Aug 31, 2013

When triple Nabila meet together (part 1)



Haii semuaa. Tepat jam 12 malam tadi genaplah 56 tahun kita merdeka. Tadi tengok kat tb pehh gempak gilaa fireworks kat putrajaya tu siap ikut rentak lagu. Untunglaa sape yang dok dekat dengan putrajaya kan hihi. Anyway, Selamat Hari Merdeka for Malaysians. Semoga minda kita merdeka dari terus dijajah anasir luar. Eheh. Sebenarnya bukan nak menulis pasal merdeka. Tapi just nak share pasal tajuk atas ni. Hihi.

So yeah baru-baru ni weolls (triple nabila) ada berjumpa semula. Okay firstly kitorang ada plan nak pegi Genting lepas raya haritu. Tapi at last tak jadi atas sebab tertentu. Then tukar pulak rancangan ke KL je sebab dorang duduk sana. Tapi sebelum tu, iolls ajak la dorang datang rumah kat Ipoh ni haa untuk beraye sambil sleepover. 



inilah diorang. both are my ex-rumet waktu zaman matriks dulu.
and both bernama nabila hihihi.


datang Ipoh terus pegi JJ tengok wayang lol. 
kat JJ ni lah dulu kitorang selalu lepak hujung minggu :' )



Esoknye pulak, kitorang pegi Gunung Lang. Tempat yang terpaling tenang kat Ipoh ni haha. Pastu best sangat kalau tangkap gambar kat sini. Kalau ada photoshoot wedding pun sesuai sangat buat kat sini hihi. Disebabkan banyak sangat gambar. So tunjuk beberapa je la. 


ohh ni dah macam cover magazine ni haha


ahaha photoshoot sangat lol. ni rumah replika je bukan rumah betul


tempat ni meninggalkan banyak kenangan manis bagi Nabil (budak baju hitam). 
Sebab apa ? tanyalah dia sendiri hihihi. Kenangan silam katanya.


Okay dahla malas post bebanyak hihi. Hmm sebenarnya kan, plan sebenar adalah nak pegi Teluk Batik. At last tak jadi last minute sebab kitorang semua terbangun lambat ahaha. Driver kitorang iaitu adik lelaki aku pun bangun lambat jugak. Sedih kan ? Sebab yela nak pegi sana dari Ipoh ambik masa berjam jugak. Plus adik aku ada hal lain haritu. 

Next, kitorang jenjalan kat UO mall. Malamnye pulak, ada open house gepren adikku itu merangkap bakal adik iparku. Siapa lagi kalau bukan Intan payung (sesedap hati je panggil nama orang camtu hiks). So ajakla dorang sekali.


kemain bergambar kat rumah orang haha


camwhore lagi dan lagi. sampaikan tetamu lain pelik tengok kitorang ahaha


Rasa sekejap je masa berlalu. Cuti sem lepas diorang ada jugak datang Ipoh melawat aku hihi. Cuti sem ni pun diorang datang. Ahaha thanks korang datang jejauh. So esoknye pepagi diorang kena balik KL dah. Persoalannya, aku ni dapat ke tak ikut diorang beraye KL pulak ? Ahaha tunggu sambungannye dalam part 2 nanti (dah macam novel pulak).


Aug 29, 2013

Mydeco 3d : be an interior designer

Haii assalamualaikum. Kali ni nak share pasal satu website ni yang popular di kalangan interior designer yang nak decorate ruang jadi cantik. Tadi bosan-bosan trylah mende alah ni. Kalau nak tahu, perabot, aksesori bagai yang ada kat laman web ni semuanya real okay. Siap boleh test try dulu waktu nak susun atur ruang. Eh tapi semua tu barangan Eropah je. So just for fun k. Ahahaha. Meh nak tunjuk sikit hasil yang aku dah buat dan cara-cara nak design bilik atau ruang rumah. Manalah tahu nanti nak beli rumah sendiri ke, takyah susah2 design lukis atas kertas. Terus design in 3d kat laman web ni, siap susun atur perabot lagi. Ukuran tapak pun dah siap bagi haa. 



Yang ni muka depan page tersebut. Klik pada button 'Design your room in 3d'.



Kat belah kanan sekali ada setting untuk kita design sendiri ruang bilik. Memula sekali mestilah kena pilih bentuk bilik dulu ye tak ? Pastu baru boleh pilih nak lantai jenis apa, nak cat dinding ke, nak letak wallpaper ke, nak letak perabot kat belah mana ke; itu TERPULANG ----





Kat belah kanan sekali pulak ada floorplan control. So selalunya orang ukur tapak rumah atau bilik guna ukuran kaki kan ? Senang. So kita pilih feet. Guna meter pun boleh. Atas dia ada camera view. Fungsinya untuk lihat hasil yang kita buat dalam 3d lah. So nampak macam real. Tak paham ? Japp. Tengok bawah.





Nampak benda yang kaler biru tu ? Itulah kameranya. Kamera tu boleh jugak digerakkan ikut suka hati. Boleh pusing 360 darjah. Sebab kita sendiri yang nak tengok design kita kan. Haa kat atas ni design yang aku buat. Sebab next year aku kena pindah rumah. So ruang ni memang bebetul ikut luas bilik aku nanti. Perabot tu semua pakai letak je haha. Kalau nak tengok dari pandangan 3d, tengok kat camera view macam aku cakap tadi. Yang ada kamera biru tu, memang sengaja biar kosong sebab tu ruang untuk bilik air kongsi dengan bilik sebelah. So macam er kecik jugak la bilik ni wkwkwk. Tapi tak kisah pun, asalkan selesa and stylo kan. 





Ni kat page home yang memula sekali tadi. Kat belah bawahnye ada koleksi interior designers yang macam hebakk giloo ekau design yob. Dorang semua memang dah pakar bab design2 ni. Aku sebenarnya nak buat camnila tapi malaih hahaha. Lain kali je la. 


So, tu jelah kot nak share hihi kbye !



notakaki : teringin nak design bilik tidur gaya inggeris.

Aug 26, 2013

Create your own style !

Haii harini nak share pasal satu website tentang fashion. Polyvore. Sure ramai yang dah tahu and suka website ni especially for girls.Yeah kat Polyvore ni kita boleh create macam-macam fashion and style yang kita suka dan boleh terus share kat sumorang. Pastu kita jugak boleh tengok tentang update fashion, how to wear, and macam-macam lagi la. Just sign up and then enjoy yourself. So lets see what have I done :)
Ni casual outfit. Simple je tapi still bergaya. Selalu pakai camni kalau nak pegi memane. Ke kelas pun sama. Long tshirt, jeans (bootcut), flats @ sneakers, handbag.

Ni pun simple je tapi kemeja tu macam formal sikit kan. Ni pun selalu pakai pegi kelas. Kemeja, jeans (skinny), sneakers, scarf @ pashmina, handbag.

Yang ni lebih feminin. Kekadang je kalau keluar pakai camni. Selalu pakai top with cardigan and jeans. Nak nampak lebih feminin, put on make up. Tapi kalau everyday make up kite just pakai bb cream, compact powder, eyeliner & lip balm. Just perfect.

Btw, this is for fun k girls. Ekceli kan tak perlu sangat ikut trend fashion. As for me, keep your own style asalkan selesa tapi still bergaya. Hehe :)


Okaylah tu je nak share. Kbye !

p/s : more info, just click Polyvore

Aug 24, 2013

entry Raya 2013 (yang dah lapuk)

Haii harini nak update entry pasal raya. Hahahah orang dah lama update, kite baru nak update kan. Lantak ahh apa aku kisah. Disebabkan malas nak buat entry pepanjang, so marilah membuat entry yang pependek sahaja. Yelahh bukan ada orang pun nak baca ye dok ? Hahaa k start dengan first syawal.


First Syawal



Okay stat with first Syawal. First day raya aku berbaju merah gituu. Baju pun sponsor noks (aunty aku punya) hahaha pedulik hape. Lagipun daripada membazir beli baju raya bebanyak, baik beli benda lain kan. Aku pun bukannye suka pakai baju kurung sangat. So pepagi raya tu, macam biasalah lepas lelaki2 solat raya, jamah hidangan raya, kitorang pun bermaaf maafan sambil menadah tangan mintak duit raya hehehe tak malu. Lepas bermaafan, kitorang pun pergi kubur ziarah pusara atok dengan moyang. Lepastu aku kena ikut mak aku pegi hantar juadah raya kat kengkawan nenek kat pekan. Lepastu dalam pukul seploh camtu adalah rombongan marhaban bagi golongan lelaki berarak dan datang dari rumah ke rumah. Oh ye, marhaban ni memang salah satu tradisi orang Joho masa raya. Kira meriah la raya bila ada marhaban ni. Dah habis marhaban, kitorang pun dah rimas pakai baju raya, pegi salin baju biasa balik haha. Then, pepetang tu layan la cerita raya best kat tv sambil tunggu kalau2 ada orang datang meminang beraya ke rumah. Malam pulak, jadik bebudak kecik pegi main bunga api. Pastu memang meriah la bunyi orang main mercun sana sini.


