May 23, 2011

belog ini bakal bersawang..haha



Ouh yeah!
Belog ini memang akan bersawang mulai esok!
kenape? kenape?
sebab cuti sem saye dah abes!
wuwuwuuu~ T_T (sedih la konon)
Haha.takpe takpe.
Nanti saye upah orang untuk jaga belog ini ye.
Yup. Saye dah ada P.A la!
Ape tuh? P.A tuh 'pa'!
Haih.bukan. Personal assistant la..konon je =p
Yup. InsyaAllah kami akan berusaha mempertahankan belog ini!
Siapa gerangan P.A saye tuh?
Hehehe.Adela.Rahsia taw.. ^^
Em dia taknak dedahkan identiti la..

Anyway,I'm going to be a busy student.hee
So,nak update pun jarang jarang.
Kalau sempat adela kowt.
Nak bermuka buku pun dah payah dah.
Sebab I memang akan busy tetiap hari. Eceh.Poyo.
Anyway,sesiapa yang sudi menjenguk belog yang tak semengah ni..
Thanks a lot ya! :)
Kalau rajin follow and komen sekali.hee
Oke. Dats all.
Nak tido awal lah arini.
Esok kena bangun awal. Untuk mulakan sem yang baru.
Yeeehaaaa! (excited) :D
K bai!

taknak tengok mukabuku dah. nak tengok buku2 je =p



akan tetap berblogging untuk mengisi masa terluang :)



notakaki : ouh ouh. otak seakan akan sudah tepu =_='


May 19, 2011

Apa yang perlu dibuat jika mengantuk dalam kuliah?



Owh. Ada beberapa tips kat sini yang korang boleh guna. Tak kisah kalau nak ikut atau tak.


1. Kunyah chewing gum pastu letak kat kerusi kawan-kawan...
2. Ikat tali kasut kawan yang tidow kat meja atau kasut kawan yang lain...
3. Skodeng amoi-amoi yang cun atau mamat-mamat jambu... Kalau takda, skodeng diri sendiri ja...
4. Cabut kasut kawan pastu baling depan lecturer... Kalau lecturer marah, cakap kat dia yang tadi tu hanya latihan firedrill...
5. Hidu gam...
6. Kalau lecturer tanya ada soalan ka takda, angkat tangan dan ajak dia pergi tengok wayang...
7. Buat-buat mengamuk sakan... Kalau lecturer tanya kenapa, jawab ja nampak kuman kat atas meja...
8. Buat muka marah pastu tenung muka lecturer lama-lama sambil genggam pembaris...
9. Curik dompet kawan dan gelakkan I.C mereka...
10. Cepatkan jam dalam dewan kuliah...
11. Ambik 2 bijik botol dan ketuk kuat-kuat... Cakap kat lecturer Safee Sali ada kat belakang whiteboard...
12. Kumpul batu-batu kecik dan baling kat budak pompuan yang pakai tudung pelik-pelik...
13. Lagakan kawan-kawan sampai mereka gaduh... Bila dah gaduh, rakam dan upload ke facebook...
14. Bila kelas tengah senyap, main mercun pastu salahkan lecturer...
15. Bila kelas dah nak abes, puji lecturer tu cantik atau hensem berkali-kali...
16. Kumpul air dalam baldi dan simbah kat depan kelas... Bagi alasan tu untuk padamkan api kejahatan...
17. Pergi kelas pakai kain kapan dan duduk sebelah lecturer...
18. Bila dah abes satu bab, jerit "goooolllll!!!"... Lakukan sampai kelas tamat...
19. Kalau lecturer bagi assignment banyak-banyak, mintak tambah lagi...
20. Ajak kawan-kawan main batu seremban dalam kuliah...
21. Kalau lecturer tu laki, cakap kat dia zip terbukak... Cakap banyak kali...
22. Jual popcorn dalam kelas...
23. Miskol nombor lecturer banyak-banyak kali...
24. Masuk dalam kuliah dan bagitaw ada pak gad tengah clamp kereta lecturer...
25. Kalau dah ngantok sangat, tidow jelah... 

tambah 1 lagi, tulis setiap ayat yg kluar dr mulut lecturer... ~~hehe ^_^

*boleh ke buat cenggini? err...hehe





ouh! malunye kalau tertido macam ni =_='



notakaki : kalau rasa ngantuk,saye suka conteng2 buku. hahak =p 





May 18, 2011

Shopaholic!


