Jan 26, 2012

yakinlah pada DIA



“Setiap Orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.

Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.

Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada.

Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.

Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhianati kepercayaan kamu.”







notakaki : everything happens for a reason. keep smiling and look forward =)









Jan 25, 2012

wordless wednesday #converse







k bai! =D



notakaki : biochem or biotech or chem engine? hmm



Jan 22, 2012

memori dulu dulu


sape pernah buat salah satu benda-benda kt bwh ni masa time kecik-kecik dulu ?






suka main letupkan buih masa kecik kecik.
tapi, sekarang pun sama. hewhew



1. Buka kipas meja,cakap depan kipas, nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

4. Masa sekolah,ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, 
beratur ambil air lagi.

5. Lukis burung guna huruf M .. mesti ada kan..

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati..

9. Kalo tak siap keje rumah sengaja tinggal buku latihan kat rumah...

10. nak gelak kan bila bace semua kat atas ni.. 


p/s : aku rasa aku tak pernah buat yang nombor 9 tu. biasalah, aku kan pelajar cemerlang. selalu siap omwek..uweekss. sila muntah. HAHA





awesome pink



what i am looking for?

i love pink. so, i am addicted for things in pink

pink is gorgeous. pink is awesome. whats more?

haha. i manage to grab this things *daydreaming =,=



heels in striking pink. what a shoes.
i'll be the tallest girl in this world! haha




ouh. my favourite dslr camera. it was pink!




simple and totally pink!



whoa. so pink maaa!






this one is also gorgeous!




super duper cool! i wish i'll get one soon. haha






pink domo kun? haha. cute




pink eyes? haha no comment =p




notakaki : esok ade gathering dengan kawan2 sekolah. 13 treasure, wait for me yaww! =D



Jan 21, 2012

kawanku dah berubah?



Ya. Semua orang boleh berubah dengan sekelip mata sahaja. Dan mungkin perubahan itu berdasarkan faktor faktor persekitaran yang mungkin kita tidak ketahui. Mungkin juga kita tertanya tanya apa sudah terjadi sehingga menyebabbkan kita keliru dengan perubahan mereka.


Apabila seorang kawan tiba tiba menjauhi,

Mungkin anda ada membuat kesilapan kepadanya tanpa anda sedari dan tanpa sedar, anda telah melukai hatinya. Maka, segeralah meminta maaf kepadanya (walaupun anda tidak tahu adakah anda yang bersalah) agar friendship tidak putus.

Apabila seorang kawan memalingkan muka daripada anda,

Mungkin kawan anda itu telah mendengar perihal buruk tentang anda dari orang sekeliling. Jika dia seorang kawan yang baik, dia tidak akan sewenang-wenangnya mempercayai kata kata orang yang tidak diketahui kebenarannya dan mungkin mengundang fitnah. Maka, bersabarlah dan jangan sesekali berdendam dengannya. Cuba untuk mengetahui perkara yang sebenar.

Apabila seorang kawan tidak lagi senyum kepada anda,

Mungkin dia merasakan bahawa anda dan dia semakin jauh. Jarang berjumpa dan bertegur sapa. Maka, mulakanlah memberi senyuman kepada sesiapa sahaja dan mereka juga akan membalas senyuman kita.

Apabila seorang kawan mengatakan anda sombong,

Mungkin dia berkecil hati dengan anda kerana anda sudah semakin tidak mempedulikan tentangnya. Anda jarang bertegur dengannya. Maka, cubalah untuk beramah mesra kembali dan murahkanlah senyuman.

Apabila seorang kawan bercakap buruk tentang anda,

Mungkin sebenarnya dia tidak suka dengan perangai buruk anda dan meminta anda mengubahnya. Maka, jangan cepat salah sangka dan terima saja apa juga nasihat yang dia berikan. Semua orang tidak sempurna dan anda juga boleh menyuarakan pandangan anda tentang dirinya.


Jangan cepat melatah sekiranya kawan anda itu sudah berubah dan tidak lagi seperti dahulu. Selidik dahulu puncanya dan jangan membiarkan adanya permusuhan dan persengketaan. Mungkin ia sebenarnya berpunca dari sikap anda sendiri.



cuba fikirkan :

  • bagaimana seorang rakan baik yang dahulunya sangat mesra dengan kita, tiba tiba sahaja berubah kerana lelaki? Dia seperti tidak mempedulikan perasaan kita dan mengabaikan kita. kalau aku, aku sangat berkecil hati.
  • bagaimana seorang rakan yang disisihkan roomatenya kerana sering jauh daripada mereka? kalau aku, aku tidak boleh hidup begitu.
  • bagaimana seorang rakan yang apabila diajak untuk makan bersamaku, dia menolak atas alasan tidak selesa? kalau aku, aku akan kata, "kalau taknak sudah, boleh blahh.."
  • bagaimana seorang klasmate yang dahulunya sering bertegur sapa, sekarang nak senyum pun susah? sebabnya, kawan rapat dia gaduh dengan kita. derr... =,=
  • bagaimana seorang kawan baik kita boleh kutuk kutuk kita depan orang lain? kalau aku, aku akan cakap, "terima kasih, kawan" sambil senyum penuh makna.


notakaki : aku semakin tabah dan boleh berpijak di dunia nyata. Terima kasih, Tuhan. =)




Jan 14, 2012

ada aku kesah?





Peace Yaww!

Ops silap, peace yoooo!
*ceh, dah macam ac mizal pulak

Wah, sempat lagi ye nak ber blog bagai ni.
Keje kau berlambak la yobb! Sedar diri sikit! Dush!

Ahh, ada aku kesah? Hal aku, bukan hal kau.

Sikit pun tak kacau hal kau, okay. Tidak sama sekali.



Bercerita pasal 'ada aku kesah' ni, teringat pulak minggu lepas. Sangat kelakar bila ingat balik. Kikikikiki *tutup mulut menahan gelak. Kisahnya bermula apabila pada suatu hari tu, aku bersemangat gi-la nak try shawl pashmina kaler hijau plus merah tu. Aiyakk, rasa macam err..err..menakutkan kan warna tu? Haha. Ada aku kesah? Then, dengan bangun lambat nak pegi kuliahnya, aku pun kelam kabut la nak try pashmina tu. First time ouh pegi kelas pakai macam tu. Kira macam risiko jugak la aku dengan beraninya datang ke kelas dengan style yang mungkin pelik bagi sesetengah orang. Lilit punya lilit, haa nah kauu! Memang menjadik laa guwa cakap luu! Tarak tipu punya maa... Tapi, sori laa. Gua tarak itu gambar mau kasi tengok sama lu. Lain kali saja maa. Eheh. Padahal tade gambaq pun. Ada aku kesah?

Tapi, yang agak malunye, memang macam serabai gi-la la wei. Aku pakai hentam je lilit konon nak jadi hana tajima lah sangat. Then, masuk je lecture hall, terus ada sorang budak laki kelas aku tu tegur," Eh, kak hana tajima!" Haha. Dia memang dari dulu lagi gelar aku macam tu. Tapi, perlu ke? Tak kot. Wah, aku rasa macam datin muda eeww eeww dengan terpaksa kontrol machonye duduk berisan depan sekali dekat lecture. Segan pulak orang dok pandang semacam. Haha perasan gi-la kau. Tapi, ada aku kesah?

Waktu petang pulak, ada lab. So, aku sekali lagi kelam kabut melilit shawl tu. But this time, with different style maa.. Ntah macam mana tetiba ada idea pulak nak buat bunga kat tepi telinga aku tu. Memang sekali tengok, aku macam tampal bunga ros sekuntum yang dikutip entah kat mana, lepastu letak tepi telinga. Adeh, aku rasa macam janda berhias la pulak. Aku pun tak paham kenapa dengan aku harini. Maybe skru longgar sikit kot. Heh. But, ada aku kesah?

Then, dengan selambanye, aku pun pegi lab dengan berjalan catwalk ala ala model. Tetiba, ada la suara suara kedengaran, " Cantik bunga!" "Kak bunga!" "Nak bunga tu boleh?" HAHA sial. Aku dah agak dah. Aku rasa dah macam $%#&*^#%~#$%. Speechless terus. Aku senyum je. Ada jugak yang memuji. Eh, bukan jugak ye, ramai kot. HAHA. Ada jugak yang suruh ajarkan. Ngee, rasa macam berkaliber pulak. Well, ada aku kesah?

Dan, bila dah habis lab pulak, lecturer aku pun cakap,"Pandai awak lilit lilit tudung ye?" Dengan rasa bangganya, perlulah untuk senyum lebar kan? Wahh. Yang aku kesahnya, ada la sorang budak ni dengan nyaringnya panggil aku.. "Kak bunga!!! tunggu! nak bagi liquid!" Okay fine. Dia memang saja nak capub kan aku dekat satu kelas kan? Well, ada aku kesah? Walaupun muka aku merah padam menahan malu. Errr...no komen. Kali ni memang aku kesah dan serik nak pakai macamtu lagik. Derr... =,=


notakaki : I had a very bad tudung day ever.



Jan 1, 2012

goodbye 2011, welcome 2012!





Yeay! We are now at 2012! Dah masuk tahun baru beb! Means, umur pun baru la kan? Haha. *tapi aku belum lagik, sebab birthday bulan 11 =p. Ada aku kesah? Anyway, saya tetap taknak ngaku umur saya sudaa doploh tahun. Omaigod! Dah tua kowt. So, perangai pun kena lah matured sikit kan? *yeah, i admit that i'm still childish ala kanak kanak ribena. wuuu  But Happy New Year to Malaysians okay! *harap tak terlambat lagik. May this new coming year give us bless and success! And forget the past that you had regret, and move forward! See, MOVE ON! 

Going through 2011, many things that I had done and experienced. It will hard to forget all the GOOD and BAD things. But, life just like that, right? Every single moment that happen to us will bring a lesson that we can't learn from teachers or lecturers. *smile







Secoret kenangan dariku:

Tahun 2011 banyak meninggalkan pahit manis dalam kehidupan aku. Dan banyak meninggalkan pengajaran berguna supaya aku lebih tabah untuk menghadapi hari hari mendatang. Yang paling penting, mengajar aku supaya lebih tabah dan kuat semangat. Yeah, saya sekarang lebih bersemangat! I'm a new me! *wink wink

Pada awal tahun 2011 merupakan detik indah dalam hidupku. Aku bertemu seseorang yang telah menceriakan hari hari aku. Dia hadir ketika aku sedang berduka kerana kepergian teman rapatku yang kini sudah berpindah dari tempatku belajar. Mulanya, aku amat bersedih kerana hasratku untuk mendapat tawaran belajar di tempat lain gagal. Namun, ada hikmah disebaliknya. Kedukaanku diganti dengan kehadiran seseorang yang bakal menggembirakan hidupku. *siapa? rahsia


best moment when I met my bff


aku dan si pendengar setia



kenangan last farewell dinner


spending time at my village


Aku bertuah kerana mempunyai rakan rakan yang menyayangi dan mengambil berat tentang diriku. Kehidupanku di kolej berjalan seperti biasa disamping kehadiran dirinya yang amat aku hargai. 

Pada 2011 juga, aku kehilangan arwah atuk tersayang dikala aku sedang berhadapan dengan peperiksaan akhir. Namun, aku kuatkan semangat untuk menghadapi semuanya. Akhirnya, harapanku untuk mendapat keputusan cemerlang tercapai dan aku berjaya menggembirakan ibu bapaku. Ianya berkat doa dan sokongan daripada orang orang tersayang. Syukur.

Suka dan duka silih berganti. Aku diuji lagi dengan nilai wang dan persahabatan. Aku terpaksa menggantikan barang kepunyaan bapa kawan baikku yang secara tidak sengaja telah aku musnahkan. Nilainya mencecah ratusan ringgit. Namun, bagi aku, nilai persahabatan itu lebih berharga. *maafkan aku, kerana masih berhutang dengan kau



Semester baru bermula. Aku dapat rasakan suasana kali ini cukup berbeza berbanding dahulu. Segala galanya berbeza. Namun, aku cuba betulkan niat dan bulatkan tekad untuk terus berusaha ke arah kejayaan.

Aku diuji lagi. Dia yang aku sayangi ingin melepaskan aku. Aku redha dan terima kemahuannya. Namun, tetap berkawan seperti biasa. 

Segala fitnah dan kata kata manusia menyebabkan aku dan dia terpisah jauh. Aku hanya mampu bersabar. Dan berharap segalanya bermula seperti biasa. Namun, semakin aku bersabar, semakin aku diuji. Kini, kepercayaanku makin pudar.

Segalanya berakhir apabila berlakunya pertengkaran hebat angkara emosi manusia. Dan ia bukan yang pertama. Sungguh, ia tidak terduga dan bukan aku pinta. Dan ia bukan sahaja melibatkan aku dan dia, malah orang orang disekitarnya. Kawan kawan yang dahulunya sering bertegur sapa dan saling tersenyum mesra, kini hanya memalingkan muka. Maka, sehingga kini terputuslah hubungan antara dua jiwa. Aku pasrah. Mujur aku masih punya kekuatan.



Namun kini, aku sudah pulih. Pulih dari segala kenangan yang menghantui sepanjang tahun 2011. Kerana perjalanan sepanjang tahun 2012 masih panjang, dan mungkin lebih berliku daripada sebelumnya. Aku harap pengalaman mengajar aku untuk menghadapi hari hari mendatang. InsyaAllah. Aminn. Doakan aku berjaya.





Terima kasih kepada orang orang yang berusaha membuatkan aku tersenyum, walaupun senyuman itu tawar. Kamu perlu tahu, aku sayang kamu semua. Kepada teman temanku yang terluka, jangan bersedih. Masih ada bahagia menantimu disana. Menangislah jika itu dapat mengubati kedukaanmu. Ingatlah, Allah sentiasa ada.




2012! Aku ingin berjaya! 4 flat, insyaAllah. *senyum
pandang kehadapan, usah menoleh lagi.


notakaki : 2011 memang tahun yang getir, namun aku berjaya hadapinya. =)

Azam 2012 : Hmm, lupa nak pasang azam. HAHA. Tapi, yang penting, aku mahu 4 flat! Dan semestinya menjadi seorang insan yang lebih baik. Aminn.