Second Syawal


Raya kedua pulak, aku pakai baju raya aku sendiri kaler febret aku iaitu mint green haha. Meh aku zoom out kan sikit ciri ciri baju raya aku. Baju ni jenis fishtail peplum. Jenis baju yang macam saloma tuu tapi labuh bahagian belakang macam ekor ikan (sebab tu dinamakan fishtail). Lepastu ada lace kat bahagian badan and manik kat pinggang. Kat tempat lain just plain and simple. Kain dia pulak jenis kembang payung dari tengah ke bawah. Oh ye tudung pulak aku beli jenis halfmoon yang ada manik kat atas kepala. Ah sudah kenapa aku asyik cerita pasal baju ni ?

love the lace and pearl

fishtail peplum

Okay raya kedua, ada marhaban bagi pihak pompuan pulak. Haaa sebab tu la aku beria sangat pakai lelawa sebab nak tunjuk kat orang raya kan setahun sekali. So kemain lama lah aku bersiap sampai mak aku bising, then terus ikut pegi marhaban. Tapi aku takdela pegi semua rumah, sekerat rumah je pastu dah tak larat nak jalan haha -.-". Petangnye pulak, kitorang pegi la konvoi pegi rumah sanak saudara yang dok jejauh sikit tu. 


Aku tak paham kenapa aku selalu jadi mangsa kena jadi model untuk adik aku -.-"

Third Syawal

Raya ketiga, kitorang satu famili pun berangkat ke Teluk Intan pulak beraya kat sana. Tapi dedua atuk dengan opah dah takde so tinggal sedare mare je la. Keluarga belah sana memang lagi ramai daripada kat Joho. 

me with le mummy yang cantik jelita

Ahah so raya keempat aku dah balik semula ke Ipoh my hometown. So rasanya itu je la kot cerita raya aku. Takde yang menariknye pun hihi. Tapi yang menariknye, kuih raya tahun ni, aku dengan aunty yang buat tau. Kemain tau seminggu sebelum raya tu aku berhempas pulas buat kuih raya ikut buku resipi kihkih. Yela, tahun sebelumnya banyak kuih tunjuk je. Tahun ni special sikit. Nak tengok gambar kuih raya aku dan gambar raya yang lain, search instagram : nahunabila. 

So rasanya, entry ni dah terpanjang kan ? Eheh lantaklaa.

Sekian. Kbye !

Aug 22, 2013

Anda golongan pelajar yang mana ?


Kajian yang telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan/Pengajian Tinggi telah berjaya mengakategorikan golongan2 pelajar/mahasiswa/mahasewel/mahademo kepada beberapa golongan. Kajian ini amat berguna kepada pihak PTPTPU kerana mereka boleh mengkaji pola pembayaran balik oleh bekas2 pelajar ini. Mari kita lihat apakah golongan2 berkenaan :




1) The Nerds n Geeks - Golongan yang setia mengisi barisan saf depan dlm kelas/kuliah. Kebanyakannya memakai spek setebal pintu cermin shopping kompleks. Selalu membuat senaman mengangkat tangan utk menjawab soalan spontan oleh lecturer wpun lecturer mengomel asyik2 org yang sama. Kurang diminati oleh golongan aweks2 kerana cara hidup yg skema, sikat rambut tepi, belah tu letak pembaris atas kepala. Cuma golongan ini agak berguna dan tidak kisah dipergunakan apabila peperiksaan/ujian/kuiz semakin hampir kerana status mereka sebagai THE WALKING GOOGLE itu.

2) The Gamers - Merupakan antara golongan teramai dalam kalangan pelajar di Malaysia. Kebiasaannya bilik2 asrama/kolej telah diubah menjadi Cyber Cafe haram dengan contoh jeritan seperti "Oi Pa'an kena headshot" oleh kaki2 gaming multiplayer seperti Counter Strike, DOTA, Red Alert dan sebagainya. Golongan ini mempunyai kelebihan boleh stadi semasa bermain game tetapi hanya boleh bermain game yg lengai dan memerlukan input yang minimum contohnya Football Manager. Namun apabila dicabar oleh kawan2 utk merepeat lawan FIFA/Winning Eleven, biasanya buku akan dicampak ke tepi walaupun esok dah nak final exam.

3) The Flower Boy - Golongan ini lebih galak bercinta dan berjiwang berbanding mengadap buku semasa di kolej. Kebiasaannya mereka ini mempunyai penampilan yg elok sikit daripada orang gelandangan semasa di asrama, namun semuanya berubah apabila keluar berdating dgn awek dgn gaya yang kalah model iklan Kelvin Cline. Henfon mereka ini sentiasa berbunyi dgn deringan SMS/panggilan awek yg mana talian henfon mereka lebih sibuk berbanding talian aduan Stimix.

4) The Last Minute - Golongan ini jugak ramai di U/kolej2 di seluruh Malaysia. Biasanya mereka akan membuat lengai dan seperti tiada apa2 walaupun study week telah diberikan selama 2 minggu. Kebiasaannya mereka ini hanya akan menunjukkan belang stadi macam esok nak kiamat apabila tiba hari terakhir dan esoknya adalah final exam. Dan yang paling menarik sekali sekali golongan2 ini adalah antara golongan terawal meninggalkan dewan peperiksaan kerana daripada seluruh 1 buku "Teori Komunikasi Elektronik" yg dibaca malam sebelumnya, mereka hanya mampu mengingati kedai mana mereka fotostat buku berkenaan.




