaya sebab dah dapat setimpal dengan usaha kan. And bagi yg dah usaha banyak tapi still tak dapat yg kita nak, oh well remember, "Allah give us what we need, not what we want," So chill lah. We had more times to work for it. My result ? Alhamdulillah capailah jugak target even tak dekan pun. Because semester 3 was a bit tought for me. And I will work harder for semester 4 and so on. Yeahhh. 

Okay cukuplah pasal result. Btw cuti semester pun dah nak habis wuuu so sad. Ahad ni dah kena balik UPM dah. Dah tak boleh lepak makan tido kat rumah dah hihihi. Cuti semester ni penuh dengan pahit manis kehidupan ececeh ayat kemain. Tapi taknak la cerita yg pahit tu. Yang manisnye, dapat pergi vacation trip to Penang dengan my ohsem highschool besties 3 hari 2 malam. Sumpah best and I will wait for the next trip. Also dapat bercuti dengan family ke Cameron. And at last dapat jumpa bff dari darjah 6 yang dah lama gila tak jumpa. The best moment is spending time with family and friends. Tapi memandangkan tak cukup bajet, terpaksa tangguh jumpa kembar aku. Lepastu lesen moto pun tak dapat buat lagi. Sobbss. Sori rumet. 

Dan aku takleh tido ni dah kenapa ? 

Simptom nak dekat balik U kot. Or maybe sebab result. Or maybe takut nak tido sebab nanti bebangun kang dah sabtu. Pastu ahad dah kena balik. Ah papelaa. Kbye.


Taknak balik sana T_T


notakaki : Kadang kadang bila dah jadi sesuatu, barulah kita tahu nak hargai benda tu.

Jan 26, 2014

Seronoknya jadi dia



"Ish seronoknye jadi dia tu. Dahla cantik, pandai, kaya pulak tu,"
"Ah kau apa kurangnya. Kau patut bersyukur,"
"Tapi aku jeles dengan dia. Apa yang dia nak, semua dia dapat,"
"Kau hanya pandang luaran,"
"Maksud kau ?"
"Yelah, kau anggap dia tu punyai segala. Tapi kau tak tahu apa yang dia pernah lalui semasa hayatnya,"
"Hmm..."
"Kau pernah rasa kurang kasih sayang ibu bapa ?"
"Em...tak."
"Kau patut bersyukur."
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kadang-kadang kita sering mempersoalkan kebahagiaan dan kehidupan orang lain. Kita mempersoalkan mengapa kita tidak boleh menjadi seperti dia ? Kita mempersoalkan mengapa kita tidak cantik. Belum tentu cantik itu membahagiakan. Ada yang cantik, tapi salah gunakan kecantikan. Kita mempersoalkan mengapa kita tidak pandai. Ada yang pandai, tapi bila sudah berjaya, sombong mendongak langit. Kita mempersoalkan mengapa kita tidak kaya. Ada yang kaya, tapi pentingkan dunia, lupa akhirat. Bukanlah aku mahu memburukkan orang cantik, pandai, mahupun kaya. Ada juga yang punyai segala malahan sangat berjasa kepada keluarga dan negara. 

Jadi, apa yang aku cuba sampaikan ini ? Okay, setiap perkara yang terjadi kat kita ni telah diatur oleh Allah. Sebagai contoh, mungkin kita lihat orang kaya kelihatan bahagia kehidupannya. Itu kelebihan dia. Tapi mungkin keluarganya selalu ada masalah. Barangkali mereka ada sifat riak atau apa-apa yang mereka lalai, lalu ujian datang. Mungkin kita lihat orang miskin kelihatan sempit hidupnya. Tapi mungkin keluarganya hidup bahagia dan penuh kasih sayang. Barangkali mereka ada satu sifat iaitu syukur. Ya, selalu bersyukur membuatkan kita bahagia. Aku bagi satu contoh je la. Banyak lagi kan contoh yang boleh kita tahu. 

Aku tulis ni pun sebab nak bagi kita semua rasa bersyukur, termasuk aku sekali hehe. Aku suka stalk kehidupan orang lain. I mean, kat blog dan instagram terutamanya. Yeah semuanya kelihatan bahagia dan lengkap serba serbi. Kadang-kadang timbul satu perasaan kurang senang iaitu cemburu ataupun jeles dalam bahasa femesnya. Tapi aku selalu ingat satu perkara, apa yang kita miliki di dunia, semuanya adalah ujian. Samaada yang baik mahupun buruk. Ujian yang menentukan kita ni bersyukur atau redha. Apa yang penting, nikmati hari sekarang, usaha untuk hari mendatang, dan ambil pengajaran dari hari kelmarin. 



Notakaki : Bahagia ada di mana-mana. Tak payah susah-susah cari. Entah-entah ada di depan mata.

Dec 26, 2013

Study week


Mood study week is on ! Hoyeahh tapi studynye banyak mane je eheheh. Sumpah rasa banyak gila tak cover. Rasa macam sem ni susah je nak skor subjek subjeknye. Dahla subjek teras dah takde tahun ni. Banyak subjek universiti je. Hmm. Anyway tak sabar nak habiskan exam kali ni hihi. Sebab cuti sem ni I'll be going somewhere for vacation yeayy ! Hm banyaknye benda nak buat cuti ni. Rasa macam tak menyempat pun ade hihi. So marilah kite membuat checklist the-thing-that-want-to-do for this holiday !

  • buat spect mata baru. ohyeah the blacky nerd one I hope
  • ambik lesen moto. dapat L pun jadilaa hihi
  • pegi KL sambut birthday my twins Nabil ! It's 28 Jan
  • vacation trip to Penang with my school besties. 25 Jan or above
  • vacation trip to Langkawi with my family. Maybe Chinese New Year
  • meeting someone that I'd not met for almost three years
  • buying my personal new stuffs/shopping
  • repair my laptop/buy the new one hehe
  • visit my family's new house. Oh so excited ! 
  • belaja moto kat kawasan rumah
  • (taktau nak tulis ape dah. hehe)

Apapun, semua tu kena tunggu exam habis dulu sobbss :'(  Btw I'm happy today sebab result TOCIE dah keluar and I got band 5 :) Alhamdulillah. Rasanya baru haritu dapat happy news sebab dapat JPA. Berganda syukur. Thanks Allah. Oh TOCIE ni untuk pelajar UPM je. And budak yang dapat band 3 kebawah in MUET kena ambik test ni. Uni lain takde pun jangan risau. Tak kisah pun ekceli dapat berape asalkan lepas band 4 & dapat grad tanpa perlu repeat lagi test speaking english tu ohmyy. Even, waktu test tu tersasul cakap Malay sikit haha, still this is a good news. Dengar citer banyak jugak klasmate aku dapat band 5. Memang hebatlah korang speaking hehe. Tapi kan, batch ni yang last ada TOCIE. Next batch, ganti dengan class english every sem haha. Okaylah bye nak sambung study. Wish me luck k. Bye peeps ! Assalamualaikum. 


notakaki : sedang menghabiskan baca buku fixi bertitle Kelabu. Banyak sangat mesej dari cerita tu. Setakat ni, yang aku dapat, 'Second chance is needed. Because all people made mistakes. And people will learn from their mistakes and improve it all'. Tapi aku rasa kalau semua orang akan diberi peluang kedua, mesti senang-senang je dia nak buat salah kan ? Hehe kbye.