Oct 26, 2012

Happy Eid Adha :)

"Allahuakbar.." (3X)
"Lailahaillallahu Allahuakbar"
"Allahuakbar Walillailham"


Sobbss :'(  
Hmm sayu je dengar takbir raya daripada malam semalam. Malam semalam lepas berbuka puasa terus pergi Pusat Islam. Baca Yassin dengan tahlil. Pastu dengar takbir raya. Serius rasa sayu gila. Yelah, terpaksa beraye di perantauan kan. Hm ada jugak nampak kawan sebelah dok kesat air mata. hihikk. Lepas tu, terus pegi makan-makan. Yang bestnye, ada ayam kepsi hahaha. Rugi gila tak tapau ayam kepsi tu hm. Then, terus pegi dapur dan tolong memasak hihihik. *tolong kacau kuah kacang je sebenarnya dan kacau orang


Inilah dapur tempat kitorang masak-masak hihik. Dah macam salam perantau je


Aku masak kuah kacang. Eh, silap. Kacau hehe


tak balik dan tak menangis. proud of it


Esok pagi, tepat pukul 8 pagi kitorang dah ada kat Pusat Islam dengan pakai baju rayanye dan pergi solat sunat Aidiladha. Lepas habis solat, dengar ceramah kejap. Then, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Jamuan raya. Yeayyy ! Alhamdulillah at last, dapat jugak merase rendang ayam, kuah kacang, ketupat, dan kelupis. Eh, tak tau amende kelupis tu ? Alaa dia lebih kurang macam rasa lemang jugak tapi bentuk dia macam lepat liat (bak kata Paan Tarbus). Kelupis tu makanan tradisional orang Sarawak waktu raya. 

Kelupis ni sedappp !

Lepas dah makan-makan dengan kenyangnye, kitorang pun pegi tengok bebudak laki sembelih lembu depan Pusat Islam. Ada 2 ekor lembu yang jadi daging korban. Kesian jugak la tengok lembu tu kena sembelih. Tapi muka lembu tu macam redha je haha. 

Noicee. tengok lembu kena sembelih


Seterusnya, sesi tangkap gambar !






Rozaidee dan madu-madunye haha :p


with Kecik :) ouh he should eat calcium more


we look ohsem in baju kurung and baju melayu


Petangnye pulak, kitorang pegi masuk dapur kat Pusat Islam sebab nak tolong prepare untuk masak. Aku potong daging lembu. Pastu basuh daging. Hm kalau mak aku tengok anak dia rajin camni mesti terharu kahkah. 

Malamnye, kitorang bersiap pakai baju kurung again pergi Pusat Islam. Aku pegi sana semata-mata sebab nak makan sup tulang ! so dengan semangatnye aku pun pegi. Last-last sup je yang tinggal, tulangnye ntah kemane hahaha. Ni Paan Tarbus and the gang punye pasal la ni. Huhhh. 


after doing some works at kitchen


So that's all for my Eid Adha at Sarawak. Not bad laa. Macam kat kampung je suasana dia. Ada solat raya, takbir raya, baju raya, jamuan raya, lembu raya. Rasenye lebih meriah la daripada beraye di rumah kan. Kalau kat rumah, mesti takde nak pakai baju raye bagai ni. Mesti takde nak tengok lembu kena sembelih. Mesti takde jamuan raya. Tapi kat rumah boleh makan rendang dengan family. Boleh rasa kuah kacang mak aku buat. Sobss.


notakaki : sedih mak call malam semalam, wish hari raya bagai. takpela, hari raya korban kan. kenalah berkorban sikit. chillex

Oct 23, 2012

perihal maggi


Ini perihal maggi. Ya, mungkin takde kaitan dengan anda-anda semua. Mungkin anda bencikan maggi sebab ia tak berkhasiat atau mungkin anda sukakan maggi sebab ia bagaikan makanan ruji tersedap abad ini. Apa pun yang anda fikirkan tentang maggi, izinkan aku bercerita tentang maggi. Taknak tahu ? K fine.

