Jan 21, 2012

kawanku dah berubah?



Ya. Semua orang boleh berubah dengan sekelip mata sahaja. Dan mungkin perubahan itu berdasarkan faktor faktor persekitaran yang mungkin kita tidak ketahui. Mungkin juga kita tertanya tanya apa sudah terjadi sehingga menyebabbkan kita keliru dengan perubahan mereka.


Apabila seorang kawan tiba tiba menjauhi,

Mungkin anda ada membuat kesilapan kepadanya tanpa anda sedari dan tanpa sedar, anda telah melukai hatinya. Maka, segeralah meminta maaf kepadanya (walaupun anda tidak tahu adakah anda yang bersalah) agar friendship tidak putus.

Apabila seorang kawan memalingkan muka daripada anda,

Mungkin kawan anda itu telah mendengar perihal buruk tentang anda dari orang sekeliling. Jika dia seorang kawan yang baik, dia tidak akan sewenang-wenangnya mempercayai kata kata orang yang tidak diketahui kebenarannya dan mungkin mengundang fitnah. Maka, bersabarlah dan jangan sesekali berdendam dengannya. Cuba untuk mengetahui perkara yang sebenar.

Apabila seorang kawan tidak lagi senyum kepada anda,

Mungkin dia merasakan bahawa anda dan dia semakin jauh. Jarang berjumpa dan bertegur sapa. Maka, mulakanlah memberi senyuman kepada sesiapa sahaja dan mereka juga akan membalas senyuman kita.

Apabila seorang kawan mengatakan anda sombong,

Mungkin dia berkecil hati dengan anda kerana anda sudah semakin tidak mempedulikan tentangnya. Anda jarang bertegur dengannya. Maka, cubalah untuk beramah mesra kembali dan murahkanlah senyuman.

Apabila seorang kawan bercakap buruk tentang anda,

Mungkin sebenarnya dia tidak suka dengan perangai buruk anda dan meminta anda mengubahnya. Maka, jangan cepat salah sangka dan terima saja apa juga nasihat yang dia berikan. Semua orang tidak sempurna dan anda juga boleh menyuarakan pandangan anda tentang dirinya.


Jangan cepat melatah sekiranya kawan anda itu sudah berubah dan tidak lagi seperti dahulu. Selidik dahulu puncanya dan jangan membiarkan adanya permusuhan dan persengketaan. Mungkin ia sebenarnya berpunca dari sikap anda sendiri.



cuba fikirkan :

  • bagaimana seorang rakan baik yang dahulunya sangat mesra dengan kita, tiba tiba sahaja berubah kerana lelaki? Dia seperti tidak mempedulikan perasaan kita dan mengabaikan kita. kalau aku, aku sangat berkecil hati.
  • bagaimana seorang rakan yang disisihkan roomatenya kerana sering jauh daripada mereka? kalau aku, aku tidak boleh hidup begitu.
  • bagaimana seorang rakan yang apabila diajak untuk makan bersamaku, dia menolak atas alasan tidak selesa? kalau aku, aku akan kata, "kalau taknak sudah, boleh blahh.."
  • bagaimana seorang klasmate yang dahulunya sering bertegur sapa, sekarang nak senyum pun susah? sebabnya, kawan rapat dia gaduh dengan kita. derr... =,=
  • bagaimana seorang kawan baik kita boleh kutuk kutuk kita depan orang lain? kalau aku, aku akan cakap, "terima kasih, kawan" sambil senyum penuh makna.


notakaki : aku semakin tabah dan boleh berpijak di dunia nyata. Terima kasih, Tuhan. =)




2 comments:

Sue . said...

cik nahu : nice entry , jom terjah sini pulak :)http://cappuccinochocolate.blogspot.com

nahu said...

thanks sue =D i've done visiting u