Salam.

Arini rasa macam nak kenang kembali zaman dolu-dolu lah. Em pasal plastic bags. Eheh. Means,plastic a.k.a shopping bags yang kita guna lepas beli belah tu. So,katakanlah korang ni sedang berada di shopping complex. Tetibe korang ternampak pulak sorang minah ni pegang plastic a.k.a shopping bags yang sangat full di tangan. Sampai tak cukup cukup. Sure lah korang akan kata dalam hati," Gila ah. Kaki shopping betul dia tu" atau " Kenapa dia tak borong satu shopping complex ni je?" atau " Hish,kayanya orang tu" atau paling tidak pun memandang jelik kat orang tu. Kan kan?

Eheh. Mengimbau kembali waktu di kolej in last sem. Aku dengan sorang roomate ni pegila outing beli barang. Memang kira banyak ah barang2 yang kitorang beli tu. Maklumlah, bukan barang kitorang je,ramai la jugak yang pesan itu ini suruh belikan macam macam. So,belilah semua.

Then,lepas penat dah beli2 barang,kitorang pun tunggulah dekat depan pintu. Sementara tunggu bas datang. Aku kelihatan sangat gigih memegang plastic bags yang full kat tangan. Sama jugaklah dengan roomate aku yang sorang lagi tu. Lepastu,kitorang kumpullah semua plastic bags tu setempat. Siap bersusun lagi tau. Hehe.

Lebih kurang gini lah banyaknye...


Nak dijadikan cerita,tetiba datang pulak sorang mamat poyo ni dari arah belakang aku. Pastu dia toleh muka dia dan pandang2 je plastic bags tu berselang seli sambil memandang mukaku yang tak chomel tapi kiut ni dengan riak wajah yang jelik serta berbaur sindiran. Huh,rasa nak pelempang je lah muka dia tu! Ingat bagus sangat? 

Lepastu,aku pandanglah plastic bags kitorang tu. Apa yang pelik sangatnye? Jeles ke tengok kitorang ada plastic bags banyak2 ni? Kau takleh lawan kan? Sebab tu pandang semacam je. Hahaha. 

Aku lihat mamat tadi terus menuju ke sebuah kereta dan berbisik bisik kat sorang pompuan ni. Hmm,tu mesti makwe dia. Then,sempat gelak gelak pulak tu. Kureng betul! Haih,sabo je la.

Then,dia patah balik lalu tempat aku menunggu tu. Kali ni dia bawak makwe dia sekali. Sekali lagi,dia pandang kerek je kat aku sambil senyum penuh sindiran. Ouh,lagi sekali aku rasa macam nak sepak2 je mamat tu laju laju. Dalam hati,aku hanya berkata,"Apa tengok tengok? Tak puas hati cakaplah depan depan". Bak kata Usop Wilcha,'Sabor je la..'

Dan bas pun sampaila. Kat dalam bas,aku cerita lah kat roomate yang teman aku pegi shopping tu pasal mamat poyo tadi. Dia pun siap kutuk2 lagi mamat tu. Haha. Ouh ye,masa aku menunggu depan pintu tu,roomate aku tu pegi kemana ntah. Toilet kot. So,aku lah jadi mangsa.

Waktu kitorang menunggu pelajar lain masuk dalam bas(bas yang spesel untuk kolej aku),adalah pulak sepasang kapel ni dengan selambenye naik atas bas. Tengok muka pun dah tau la memang bukan budak kolej aku. Bila makcik bas tanya kapel tu,memang betullah diorang pakai naik je. Then,kapel tu pun turunlah dari bas sambil muka merah2 menahan malu. Aduyai,kesian betullah. Yang budak budak kolej aku pulak dah gelak sakan dah. Memang kelakar lah. Haha.

Haha. Macam macam la yang berlaku kan. Lepas outing tu, kitorang cerita lah kat roomate2 yang lain. Diorang pun gelak gelak je.


notakaki : tak suka dipandang kerek oleh orang orang yang bajet bagus =p




wordless wednesday




Salam readers. 
It is Wordless Wednesday today.
So,I'm getting to put this picture.




Okay,bye! :)


May 14, 2011

Aku perlukan semangat untuk hidup




1.....

2.....