Kisahnya bermula apabila pada suatu malam, aku pergi bermalam di bilik dua orang kawanku merangkap klasmate aku yang terchenta hihik. Disebabkan aku sangat mengantuk tahap gaban, maka aku pun terlelap di atas katil Bexs (bukan nama sebenar).

So, nak tahu apa yang berlaku selepas itu ? Ya, kejadian yang tak terduga. 





Omaigadd ! Ini sangat tak adil ! Aku tertidur dan diorang makan maggi tanpa aku ! Wahaha menangis. Tapi kann sebenarnye masa dorang masak air tuu, aku dengar. Masa dorang bincang nak kenakan aku tuu, aku dengar. Masa dorang hirup kuah maggi tuu, aku dengar. Why ? Sebab masa tuu sebenarnya aku tersedar. Ye, aku tak tidur betul-betul sebab mata aku sangat berat nak bukak tapi hakikatnya aku memang sedar apa yang berlaku. Muahahaha !

Then, aku bangun. Lebih kurang pukul 4 pagi. Pura-pura taktau apa yang berlaku. Aku terus pegi toilet. Then, dorang tidur, aku pulak bangun. So, apelagi....aku reply balik post dorang tuu





Yeahh puas hati aku muahaha !


Lepastu, aku terus balik bilik. Dan guess what ? Aku terus sarapan maggi ! Masa tu dah pukul 7 pagi hehe. Kesian aku kann ? Nampak sangat ngidamnye.

wahai maggi. kenapa engkau digemari ramai ?


So yeah, inilah kisah maggi aku yang sangat.tak.kelakar. Ceritalah kisah maggi korang pulak. Eh ? Hahaha kbaii.


notakaki : Malam tu dorang tido pukul 6 pagi. Sebelum tu dorang stay up buat report. Dapat bayangkan tak pukul berape dorang bangun lepastu ? Huuu

Oct 17, 2012

still breath


Haii selamat sejahtera. Pheuww alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pelajar di UPMKB. It's heaven you know sebab kelas banyak takde sepanjang dua minggu ni haha. Sebabnye, bebudak ex dip balik semenanjung berkonvo. But start next week, jadual seperti biasa balik. Kelas pun bakal ramai balik. Maklumlah, bebudak kelas total ada 60 lebih pelajar. Bebudak ex matriks just ada 12 orang je. Kira lah sendiri berape banyak ex dip haha.


Inilah pelajar cemerlang. Tido dalam kelas hehe.
Psssstt jangan tiru aksi ini ye


So now, dah banyak test dan kuiz yang dilalui. Esaimen pun makin banyak. Lab report pulak dah nak masuk 4 lab dah. Tapi satu pun tak sentuh lagi muahaha pemalas gila. Hm but feel so dissappointed with the quiz for microorganism & kewarganegaraan. Yelahh markah cecukup makan je. Bukannye tak study, tapi maklumlah waktu tu demam kan. Pastu ada notes hilang pulak. Haihh alasan je tuu noks. But alhamdulillah kuiz statistik okay. Ekceli aku ni lemah bab menghafal ni tapi power bab mengira. Eh boleh camtu ?

Kalau nak tahu, kat tempat aku ni selaluuu sangat hujan lebat. Dahla continuous gituu. Dahla aku ni asyik lupe bawak payung je. Padan muka aku basah kuyup tadi hm. *salahkan diri sendiri :(

Er buat sesiapa yang balik raya haji dan cuti mid sem ni, aku ucapkan selamat pulang ke rumah lah ye. Bye aku tak balik sobbsss. T_T. Terpaksa tunggu Januari tahun depan hm. Homesick dah nii wuwuuu. Anyway, have a good day people ! K baii. 



pictures credit to Dee

notakaki : kadang-kadang hidup ini tak seindah yang kita impikan