Aug 22, 2013

Anda golongan pelajar yang mana ?


Kajian yang telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan/Pengajian Tinggi telah berjaya mengakategorikan golongan2 pelajar/mahasiswa/mahasewel/mahademo kepada beberapa golongan. Kajian ini amat berguna kepada pihak PTPTPU kerana mereka boleh mengkaji pola pembayaran balik oleh bekas2 pelajar ini. Mari kita lihat apakah golongan2 berkenaan :




1) The Nerds n Geeks - Golongan yang setia mengisi barisan saf depan dlm kelas/kuliah. Kebanyakannya memakai spek setebal pintu cermin shopping kompleks. Selalu membuat senaman mengangkat tangan utk menjawab soalan spontan oleh lecturer wpun lecturer mengomel asyik2 org yang sama. Kurang diminati oleh golongan aweks2 kerana cara hidup yg skema, sikat rambut tepi, belah tu letak pembaris atas kepala. Cuma golongan ini agak berguna dan tidak kisah dipergunakan apabila peperiksaan/ujian/kuiz semakin hampir kerana status mereka sebagai THE WALKING GOOGLE itu.

2) The Gamers - Merupakan antara golongan teramai dalam kalangan pelajar di Malaysia. Kebiasaannya bilik2 asrama/kolej telah diubah menjadi Cyber Cafe haram dengan contoh jeritan seperti "Oi Pa'an kena headshot" oleh kaki2 gaming multiplayer seperti Counter Strike, DOTA, Red Alert dan sebagainya. Golongan ini mempunyai kelebihan boleh stadi semasa bermain game tetapi hanya boleh bermain game yg lengai dan memerlukan input yang minimum contohnya Football Manager. Namun apabila dicabar oleh kawan2 utk merepeat lawan FIFA/Winning Eleven, biasanya buku akan dicampak ke tepi walaupun esok dah nak final exam.

3) The Flower Boy - Golongan ini lebih galak bercinta dan berjiwang berbanding mengadap buku semasa di kolej. Kebiasaannya mereka ini mempunyai penampilan yg elok sikit daripada orang gelandangan semasa di asrama, namun semuanya berubah apabila keluar berdating dgn awek dgn gaya yang kalah model iklan Kelvin Cline. Henfon mereka ini sentiasa berbunyi dgn deringan SMS/panggilan awek yg mana talian henfon mereka lebih sibuk berbanding talian aduan Stimix.

4) The Last Minute - Golongan ini jugak ramai di U/kolej2 di seluruh Malaysia. Biasanya mereka akan membuat lengai dan seperti tiada apa2 walaupun study week telah diberikan selama 2 minggu. Kebiasaannya mereka ini hanya akan menunjukkan belang stadi macam esok nak kiamat apabila tiba hari terakhir dan esoknya adalah final exam. Dan yang paling menarik sekali sekali golongan2 ini adalah antara golongan terawal meninggalkan dewan peperiksaan kerana daripada seluruh 1 buku "Teori Komunikasi Elektronik" yg dibaca malam sebelumnya, mereka hanya mampu mengingati kedai mana mereka fotostat buku berkenaan.




5) The Fast Picker - Golongan yang agak minoriti tapi dicemburui oleh segenap lapisan masyarakat termasuk makcik dining dan kerani kolej. Golongan ini mempunyai otak kacukan kancil dan chimpanzee di mana di dalam kelas mereka kebanyakannya menunjukkan seperti pasif tapi paham apa yang lecturer sampaikan walaupun separuh daripada kelas sudah tertidur. Lebih menyakitkan hati adalah kadangkala golongan The Nerds jugak terpaksa surrender dan menyembah The Fast Picker mengharapkan penerangan mengenai topik2 yg sukar difahami.

6) The Swindlers and Copiers - Golongan ini adalah golongan terpencil. Kebiasannya dianggotai oleh student yang pemalas tahap taik tapi nak score 4 flat tiap2 semester. Jika assignment adalah subjek programming, mereka biasanya akan mengcopy source code rakan, dan mengubah nama2 pembolehubah agar tak nampak tiru sebijik2. Contohnya dlm C++, jika yg ori menggunakan BILANGANPURATA, mereka akan mengubah variable menjadi BIL_PURATA. Jika meniru dalam matematik plak, mereka akan tambah nilai menjadi kepada 20 titik perpuluhan walaupun yg asal hanya 2 titik perpuluhan saja.

7) The Sleepers - Golongan ini terkenal dengan bakat mereka utk tidur mengalahkan beruang kutub berhibernasi. Mereka mampu tidur melebihi 12 jam, seterusnya secara tak langsung tertuang abis segala kuliah, lab, lecturer, kursus kahwin dan sebagainya. Yg peliknya mereka ini mempunyai kebolehan bangun kencing/berak dan seterusnya sambung tidur walaupun dah 2 hari tak makan/minum.

 Mencapub - Ini adalah antara golongan yg kerap menonjolkan diri dalam semua aktiviti sampai orang naik menyampah. Kebiasaannya mereka akan membuat2 sibuk walaupun orang tak mintak bantuan mereka contohnya bila ada hari kolej dan sebagainya. Golongan ini juga sedaya upaya utk mencapub sambil mengusha2 awek kolej sebelah yang berkenan di hati, kunun2nya nak menonjolkan sikap kepimpinan melalui teladan mereka.

9) The Ustaz - Golongan yg semakin jarang dalam kalangan pelajar sekarang. Golongan ini lah yang biasanya tolong mengejutkan Subuh utk kawan2 yang suka Subuh gajah. Namun kadang2 terkantoi jugak mereka ini kadang2 tertengok video mari memasak Maria Ozawa tambah2 apabila dapat roomate yg ada kaitan sedara dengan jin ifrit.




10) The Politicians - Golongan ini semakin ramai di kalangan pelajar2 di Malaysia. Kebanyakan mereka belajar tak tara mana, tapi apabila berucap mengalahkan presiden barack obama. Kebanyakan mereka adalah macai2 kepada semua parti yg ada di Malaysia. Otak mereka level macai sampailah ke tahap water cooler rosak di pantri pun nak salahkan kerajaan/pembangkang. Kebanyakan daripada mereka ini setelah bergraduat boleh digunakan utk bergolek2 di depan Parlimen atau digunakan utk meramaikan jumlah pengunjung di program Hari Belia Malaysia.

Kredit : SembangDeras


2 comments:

Ammelia said...

hihi taktau nak masuk golongan mana ni ^^

Amirul80 said...

golongan shrk, abg long...