Jul 16, 2011

saya sayang sahabat saya



Salam.


Firstly, nak ucapkan tahniah kepada kawan kawan seperjuangan yang telah berjaya meneruskan pengajian ke degree di universiti masing masing. Opss, lambat sangat ke wish ni? Hee.. Saya pun tumpang bangga dan gembira sebab almost kawan kawan satu sekolah dulu semuanya happy je dengan apa yang diorang dapat. Hmm,bila lah turn saya pulak ye. Takpe, sabar sabar. Nanti ia akan menyusul. =) Banyakkan usaha,doa dan tawakal. InsyaALLAH.

Semalam ada sorang kawan baik ni,Mira namanya. Mesej dengan riangnya sambil memberitahu yang dia dan lagi 2 orang kawan baikku dapat U yang sama. Unimas. Wah,kira untungla dapat sekali kan. Tapi, sedihla kan sebab nanti bakal berpisah jauh dengan diorang. Isk isk. Nak jumpa makin susah la. Haih. Semakin jauh dan semakin jauh. Tapi hati sentiasa dekat. Eceh. 

Lepastu, sorang lagi my BFF, fatin mesej jugak. Mula mula dia call berape kali ntah. Tapi saya terpaksa tak jawab. Hee. Sorilah dear. Tengah sibuk dengan bengkel bio nye..Ngeh3. Then, at last malam tu dia bagitau jugak yang dia berjaya dapat Uniten Melaka. Tahniah jugak ye fat! Aku sentiasa doakan kejayaan kau. =) Dan rupanya dia call2 aku banyak kali tu sebab just nak suruh aku tengok video lagu Avril Lavigne bertajuk I LOVE YOU tu. Hahah. Ingatkan apa. Anyway, thanks ye kawan. Rasa terharu pulak bila kau hantar video macam tu siap dengan kata kata sekali. I love u too lah fat! Hehe. Aiseh, jangan pikir bukan bukan lak tau! Ngee.

Dan sedikit sebanyak kawan kawanku ini telah memberikan dorongan dan semangat untuk aku mengikuti jejak langkah mereka. Dapat masuk U dan sambung degree dengan kos yang kita idamkan. InsyaAllah, aku akan cuba sehabis baik. Setahun je lagi yop kena berkorban. 

Aku pun sekarang ni dah malas nak fikir pasal benda benda yang remeh temeh yang just menyerabutkan kepala otak aku ni. Huh, banyak lagi la benda penting yang kena fikir. Fokus utama sekarang ialah: Study betul2 dan pastikan pass, dpt masuk degree dengan kos yang diminati. Yup. Akan dibuktikan. Muktamad. Tiada jalan lain lagi. Ikut jalan yang lurus...ye ye..jangan berbengkang bengkok...ye ye... hahaha (dah macam profesor ye ye pulak ) =_='

Hmm. Okelah. Macam dah banyak je menaip ni. Tangan pun dah penat. Tired. Mahu berehat sebentar bersama kit kat. Haha. Bye. =)




notakaki : Trust yourself, not others =)