3.....

ready...
-
-
-
-
-
-

action!
-
-
-
-
-
-
mahu bersemangat seperti ini! yeahh!!


Semangat itu perlu dalam hidup.

Sebab apa?

Ia umpama kekuatan kita.

Bagaimana?

Diri sendiri perlu bermotivasi.

Kalau tiada juga?

Suruh orang lain memotivasikan kita.

Tapi,semangat itu kadang kadang ada,
kadang kadang tidak. Bagaimana ya?


Hmm. Ntahla. Aku sendiri pun kadang kadang rasa begitu.
Semangat jatuh tiba tiba apabila sesuatu tidak diingini berlaku.
Namun,aku cuba kuatkan hati.
Memulihkan semangat itu kembali.
Bersama dorongan daripada orang lain.
Aku hanya mampu berdoa kepada Yang Maha Esa.
Agar semangat ku tidak luntur.
Agar dapat menjadi yang terbaik di muka bumi ini.
InsyaAllah. :)

















believe yourself...


...and you will lead to success!



notakaki : perlu lebih bersemangat dari hari ke hari...



May 11, 2011

kerana kamera sony cybershoot...



Salam readers.
Entry ni adalah sambungan kepada entry ini..
Hmm.ada apa dengan kamera?
Macam ni cerita dia...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
aisehh.apesal aku letak pic neh? ha3.sila abaikan


Sewaktu aku dan rakan rakanku sedang berseronok mandi di dalam sungai...(eh,macam karangan budak darjah 6 je.tukar sikit ayat lah)... Em waktu kitorang tengah syiok2 bermandi manda kat sungai ulu chepor tu,ade la sorang kawan ni suruh saye amekkan pic diowang.Sebabnye,dia tu pun nak masuk sekali dalam gambar.heh.Then,aku pun tolonglah kan.No hal lah.Em tapi yang jadi ceritanya,baru je pegang kejap kamera tu untuk snap pic,tetibe je kaki ni terpijak batu licin...apelagi,terjatuh la! aisehhh.memang tragis la.kamera tu pun dengan sedapnya tercelup la dalam air tu.Memang almarhum lah kan.Dah tabole nak buat apa dah.Arwah sudaa..Then kawan aku tu dengan kelam kabutnya berkata...

"Wei,kamera aku!"
"Alamak,macam mana ni.."
"Habislah bapak aku marah!"
(Sambil mengelap lap kamera bapaknye itu)

Aku pulak terasa amatlah cuak sebab secara tak sengaja dah rosakkan kamera bapak dia.Bukan kamera dia beb.Kamera bapak dia oke! huh.mampus. =_='
Dan teruslah kitorang berdua dah takde mood nak mandi. Yang dia asyik belek2 kamera bapak dia tu dengan harapan boleh on la balik kan. Kadang2 macam nak nangis. Yang aku pulak dah speechless. Tak tau nak buat apa. Apalah nasib kan. Di duga begini..huuuu. Kawan2 yang lain pulak sibuk nak buat kitorang happy balik. Hmm terima kasihlah ye. Tapi..i'm really not in mood! huh. Dan aku pun cepat2 menge'call' bapakku suruh datang cepat. Ambik kitorang kat sini. Aku dah trauma dengan air sungai ulu chepor weh! 

"Weh,nanti kita pergi parade ek,nak cari kedai servis"
"Em okeh.Nanti aku bagitau bapakku"
"Eh bapak kau boleh tolong tak?"
"Err nanti carilah kedai servis ye.."
"Aku cakap,bapak kau boleh tolong tak?! Haish!"

Pulak dah.Aku yang kena marah balik.Tahulah salah aku.Tapi janganlah buat aku macam tu.Oke fine.Dia pun tengah cuak dengan bapak dia.Tu yang marah2 segala tu.Takpe,aku faham.Jangan risau ek? Nanti aku tolong kau.

Bapakku pun sampai. Lepas aku cerita perkara sebenar,kitorang pun dibawak round2 satu ipoh. Nak cari kedai servis lah kononnya. Tapi,act nak servis pun tak berbaloi rasenye. Better beli baru terus. Lepas difahamkan kalau nak servis lagi susah,so masing2 balik rumah.

Balik rumah je,aku tak tentu arah. Aku try luahkan masalah aku kat bestfwen2ku. Nasib baik diorang pun faham & bagi cadangan nak settle masalah aku tu. Thanks ye korang yang membantu. Huhu. So,aku tekad. Aku mesej dia.