5) The Fast Picker - Golongan yang agak minoriti tapi dicemburui oleh segenap lapisan masyarakat termasuk makcik dining dan kerani kolej. Golongan ini mempunyai otak kacukan kancil dan chimpanzee di mana di dalam kelas mereka kebanyakannya menunjukkan seperti pasif tapi paham apa yang lecturer sampaikan walaupun separuh daripada kelas sudah tertidur. Lebih menyakitkan hati adalah kadangkala golongan The Nerds jugak terpaksa surrender dan menyembah The Fast Picker mengharapkan penerangan mengenai topik2 yg sukar difahami.

6) The Swindlers and Copiers - Golongan ini adalah golongan terpencil. Kebiasannya dianggotai oleh student yang pemalas tahap taik tapi nak score 4 flat tiap2 semester. Jika assignment adalah subjek programming, mereka biasanya akan mengcopy source code rakan, dan mengubah nama2 pembolehubah agar tak nampak tiru sebijik2. Contohnya dlm C++, jika yg ori menggunakan BILANGANPURATA, mereka akan mengubah variable menjadi BIL_PURATA. Jika meniru dalam matematik plak, mereka akan tambah nilai menjadi kepada 20 titik perpuluhan walaupun yg asal hanya 2 titik perpuluhan saja.

7) The Sleepers - Golongan ini terkenal dengan bakat mereka utk tidur mengalahkan beruang kutub berhibernasi. Mereka mampu tidur melebihi 12 jam, seterusnya secara tak langsung tertuang abis segala kuliah, lab, lecturer, kursus kahwin dan sebagainya. Yg peliknya mereka ini mempunyai kebolehan bangun kencing/berak dan seterusnya sambung tidur walaupun dah 2 hari tak makan/minum.

 Mencapub - Ini adalah antara golongan yg kerap menonjolkan diri dalam semua aktiviti sampai orang naik menyampah. Kebiasaannya mereka akan membuat2 sibuk walaupun orang tak mintak bantuan mereka contohnya bila ada hari kolej dan sebagainya. Golongan ini juga sedaya upaya utk mencapub sambil mengusha2 awek kolej sebelah yang berkenan di hati, kunun2nya nak menonjolkan sikap kepimpinan melalui teladan mereka.

9) The Ustaz - Golongan yg semakin jarang dalam kalangan pelajar sekarang. Golongan ini lah yang biasanya tolong mengejutkan Subuh utk kawan2 yang suka Subuh gajah. Namun kadang2 terkantoi jugak mereka ini kadang2 tertengok video mari memasak Maria Ozawa tambah2 apabila dapat roomate yg ada kaitan sedara dengan jin ifrit.




10) The Politicians - Golongan ini semakin ramai di kalangan pelajar2 di Malaysia. Kebanyakan mereka belajar tak tara mana, tapi apabila berucap mengalahkan presiden barack obama. Kebanyakan mereka adalah macai2 kepada semua parti yg ada di Malaysia. Otak mereka level macai sampailah ke tahap water cooler rosak di pantri pun nak salahkan kerajaan/pembangkang. Kebanyakan daripada mereka ini setelah bergraduat boleh digunakan utk bergolek2 di depan Parlimen atau digunakan utk meramaikan jumlah pengunjung di program Hari Belia Malaysia.

Kredit : SembangDeras


Aug 16, 2013

Things I want (dreamed) to do before I die


Haii semuaa. Harini nak cerita pasal impian dan perkara apa yang kita mahu lakukan selagi masih hidup. (cehh apesal dah macam ayat cikgu cikgu mengajar murid ni hahaha). Lantak aaa. Dah lama tak tulis blog. Last update pun masa bulan puasa haritu. Haaa entry raya pun belum sempat tulis lagi. Nanti-nanti lah ek. So this time nak buat entry pendek dulu. Tetiba terpikir pasal ni. Haha ni cuma angan-angan je tau. Tapi manalah tahu suatu hari nanti jadi kenyataan. Aminnn hehehe. 



























Hahah banyak lagi sebenarnya kalau nak diikutkan. It depends on ourselves. Tapi tak semua benda tu mustahil. Kadang-kadang kita tak pernah jangka pun benda tu akan terjadi dalam hidup, tapi at last tercapai jugak impian yang rupanya selama ni dihajatkan. Tak salah kan kalau ada impian memasing. Tu salah satu cara untuk memotivasikan diri. To be better us. Just keep pray and the dream will come true. InshaAllah.