Kenapalah agaknye ye? Mulut manusia ni tabole tutup? Ada je benda yang nak dicakapnye (even benda tu tak betul and just nak sakitkan hati orang). Sedarlah diri sikit wahai manusia manusia tiada pemikiran. Takda pekdah pun asyik jaga tepi kain orang..... *annoying -_-'
Hmm. Dan sekali lagi. Aku berada dalam dilema. Antara persahabatan dan.....ehem. Sambung sendiri. Kadang kadang pilihan yang kita buat tu tak semestinya betul, dan tak semestinya salah, kan? So, pepandailah membuat pilihan yang betul. Jika kita tak pasti pilihan kita tu, minta pendapat orang sekeliling atau lebih tepat lagi orang orang yang rapat dengan kita sebab mereka lebih memahami. Dan jangan lupa minta dekat Allah kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. =)
Aku tak tahu sampai bila aku akan begini. Terlalu berharap. So, sudah sampai masanya aku 'berhenti berharap', bak kata tajuk lagu Sheila 0n 7. Penantian satu penyiksaan bukan? Ouh, apa yang aku merepek ni? *sight @_@
Kepada sahabat karibku,
Aku minta maaf jika aku telah melukakan hatimu.
Aku minta maaf andai aku telah membuatkan kau menangis.
Aku minta maaf andai aku terpaksa jauhkan diri darimu sementara.
Aku minta maaf andai kau berkecil hati.
Aku minta maaf andai kau bersedih kerana aku.
Aku minta maaf andai membuatkan kau jauh dariku.
Aku minta maaf kerana tidak mengikut katamu.
Aku minta maaf kerana membelakangkanmu.
Aku minta maaf kerana menidakkanmu.
Aku minta maaf kerana aku tidak sedar akan kebaikanmu.
Aku minta maaf untuk SEGALANYA!
KERANA KAMU SAHABAT AKU
aku ingin memelukmu begini =(
Dan aku sangat tersentuh dengan kata katanya...
Apabila dia rela jauh dari aku kerana membiarkan aku bahagia (walau bahagia itu sekadar angan angan). Ouh, kawan.. tidakkah kau sedar, hubungan persahabatan kita selama ini? Takkan semudah itu mahu kau musnahkan kerana perkara yang remeh ini? *ayat berbunga
Aku tahu kau sayang sangat kepada aku. Kau tak mahu lihat aku terluka. Kau mahu aku jauhkan diri dari dia. Tapi...biarlah aku yang membuat keputusan sendiri. Walau keputusan itu menyakitkan. Take time lahh ek..hmm =(
Wahai kawan, aku janji selepas ini aku takkan lagi menyusahkan kau dengan cerita cerita sedih aku. Aku tahu kau amat terkesan dengan kisah sedih aku. Kau turut terluka jika aku terluka. Aku juga sama. Kita sama sama terluka. Tapi, kita tetap sabar kan? Kita masih mampu tersenyum bukan? Kita masih tabah bukan? Ah, pedulikan dengan mereka semua itu.
Semua orang membuat kesilapan. Dan yang paling perit, kita tidak boleh mengundurkan kembali apa yang telah dibuat. Apa yang terjadi sudah terjadi. Terimalah ia dengan berhikmah. Anggap ia ujian Tuhan. Sudah suratan takdir, kita jadi begini dan begini. Sebagai manusia, kita hanya perlu terima kenyataan dan redha. Itu yang terbaik.
Sudahlah. Aku sudah penat. Rasa mahu tutup telinga dari kata kata orang. Aku sudah tidak peduli lagi. Biarlah mereka hendak kata apa. Mereka gembira dengan hidup mereka. Sekarang, aku inginkan ketenangan. Biarkan aku sendirian, jika itu lebih baik. Kerana aku tidak bersendirian walau menyendiri. =)
Dan wahai kamu,
Aku juga minta maaf...
Aku juga telah lama memaafkan kamu...
Binalah kebahagiaan kamu sendiri
Carilah ketenangan dalam hidupmu
Agar kamu tetap bahagia
Aku hanya mampu berdoa dari jauh
Aku tetap menghargai kamu yang
pernah hadir menghiasi hidupku...
jalan kebahagiaan itu sentiasa ada =)
notakaki : sayangi sahabat sahabat kita kerana mereka juga yang kita cari apabila diperlukan
No comments:
Post a Comment