May 11, 2011

kerana kamera sony cybershoot...



Salam readers.
Entry ni adalah sambungan kepada entry ini..
Hmm.ada apa dengan kamera?
Macam ni cerita dia...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
aisehh.apesal aku letak pic neh? ha3.sila abaikan


Sewaktu aku dan rakan rakanku sedang berseronok mandi di dalam sungai...(eh,macam karangan budak darjah 6 je.tukar sikit ayat lah)... Em waktu kitorang tengah syiok2 bermandi manda kat sungai ulu chepor tu,ade la sorang kawan ni suruh saye amekkan pic diowang.Sebabnye,dia tu pun nak masuk sekali dalam gambar.heh.Then,aku pun tolonglah kan.No hal lah.Em tapi yang jadi ceritanya,baru je pegang kejap kamera tu untuk snap pic,tetibe je kaki ni terpijak batu licin...apelagi,terjatuh la! aisehhh.memang tragis la.kamera tu pun dengan sedapnya tercelup la dalam air tu.Memang almarhum lah kan.Dah tabole nak buat apa dah.Arwah sudaa..Then kawan aku tu dengan kelam kabutnya berkata...

"Wei,kamera aku!"
"Alamak,macam mana ni.."
"Habislah bapak aku marah!"
(Sambil mengelap lap kamera bapaknye itu)

Aku pulak terasa amatlah cuak sebab secara tak sengaja dah rosakkan kamera bapak dia.Bukan kamera dia beb.Kamera bapak dia oke! huh.mampus. =_='
Dan teruslah kitorang berdua dah takde mood nak mandi. Yang dia asyik belek2 kamera bapak dia tu dengan harapan boleh on la balik kan. Kadang2 macam nak nangis. Yang aku pulak dah speechless. Tak tau nak buat apa. Apalah nasib kan. Di duga begini..huuuu. Kawan2 yang lain pulak sibuk nak buat kitorang happy balik. Hmm terima kasihlah ye. Tapi..i'm really not in mood! huh. Dan aku pun cepat2 menge'call' bapakku suruh datang cepat. Ambik kitorang kat sini. Aku dah trauma dengan air sungai ulu chepor weh! 

"Weh,nanti kita pergi parade ek,nak cari kedai servis"
"Em okeh.Nanti aku bagitau bapakku"
"Eh bapak kau boleh tolong tak?"
"Err nanti carilah kedai servis ye.."
"Aku cakap,bapak kau boleh tolong tak?! Haish!"

Pulak dah.Aku yang kena marah balik.Tahulah salah aku.Tapi janganlah buat aku macam tu.Oke fine.Dia pun tengah cuak dengan bapak dia.Tu yang marah2 segala tu.Takpe,aku faham.Jangan risau ek? Nanti aku tolong kau.

Bapakku pun sampai. Lepas aku cerita perkara sebenar,kitorang pun dibawak round2 satu ipoh. Nak cari kedai servis lah kononnya. Tapi,act nak servis pun tak berbaloi rasenye. Better beli baru terus. Lepas difahamkan kalau nak servis lagi susah,so masing2 balik rumah.

Balik rumah je,aku tak tentu arah. Aku try luahkan masalah aku kat bestfwen2ku. Nasib baik diorang pun faham & bagi cadangan nak settle masalah aku tu. Thanks ye korang yang membantu. Huhu. So,aku tekad. Aku mesej dia.

Hmm.aku mintak maap kat dia.
Aku cakap aku tak sengaja.
Aku cakap nak cerita perkara sebenar kat bapak dia.
Aku nak pergi rumah dia.
Aku janji nak ganti balik kamera tu.
Tapi bukan sekarang sebab takde duit.
Tunggu elaun aku masuk.

Dia cakap,it's ok.
Takpayah sampai datang rumah dia.
Nanti dia settle sendiri.
Dia kata lagi...
Kalau nak ganti,tunggu aku dah ada duit.
Tunggu harga kamera tu turun.
Harga kamera tu 700.
Dia taknak susahkan aku.
Tapi dia bagi tempoh sebelum bulan 9 ni.

Apa? 700 tu..manalah aku ada duit sebanyak tu..Lepas dia cakap macam tu,aku pun dengan emosinya terus masuk bilik air. Bukak shower dan nangis puas2 kat situ. Macam orang putus cinta gamaknye.heheh. Aku asyik pikir je harga kamera tu. Bapak mahal. Macam mana ni?

Then,aku ada luahkan jugak kat 'si dia'. Ceritalah dari 1st sampai last. Hmm barulah lega sikit hati aku ni. Tapi ada satu part 'dia' cakap macam ni.."Haa..tulah. tak bagitahu pegi ulu chepor tu. asyik berseronok sampai lupakan 'dia'. tu yang jadi macam2 tu.." Haih. sabo je la. Em takpe,'dia' gurau je tu. Memang betullah tu. HEHE.

Apepun,hati aku akan rasa tak tenang selagi aku tak ganti balik kamera tu. Dan lagilah rasa tak tenang sebab terpaksa guna duit elaun aku(yang sepatutnya digunakan untuk shoping.heheh).Tapi takpelah kan. Demi kawan.Kawan baik pulak tu. Aku sanggup. Eceh.Ingat,kau ada berhutang dengan orang. Act bukan dengan dia,dengan bapak dia.Oke fine.Aku takkan mungkiri janji.Munafik tu..huhu. =_='


Camnilah rupe kamera tu. Hmm.baru je berhajat nak beli kamera.. T_T



notakaki : beringat sebelum kena. nanti dah terhantuk baru mengadah.








No comments: