"Secara
jujurnya trip ni aku yang gegedik nak. Aku bising sebab takde sape yang nak
pegi miri. Ye ahh kau duduk bintulu 4 tahun at least nak la jugak trip sesame
dengan member kann. Haha. So 3 weeks before mid sem break aku dh bising dekat
muaz. Aku nak pegi miri. Die pon mcm setuju sebab die tak pnah pon pegi lagi.
So aku pegi la cakap dekat acap tentang rancangan ni. Dan die pun setuju. Acap
ni macam orang penting jugak la sebab yang pertama dia ingat jalan. Tu yang
bagus even skill drive die tak berapa bagus tapi lagi bagus bawak kereta manual
dari aku, sekian lalalala~
So bila
cuti dah start ingatkan nak pegi hari sabtu. Tapi diorg cakap cuti still awal,
so kitorg postpone smpai hari isnin. Dalam beberapa hari nak tunggu isnin
engko, banyak la cabaran dan halangan yang menimpaa. Yelahh lama pulakk hari
isnin nak datang. Dah hampir hampir nak pegi ni ade pulak yang tak jadi pegi.
Memule tu mcm geram jugak. Well cancel last minute laa. Kalau die rasa kitorg
tak bengang dan marah, maksudnye die memang tak normal la tu kan ? so bila hari
yang ditunggu menjelang tiba, ehh ehh kereta plak lambat smpai. See , apa yang
aku cakap, memang banyak halangan gilaa. Banyak gilaa. Tapi itu semua
pengalaman laa and benda yang banyak mematangkan kitorg laa kann.
Basically
trip ni dua kereta. Satu proton saga. Satu perodua kancil.
SAGA-ACAP
AMIN AMIRA NAHU MUAZ
KANCIL-ONEN
DYANA EE BEXS
Comel tak
susunan kitorang ? hahahaha.
Then bila
kereta dh sampai, kitorang pun bergerak ke tempat yang ingin dituju, iaitu…MIRI
! acap dan onen adalah driver all the way. Nanti kita bongkar lagi apa cerita
driver ni okey.
Masa pergi
kitorang ikut jalan lama which is lebih lama and mencabar sikit dan tak bosan.
Means macam banyak korner. Kalau jalan baru straight pulakk. So memang bosann
gilaa ahhh.
First
tempat yang kitorg pg adalah merdeka mall. Lepas
jenjalan dekat mall yang sememangnya bosan tuu, kitorang pun bergerak ke
bintang mall. Lepas
shoping, kitorg main bowling ! Dah main
bowling the boys nak pulak main pool. Okey main laa. Lepas tu memasing pecah
lepas beli tiket wayang. Cool jugak la cerita tuu. G.I JOE. Entahh aku ikut je
bebudak ni. Beli tiket tak memahami hati adekk. Adek nak tengok cerita hantu
ke, cinta ke.,SEDIHH. Tengok wayang aku kongsi dengan amin beli
popcorn comel kann ? hahahah
Lepas habis tu kitorg p makann. Susahh hang nak cari tmpat
makan sebab byk yg dah tutup kan. Jalan punya jalan punya jalan. (sebenarnya
kitorang nak cari pantai ! ) then aku nmpak boat. Jalan je teruss, kitorang
nmpak kedai makan. Stop laa. Yang girls semua p solat sebab yang boys dah solat
rupanya..
Dah siap
makan, end up kitorg buat keputusan nak cari homestay. Ceitt punya cina.
Menipuu engkoo. Sakit noo hati. Cakap itu cakap ini. Last last 2 ratus. Baik
tido hotel. Sumpah selesa gila. (part lepas ni dipadam atas sebab sebab tertentuu. bye)
Then lepas
amik bilik semua, aku onen acap nahu dengan amin keluar. Malas nak tidoo lagi.
Jenjalan sikit sikit, jumpa pantai. Tapi takut nak keluar kitorg jalan lagi.
Lepas KFC well I Berjaya tahan nafsu i. I tak makan. Takde selera sebenarnya
walaupun semuaa macam setann hasut aku membeli makanan. Ngengg semuanyaaa
Esoknya, lepas solat
subuh semuaa, kitorg p breakfast dan jenjalan kejap. Then pulangkan kunci
bilikk. Lepas tu pegi bintang mall balik sebab semua nak beli big apple.
Tahuu takk
masa nak balik tu. Kitorg kena kompaunn ! mana nak tahuu ! sedihh gilaaa. Kena
la kompaun dlm rm10. Sebab tak pamerkan kupon tuu. ! haha kelakar gilaa. Masa
tu hati aku dh tak sedap taw sebab ehh pahal asyik kena mende mcm ni je.
Lepas bayar
kitorg start jalan. Tapi journey ni mcm dh nak end taw. Sebab otw jalan tu acap
collapse . he is pitam ! OMG
Bayangkan
kitorg accident. All of us. Yang dalam saga tu. Die pengsan tak sdrkan diri.
Bayangkan seawal 20 kitorg dh ade pengalaman macam tu. YA ALLAh aku fikir
mcmana nak balik je masa tu. Masa tu aku tido. Dah lelap kot masa tu. Then
tetibe amin jerit Allahuakbar and start jerit jerit nama acap. Muaz nahu semuaa
la. Aku bangun bangun nmpak dah dalam semak. Aku ingatkan kitorg nak buat apa
dlm tuu. Kiri kanan penuh semak. And last kitorg crash dgn tembok longkang.
Semua tak tahu nak buat apa. Kitorg still dlm kereta. Then nahu dengan amin
keluar. Aku muaz pon keluar. Muka pertama aku nmpak adalah dee. Aku sangat
sedih masa tuu. Dee punya mukaa mcm risau gilaa. Ya allah rasa sayang gila dkt
dee masa tu. Lepass tu aku mcm tak tahu nak keluar. Aku blur wehh dgn apa jadi.
Acap pengsan . ee turun and bawak die keluar. Die dgn amin and muaz angkat die
keluar. Aku naik dan peluk bexs and nangis. Aku tak tahu nak react apa masa tu.
Aku risauu. Mak aku mesti sedih kalau tahu apa jadi.
Nasib baik
ade pondok dkt situ. Diorg dudukkan acap dekat situ. Die diam. Masa tu traffic
sangat sibuk sbb ramai yg stop nk tengok apa jadi taw. Aku risau gila masa tuu.
Peluk bexs mcm dpt kekuatan. Man masa tu aku pening gilaa. Tapi act cool. Smpat
la buat lawak bodoh jugak sbb nk ceriakan hati memasing. Aku tak tahu pape
drama kereta kereta tu
Lastly, perempuan balik sekali and onen drive. Yg lelaki semua balik
sekali sbb nak buat report poliss.
Dalam
kancil sgt pack . sakit taw badann kitaa ! haha. Aku nyanyi la sebab tak nak
kasi onen ngantuk and bosann. Last aku tido jugak sebab penat sgt. Dalam
kancil aku diam. Sebab all the way aku hanya fikir pasal tu. Hanya pasal
accident tu. Tak boleh fikir mende lain. Tak boleh. Onen buat lawak pun tak
mampu nak gelak sbnarnyaa.
Tapi yang
nasib baiknya
Acap sempat
brek
Acap lesen permanent
Kitorg tak
terbalik.onen ckp possibility nak terbalik tu sgt ade. Sangat sangat.
Until now
aku masih fikir semua tu. Dan kitorg janji nak rahsiakan apa yg berlaku. Takkan
cerita dkt sesiapa.
Panjang kan
? aku pon tak tahu kenapa aku tulis semua ni. Aku nak luahkan mungkin and sebab
aku tak byk bercakap mungkin. Aku kena meluahkan jugak.
Lepas
balik. Aku bukak FB. Ade la jugak beberapa instagram update. Aku nangis sebab
rinduu semua orang . well walaupun end up mcm tu tapi apa yang jadi pada kitorg
sepanjang trip tu sgt funn ! sayang diorg. Sumpah aku anggap semua mcm adik
beradik
Kita sayang
korg sampai bila-bila. Muahhh
Acap suruh
semua deactivate FB and twitter, ngeng"
Credit to : Amira
Okay from my point of view pulak,
Hmm overall aku rasa best la trip ni sebab pegi dengan klasmate kan. Ada yang best, ada jugak yang tak bestnye. Aku rasa apa yang ada dalam fikiran Amira ni lebih kurang sama je dengan aku. So, takpayah tulis pun takpe kan. Tapi nak cerita jugak. Okay, kenangan manisnya dapat pergi Miri kedua kalinya cuti mid sem ni with my klasmates. Kenangan pahitnya, mabuk teruk sampai muntah-muntah and accident ! Okay pasal accident tu, aku rasa masa tu nyawa aku dah hampir melayang dah. Rasa nak mati. Seriously. Sebab aku duduk seat depan dengan driver. Bayangkanlah tetibe kereta masuk longkang besar and elok je lalu sepanjang longkang tu. Tetiba, ada batu besar depan tu and terus..."CRASHH !" Aku tak dapat berfikir dengan betul dah waktu tu. Blur sangat and taktahu nak react macam mana. Nak nangis nak jerit pun tak boleh. Dalam fikiran aku masa tu, aku risau pasal kereta sewa kitorang ni. And aku macam dah agak yang benda buruk akan berlaku. Instinct aku kuat sebab rasa tak sedap hati sebelum tu. Tapi alhamdulillah, just kereta je yang teruk but orang yang ada dalam kereta takde pape. Just trauma je lah kan. Aku ada selitkan beberapa gambar sebagai bahan bukti. Oh my, bila tengok balik gambar ni rasa sedih.
orang kampung try bantu kami
the driver yang pengsan tetiba
langgar batu besar
kebetulan ada signboard 'kawasan kerap kemalangan' hmm
at last, trak tarik kereta kami ke atas
Hmm until now, aku takut nak bagitahu parents aku pasal kejadian ni. Takut dorang risau je. Ye, memang banyak jugak la duit habis disebabkan kejadian ni sebab kena bayar insurans bagai. Tapi driver paling banyak kena bayar. Takpelah, benda dah jadi. Ambiklah ni sebagai pengajaran. Inilah kali pertama aku rasa pengalaman accident kereta ni sobbss. Dan aku harap takkan berlaku lagi buat kedua kalinya...
Pen-off.
Pen-off.
No comments:
Post a Comment