Hmm.aku mintak maap kat dia.
Aku cakap aku tak sengaja.
Aku cakap nak cerita perkara sebenar kat bapak dia.
Aku nak pergi rumah dia.
Aku janji nak ganti balik kamera tu.
Tapi bukan sekarang sebab takde duit.
Tunggu elaun aku masuk.

Dia cakap,it's ok.
Takpayah sampai datang rumah dia.
Nanti dia settle sendiri.
Dia kata lagi...
Kalau nak ganti,tunggu aku dah ada duit.
Tunggu harga kamera tu turun.
Harga kamera tu 700.
Dia taknak susahkan aku.
Tapi dia bagi tempoh sebelum bulan 9 ni.

Apa? 700 tu..manalah aku ada duit sebanyak tu..Lepas dia cakap macam tu,aku pun dengan emosinya terus masuk bilik air. Bukak shower dan nangis puas2 kat situ. Macam orang putus cinta gamaknye.heheh. Aku asyik pikir je harga kamera tu. Bapak mahal. Macam mana ni?

Then,aku ada luahkan jugak kat 'si dia'. Ceritalah dari 1st sampai last. Hmm barulah lega sikit hati aku ni. Tapi ada satu part 'dia' cakap macam ni.."Haa..tulah. tak bagitahu pegi ulu chepor tu. asyik berseronok sampai lupakan 'dia'. tu yang jadi macam2 tu.." Haih. sabo je la. Em takpe,'dia' gurau je tu. Memang betullah tu. HEHE.

Apepun,hati aku akan rasa tak tenang selagi aku tak ganti balik kamera tu. Dan lagilah rasa tak tenang sebab terpaksa guna duit elaun aku(yang sepatutnya digunakan untuk shoping.heheh).Tapi takpelah kan. Demi kawan.Kawan baik pulak tu. Aku sanggup. Eceh.Ingat,kau ada berhutang dengan orang. Act bukan dengan dia,dengan bapak dia.Oke fine.Aku takkan mungkiri janji.Munafik tu..huhu. =_='


Camnilah rupe kamera tu. Hmm.baru je berhajat nak beli kamera.. T_T



notakaki : beringat sebelum kena. nanti dah terhantuk baru mengadah.








Tips tolak cinta kawan karib




1. Menyatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat. *dah cakap dah tapi kalau tak faham bahasa macamana? -.-' Next tips plss!

2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya.*I neh demand sikit. I tak suka orang arah-arah I. Huhuhu. Next tips plss~~

3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana, selama ini kamu bersikap brutal ketika bersama dia dan tiada ciri2 kekasih yang sejati. *Yeahh..betul tu.. I kasar, kesian dia asyik kena marah jer nanti. Padan muka kau. Huhuuu~ Next plsss...

4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya. *Hahaha ini tepat. Next tipss pleasee.....

5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis/jejaka diluar sana yang mempunyai ciri2 pasangan yang diidamkan olehnya.*Memang ramai! Tak faham kenapa nak jugak dekat I yang buruk neh. Adoiiii -.-' Next plsss..

6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya ditempat kerja, sekolah atau ditempat yang anda dan rakan2 lain selalu berkumpul. *Memang takkan bertembung pun. Never ever! Next plss...

7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia. *Betul. Banyak komitmen... Next tipss plss...

8. Kamu jelaskan padanya bahawa kamu lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana kamu sudah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya dulu. *Betul.. Dah tau perangai dia. Kalau ok, mesti lah dah lama terima kan kan? Huhuhu. Next tips please.....

9. Nyatakan padanya bahawa kamu sudah mempunyai calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan diri kamu. Tapi harus diingat jelaskan secara baik kerana kamu mungkin hilang kawan baik yang kamu sayang. *Yer, I memang dah ada calon pun~~ Lalalalalaa~~ Next tips pleaseee...

10. Bertegas dengan pendirian kamu sekiranya kamu betul2 tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati kamu dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Akhir sekali katakan dan tegaskan kepadanya “KAU MASIH SAHABATKU” *Berkawan kan lebih baik? :)


May 10, 2011

kaki cicah sambal? kaki cicah air la!


a day at taiping. mood : tired =_=
tomorrow : picnic day ! more2 tired~ha3



Haha. apesal tetibe kaki cicah sambal pulak neh? Em cenggini citenyer.. lepas penat jalan2 Taiping naik angsa aritu, ade la pulak sorang kawan ni, Apple Sombong yang beria nak ajak saye pegi picnic + berkubang kat ulu chepor. So,apelagi..seronok la kan dapat berseronok sama sama. Plus,dah lama tak jumpa dia neh. Rase rindu la pulak. HEHE. =p  Kitorang sempat berchatting kat fb tuh.. lebih kurang cenggini la kan..
-
-
-
-
-
-
APPLE SOMBONG : weh,jom g ulu chepor?
NAHU NABILA : em oke gk uh. spe ag yg g?
APPLE SOMBONG : mira n khai pn ikot.
NAHU NABILA : ouh ek? nnt gtaw la kul bpe.
APPLE SOMBONG : b'tolak awal pagi le.nnt tmpt full.
NAHU NABILA : owite.tp ak lmbt cket kowt.
APPLE SOMBONG : oke.kao bwk air n ais taw.
NAHU NABILA : owite.ak bwu blek Taiping neh.pnt kowt.
APPLE SOMBONG : ala,xpe.sok x pnt pn.kite mandi2 jep.
NAHU NABILA : eh,kao nk mandi ek? (err soalan ape neh?)
APPLE SOMBONG : mestila.kao tanak mandi ker? rugi la..
NAHU NABILA : tgk la dlu.air dye jernih x? (cerewet gile)
APPLE SOMBONG : ceh,sejak bile jd cerewet neh? ala,bkn slalu pn.
NAHU NABILA : HAHA.tadela.tkot bdn ak gatal2 jep nnt.
APPLE SOMBONG : LOL.tadenye.mandi je la.. 
NAHU NABILA : aku cicah kaki je la..bole x?
APPLE SOMBONG : cicah gune ape? sambal belacan? kah3
(ciss.kureng pny org! grrr..)
NAHU NABILA : cicah gune air la.. =_='
APPLE SOMBONG : nnt ak bwk sambal belacan k.haha
NAHU NABILA : bwkla! nk mkn an nasi goreng =p
APPLE SOMBONG : oke.tgk je nnt.keh3
NAHU NABILA : grrrr..ngek la!



Grrr..sengal betul la kawan aku sorang ni..ada ke patut dia cakap cicah kaki dengan sambal belacan..mau hot n spicy la kaki aku nanti. pijor le yop! HAHA. aku just nak cakap cicah kaki dengan air jep. waaa~ Tapi last2nyer aku berkubang sekali.ngeh3.nampak air je teros berendam macam badak berendam tu..eh eh,aku bukan badak ye.hehe =p






i'm having a picnic! nyum3 :)
(ops,air tertumpah tu saye la yg buat.) =_='



khai & mira dengan muke cerianye. hehe ^^



zaty & me!
 (apple sombong tak bawak pun sambal belacan. ciss,dia tipu aku!)



seronok dapat cicah kaki dengan air~
bukan dengan sambal ye,apple sombong =p



Hmm. memang enjoy lah kan bila semua orang berkumpul,dapat berseronok sama sama,dapat spend time together,dapat gelak ketawa sama sama,dapat gurau sama sama,dapat makan sama sama,mandi pun sama sama.eheh.mandi air terjun la.

Tapi..yang tak beshnyer..ada pulak dugaan melanda waktu kitorang tengah syiok2 berseronok..hmm.apa la nasib kan. macam macam la. mula2,pondok yang kitorang duduk tu sebenarnya dah ada orang booking.then,kitorang pun dihalau la..(act memang kitorang tak bayar sewa pun.lalala~) so,jadilah macam pelarian..barang2 semua diangkut letak atas batu.sadis betulla..huhuu T_T. Tapi,kitorang tetap tabah.haha.

And the most 'sadis' story is...
Hmm.malas lah pulak nak cerita pasal neh.
Memang sadis lah!
Lepas kejadian tu,terus mood aku hilang!
Huh,sabo je la..cobaan betul..

Nak tau jugak ke amende?
Err nanti lah ek..
Tunggu entry yang seterusnya okay?
Bye.Salam. :)

sambungannye di sini



notakaki : bersabarlah. ada hikmah di sebalik ujian. hmm. smile ok! :)