Aug 24, 2013

entry Raya 2013 (yang dah lapuk)

Haii harini nak update entry pasal raya. Hahahah orang dah lama update, kite baru nak update kan. Lantak ahh apa aku kisah. Disebabkan malas nak buat entry pepanjang, so marilah membuat entry yang pependek sahaja. Yelahh bukan ada orang pun nak baca ye dok ? Hahaa k start dengan first syawal.


First Syawal



Okay stat with first Syawal. First day raya aku berbaju merah gituu. Baju pun sponsor noks (aunty aku punya) hahaha pedulik hape. Lagipun daripada membazir beli baju raya bebanyak, baik beli benda lain kan. Aku pun bukannye suka pakai baju kurung sangat. So pepagi raya tu, macam biasalah lepas lelaki2 solat raya, jamah hidangan raya, kitorang pun bermaaf maafan sambil menadah tangan mintak duit raya hehehe tak malu. Lepas bermaafan, kitorang pun pergi kubur ziarah pusara atok dengan moyang. Lepastu aku kena ikut mak aku pegi hantar juadah raya kat kengkawan nenek kat pekan. Lepastu dalam pukul seploh camtu adalah rombongan marhaban bagi golongan lelaki berarak dan datang dari rumah ke rumah. Oh ye, marhaban ni memang salah satu tradisi orang Joho masa raya. Kira meriah la raya bila ada marhaban ni. Dah habis marhaban, kitorang pun dah rimas pakai baju raya, pegi salin baju biasa balik haha. Then, pepetang tu layan la cerita raya best kat tv sambil tunggu kalau2 ada orang datang meminang beraya ke rumah. Malam pulak, jadik bebudak kecik pegi main bunga api. Pastu memang meriah la bunyi orang main mercun sana sini.


Second Syawal


Raya kedua pulak, aku pakai baju raya aku sendiri kaler febret aku iaitu mint green haha. Meh aku zoom out kan sikit ciri ciri baju raya aku. Baju ni jenis fishtail peplum. Jenis baju yang macam saloma tuu tapi labuh bahagian belakang macam ekor ikan (sebab tu dinamakan fishtail). Lepastu ada lace kat bahagian badan and manik kat pinggang. Kat tempat lain just plain and simple. Kain dia pulak jenis kembang payung dari tengah ke bawah. Oh ye tudung pulak aku beli jenis halfmoon yang ada manik kat atas kepala. Ah sudah kenapa aku asyik cerita pasal baju ni ?

love the lace and pearl

fishtail peplum

Okay raya kedua, ada marhaban bagi pihak pompuan pulak. Haaa sebab tu la aku beria sangat pakai lelawa sebab nak tunjuk kat orang raya kan setahun sekali. So kemain lama lah aku bersiap sampai mak aku bising, then terus ikut pegi marhaban. Tapi aku takdela pegi semua rumah, sekerat rumah je pastu dah tak larat nak jalan haha -.-". Petangnye pulak, kitorang pegi la konvoi pegi rumah sanak saudara yang dok jejauh sikit tu. 


Aku tak paham kenapa aku selalu jadi mangsa kena jadi model untuk adik aku -.-"

Third Syawal

Raya ketiga, kitorang satu famili pun berangkat ke Teluk Intan pulak beraya kat sana. Tapi dedua atuk dengan opah dah takde so tinggal sedare mare je la. Keluarga belah sana memang lagi ramai daripada kat Joho. 

me with le mummy yang cantik jelita

Ahah so raya keempat aku dah balik semula ke Ipoh my hometown. So rasanya itu je la kot cerita raya aku. Takde yang menariknye pun hihi. Tapi yang menariknye, kuih raya tahun ni, aku dengan aunty yang buat tau. Kemain tau seminggu sebelum raya tu aku berhempas pulas buat kuih raya ikut buku resipi kihkih. Yela, tahun sebelumnya banyak kuih tunjuk je. Tahun ni special sikit. Nak tengok gambar kuih raya aku dan gambar raya yang lain, search instagram : nahunabila. 

So rasanya, entry ni dah terpanjang kan ? Eheh lantaklaa.

Sekian. Kbye !

No comments: