Jan 22, 2013

A woman’s du’a for her future husband ♥



O Allah! Please grant me the one
Who will be the garment for my soul

Who will satisfy half of my deen
And in doing so make me whole


…...............................................................................................

Make him righteous and on your path
In all he’ll do and say
And sprinkle water on me at Fajr
Reminding me to pray


May he earn from halal sources
And spend within his means
May he seek Allah’s guidance always
To fulfill all his dreams


May he always refer to Qur’an
and the Sunnah as his moral guide
May he thank and appreciate Allah
For the woman at his side


May he be conscious of his anger
And often fast and pray
Be charitable and sensitive
In every possible way


May he honor and protect me
And guide me in this life
And please Allah! Make me worthy
to be his loving wife


And finally, O Allah!
Make him abundant in love and laughter
In taqwa and sincerity
In striving for the hereafter!



May Allah grant all the Muslim sisters with such husbands… Ameen ya rab! :) ♥



Jan 20, 2013

Nama saya Siti :)

Siapa Siti ? Kenapa saya gelarkan diri saya Siti ? Haha motip sangat kan tajuk entry kali ni. Ekceli saya pun taktau kenapa boleh keluaq (tudiaa cakap utara) nama Siti ni hahaha. Entry ni sebenarnya menjawab persoalan tentang 'Siapakah pakcik gatai' yang pernah disebutkan dalam entry ini : sila click.

Okay macam ni cerita dia. Tersebutlah kisah pada suatu hari selepas kelas, aku dan sorang klasmate aku pegi la ke jabatan untuk mendaftar kursus sem 2. Aku just teman je sebab borang daftar kursus aku still tak bercop oleh PU aku (lecturer) disebabkan dia sibuk. Aku pun cam fed-up lah sebab masing-masing dah sibuk daftar, aku je tak. So aku tanya sorang lagi klasmate aku. Dia cakap, mintak je cop ketua jabatan. So sad, KJ pun takde sebab busy. 

Aku pun macam dah taktau nak buat cemane dah. Tetiba, datang sorang pakcik ni (staff kat situ) tanya aku,'kenapa tak pegi daftar lagi ?' Aku jawab, 'err takde cop PU lagi..' Yang pakcik tu takleh blah tanya aku dengan nada garang lah kononnye -.- Pastu sorang klasmate aku cakap,'Pakcik, janganlah garang sangat. Nanti menangis dia ni' 'Eh mana ada garang, saje main-main. Awak pergilah ambik borang tu, takyah ada cop pun takpe' 

Cehh kan senang kalau takde cop PU bagai tu. Penat je tunggu PU cop tapi at last takde cop pun. So aku pun terus masuk dan bagi borang daftar kursus tu. Masa tengah tunggu pihak pengurusan uruskan hal aku, tetiba pakcik tu tanya lagi,'Eh nama awak Nahu kan ? Nabilah Huda kan ?' Dalam hati aku, gilaa mana pakcik ni tahu nama aku ? Aku pun jawab,'Eh mana pakcik tahu nama saya ?' Pastu aku tengok bebudak laki kelas aku dah mengekek ketawa tutup mulut. Cam haramm. Aku syak dorang yang bagitau nama aku kat pakcik tu. Siap nama samaran lagi kauu. 

Pastu lepas settle daftar kursus, aku keluar dari bilik tu. Masa tu pakcik tu pun ada kat luar dan dia tanya lagi,'Nahu, nak mintak no telepon,' Hah amek kau pakcik tu dah berani mintak num siap panggil nama samaran aku lagi. Aku pun jawab,'Nak buat apa ?' Guess what the pakcik said ? Pakcik tu jawab,'Ala nanti senang nak cari awak..' Demmm ini sangat memalukan okay. Pakcik tua gatai tak sedar diri ! Aku dah malu gila sebab masa tu aku berjalan dengan klasmate aku. Aku syak dia mesti gelak dalam hati. Hm takpelah abaikan pasal tuu.

Ini pulak masa aku tengah berjalan menuju ke Makmal IT sebab nak buat esaimen dengan group lab aku. Tetiba boleh pulak bertembung pakcik tu lagi. Masa tu dia tengah sembang dengan beberapa staff yang lain. Jarak aku dengan mereka agak jauh la jugak. Pakcik tu jerit,'Hai Nahu, sorang je ke ? Nak pegi mana tu ?' Aku pun cecepat masuk dalam makmal IT sambil mengabaikan pakcik tu. Serius ini sungguh menggelikan. Bila aku cerita kat group lab aku, dorang gelak je sambil mengusik aku. T_T

Okay yang ni masa lepas final exam hari first tu pulak. Disebabkan waktu tu aku lupa nak ambik slip exam masa daftar kursus, aku pun terpaksa pegi tempat tu sekali lagi. Aku agak akan berjumpa dengan pakcik gatai tu lagi. Tapi aku tabahkan hati pegi sensorang. Masuk je bilik tu...Demmm ! Pakcik Gatai tu lagi ! Tapi aku takdelah buat muka terkejut ke hape. Takut pakcik tu perasan pulak. Aku cool je cakap kat pakcik tu,'Pakcik, saya nak ambek slip exam' Pakcik tu bukan heran pun, asyik buat keje dia. Tapi dia pandang aku kali kedua baru dia macam terkejut dan tanya aku,'Eh awak ni bukan Nahu ke ?' Mak aii meremang bulu roma. Dahla aku berdua je dengan pakcik tuu. 'Eh takla, nama saya Siti' Hahaha aku tergelak je dalam hati cemane tah bole keluar nama Siti. Kampung gilaa nama aku. 'Eh betul lah awak Nahu kan ?' Pakcik tu asyik ulang je soalan sama sampai aku fed-up dan aku terus ambik slip exam dan keluar dari situ sambil berkata,'Takpelah pakcik, k bye'.

Dan disebabkan perkara yang 'so annoying' tu, aku terpaksa jadi lebih berhati-hati kalau terserempak lagi dengan pakcik tu. Masa tengah lepak foodcourt dengan klasmate, penah la pakcik tu lalu situ, pastu kawan aku cakap,'Eh tu bukan pakcik gatai tu ke?' Aku pulak terus tutup muka takut pakcik tu nampak. Hahaha begitu anti nye aku dengan pakcik tu. Hm bosan pulak cerita pasal pakcik gatai ni dari tadi. Err jap, agak-agak ada potensi tak pakcik tu jadi my sugar daddy ? Hiks k bye !


apa perasaan kalau pakcik ni tenung kau macam ni ? Hahaha


notakaki : I feel that my semester holiday was not so productive. 


Jan 17, 2013

am I depressed ?

Awak,
Apa yang saya rasa
Hanya saya saja yang tahu
tapi kadangkala rasa itu
rasa yang telah basi

Awak kembali menagih janji
tapi tolong buat sekali ini
jangan sakiti hati ini lagi ?

--------------------------

namun saya janji
kita kawan sampai mati




notakaki : kadangkala masa silam diperlukan untuk membuatkan kita lebih tabah


Jan 11, 2013

Home sweet home !

lokasi : kat rumahku syurgaku 

Haii kite baru je sampai rumah ni alhamdulillah bestnyee hihik. Nampak perkataan 'rumah' kat atas tu di highlight ? Itu menunjukkan betapa obsesnye kite dengan rumah. Tadi bertolak dari airport BTU jam 4 pm, sampai LCCT KLIA jam 6 pm, then terus ke Ipoh & sampai pada jam 12 am. Haha nampak jauhnye perjalanan ? Btw, my real semester holiday was started ! 


in the flight. I'm in leopard printed tudung


Okay sebenarnye dah mengantuk ni plus penat baru sampai rumah tadi. But, gigih jugak nak hupdate belog kesayangan ni hihik. Anyway, excited giloss tau dapat balik semenanjung ni. Tadi sampai kat R&R masa otw ke Ipoh, tetibe mak tanya,"Nak coolblog ?" And yeah baru terperasan ada coolblog kat situ and laju je cakap,"nakkk !" Hehe bestnye mak belanja kite. Dahla berbulan tak sentuh coolblog hm sedihh. Pastu bila cucuk straw baru perasan ada gambar Heliza Helmi kat penutup dia haha. Lupe pulak dia jadi model coolblog comel je haha terus teringat Paan Tarbus. Eh tetibe kann.

Apepun macam-macam berlaku kat airport BTU tadi. Masing-masing luggage terlebih muatan sampai 3 4 kg haha. Terlebih 1 kg pun dah kena denda rm35. Darabkan je lahh. So memasing tadi keluarkan barang yang berlebihan and sumbat dalam beg kecik kawan hahaha nice. And sorang lagi, boleh pulak tertinggal wallet kat tempat beg. Waktu tu dah nak masuk gate naik flight dah haha nasib baik sempat ambik lol. Aku pulak, boleh pulak order ice lemon tea dalam flight, terus minum sebotol pastu terus nak pegi toilet. At last buang air kat LCCT KLIA je hahaha. Sejam menahan woii -.- Ya Allah tak senonohnye aku cerita pasal nii hm.


K Gudnite uolls & Happy Holiday for me hehehe :D



notakaki : happy sangat dapat tatap wajah famili tercinta :')

Jan 8, 2013

to my future lover






notakaki : harini dah habis exam yeayy ! lepas habis je exam tadi terus bershopping sakan. tunggu masa je nak balik rumah 10 hb ni hehe :)

Jan 4, 2013

Cinta & Kebetulan





“Eh, baju kau pakai hari ni sama dengan Minah! Hari tu pun ‘matching’ biru… Korang berjanji ek.” Hamdan cuba gosip rakannya, Salleh dengan Minah.
“Syeikh, enta perasan tak… Akhawat tu selalu datang membeli ‘time’ enta makan kat kafe. Dia minat kat enta kot…” Usik Haris.
“Ish… enta ni… kebetulan je tu.” Syafie cuba menangkis gosip.
“Kebetulan tu la… Takdir… Ada jodoh la tu.” Sambung Haris.
Tentu anda pernah mendengar dialog-dialog sebegini. Gosip, istilah moden (pinjaman daripada Bahasa Inggeris) atau tradisionalnya dipanggil FITNAH. Fitnah yang berbunyi indah ini kebiasaannya tidak menyebabkan si mangsa marah. Bahkan tersengih kerana manisnya susun atur kata-kata tersebut. Jika ia gagal ditangani dengan baik, maka ia akan menyebabkan mangsa yang diserang menginap ‘barah’ hati.
Usikan-usikan itu akhirnya memberi peluang kepada syaitan untuk menusuk jarum ke dalam hati mangsa. Lantaran itu, terdetiklah dalam hati dalam hati,
“Betul juga kata si fulan tadi. Mungkin inilah takdir. Inilah jodoh namanya.” Lalu si mangsa ditenggelami keasyikan cinta palsu yang dihasilkan oleh jarum syaitan tersebut.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud,
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan pada apa-apa yang diinginkan, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang
(Surah Ali Imran: 14)

Kebetulan yang berlaku atau persamaan yang wujud pada sesuatu ketika menyebabkan hati seseorang itu terusik. Padahal ia hanyalah khayalan yang dicipta oleh nafsu dan syaitan. Syaitan membisikkan kata-kata indah dan manis…
“Dia asyik pakai baju sama warna dengan kau. Inilah jodoh, takdir Allah. Kau dengan dia.”
Kemudian terbawa mangsa kepada kemaksiatan yang bermula dengan perkenalan dan diserikan dengan ‘dating’ harian. Mainan syaitan. Kononnya takdir cinta yang telah ditentukan oleh Allah. Padahal jika difikirkan kembali banyak lagi orang yang selalu mempunyai kebetulan dengannya. Namun, tidak ditenggelami cinta palsu. Tidak pula dia perasan. Inilah ujian daripada Allah buat hamba-hambaNya. Setiap manusia mempunyai selera tersendiri untuk makan. Ada yang suka nasi lemak. Ada yang suka nasi dagang. Ada juga yang muntah walaupun hanya terhidu bau nasi dagang. Belum pun makan lagi.
Begitu juga dengan pesona cinta mainan syaitan. Pada pandangan Hamdi, Minah cantik. Putihnya macam susu. Padahal di mata Abu, rupa Minah tu menakutkan. Pucat lesi macam mayat. Anda mungkin pernah terjumpa pasangan bahagia yang sedang bercengkerama di tepi tasik atau mana-mana je lah… tanpa mempunyai ikatan perkahwinan yang sah. Si lelakinya ‘muka ketat’, gemuk, tinggi dan hitam. Si perempuan pula cantik mukanya, tapi rendahnya bagai budak sekolah rendah! 
Kesimpulannya, janganlah mudah terpedaya dengan kebetulan yang sering berlaku dalam hidup kita. Ia tidak menjamin apa-apa. Takdir tetap takdir. Takdir yang menjadi satu ujian daripada Allah untuk menguji keimanan hambaNya. Manakah di antara kita yang bertaqwa, manakah yang lupa kepada TuhanNya apabila ditimpa ujian.
Wallahua’lam.
 Dipetik dari : Wiraislam.com

notakaki : Harini terpakai baju kaler sama lagi dengan seseorang. Memang kena usik je la jawabnye huhu. -.-' tak habis-habis dorang ni. Btw, lega paper Microorganism & Plant Diversity dah lepas. Lagi 2 paper, lepastu balik rumah ! Hehehe tak sabarnye tunggu 10 hb :D