Jan 1, 2012

goodbye 2011, welcome 2012!





Yeay! We are now at 2012! Dah masuk tahun baru beb! Means, umur pun baru la kan? Haha. *tapi aku belum lagik, sebab birthday bulan 11 =p. Ada aku kesah? Anyway, saya tetap taknak ngaku umur saya sudaa doploh tahun. Omaigod! Dah tua kowt. So, perangai pun kena lah matured sikit kan? *yeah, i admit that i'm still childish ala kanak kanak ribena. wuuu  But Happy New Year to Malaysians okay! *harap tak terlambat lagik. May this new coming year give us bless and success! And forget the past that you had regret, and move forward! See, MOVE ON! 

Going through 2011, many things that I had done and experienced. It will hard to forget all the GOOD and BAD things. But, life just like that, right? Every single moment that happen to us will bring a lesson that we can't learn from teachers or lecturers. *smile







Secoret kenangan dariku:

Tahun 2011 banyak meninggalkan pahit manis dalam kehidupan aku. Dan banyak meninggalkan pengajaran berguna supaya aku lebih tabah untuk menghadapi hari hari mendatang. Yang paling penting, mengajar aku supaya lebih tabah dan kuat semangat. Yeah, saya sekarang lebih bersemangat! I'm a new me! *wink wink

Pada awal tahun 2011 merupakan detik indah dalam hidupku. Aku bertemu seseorang yang telah menceriakan hari hari aku. Dia hadir ketika aku sedang berduka kerana kepergian teman rapatku yang kini sudah berpindah dari tempatku belajar. Mulanya, aku amat bersedih kerana hasratku untuk mendapat tawaran belajar di tempat lain gagal. Namun, ada hikmah disebaliknya. Kedukaanku diganti dengan kehadiran seseorang yang bakal menggembirakan hidupku. *siapa? rahsia


best moment when I met my bff


aku dan si pendengar setia



kenangan last farewell dinner


spending time at my village


Aku bertuah kerana mempunyai rakan rakan yang menyayangi dan mengambil berat tentang diriku. Kehidupanku di kolej berjalan seperti biasa disamping kehadiran dirinya yang amat aku hargai. 

Pada 2011 juga, aku kehilangan arwah atuk tersayang dikala aku sedang berhadapan dengan peperiksaan akhir. Namun, aku kuatkan semangat untuk menghadapi semuanya. Akhirnya, harapanku untuk mendapat keputusan cemerlang tercapai dan aku berjaya menggembirakan ibu bapaku. Ianya berkat doa dan sokongan daripada orang orang tersayang. Syukur.

Suka dan duka silih berganti. Aku diuji lagi dengan nilai wang dan persahabatan. Aku terpaksa menggantikan barang kepunyaan bapa kawan baikku yang secara tidak sengaja telah aku musnahkan. Nilainya mencecah ratusan ringgit. Namun, bagi aku, nilai persahabatan itu lebih berharga. *maafkan aku, kerana masih berhutang dengan kau



Semester baru bermula. Aku dapat rasakan suasana kali ini cukup berbeza berbanding dahulu. Segala galanya berbeza. Namun, aku cuba betulkan niat dan bulatkan tekad untuk terus berusaha ke arah kejayaan.

Aku diuji lagi. Dia yang aku sayangi ingin melepaskan aku. Aku redha dan terima kemahuannya. Namun, tetap berkawan seperti biasa. 

Segala fitnah dan kata kata manusia menyebabkan aku dan dia terpisah jauh. Aku hanya mampu bersabar. Dan berharap segalanya bermula seperti biasa. Namun, semakin aku bersabar, semakin aku diuji. Kini, kepercayaanku makin pudar.

Segalanya berakhir apabila berlakunya pertengkaran hebat angkara emosi manusia. Dan ia bukan yang pertama. Sungguh, ia tidak terduga dan bukan aku pinta. Dan ia bukan sahaja melibatkan aku dan dia, malah orang orang disekitarnya. Kawan kawan yang dahulunya sering bertegur sapa dan saling tersenyum mesra, kini hanya memalingkan muka. Maka, sehingga kini terputuslah hubungan antara dua jiwa. Aku pasrah. Mujur aku masih punya kekuatan.



Namun kini, aku sudah pulih. Pulih dari segala kenangan yang menghantui sepanjang tahun 2011. Kerana perjalanan sepanjang tahun 2012 masih panjang, dan mungkin lebih berliku daripada sebelumnya. Aku harap pengalaman mengajar aku untuk menghadapi hari hari mendatang. InsyaAllah. Aminn. Doakan aku berjaya.





Terima kasih kepada orang orang yang berusaha membuatkan aku tersenyum, walaupun senyuman itu tawar. Kamu perlu tahu, aku sayang kamu semua. Kepada teman temanku yang terluka, jangan bersedih. Masih ada bahagia menantimu disana. Menangislah jika itu dapat mengubati kedukaanmu. Ingatlah, Allah sentiasa ada.




2012! Aku ingin berjaya! 4 flat, insyaAllah. *senyum
pandang kehadapan, usah menoleh lagi.


notakaki : 2011 memang tahun yang getir, namun aku berjaya hadapinya. =)

Azam 2012 : Hmm, lupa nak pasang azam. HAHA. Tapi, yang penting, aku mahu 4 flat! Dan semestinya menjadi seorang insan yang lebih baik. Aminn.








No comments: