1. Menyatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat. *dah cakap dah tapi kalau tak faham bahasa macamana? -.-' Next tips plss!
2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya.*I neh demand sikit. I tak suka orang arah-arah I. Huhuhu. Next tips plss~~
3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana, selama ini kamu bersikap brutal ketika bersama dia dan tiada ciri2 kekasih yang sejati. *Yeahh..betul tu.. I kasar, kesian dia asyik kena marah jer nanti. Padan muka kau. Huhuuu~ Next plsss...
4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya. *Hahaha ini tepat. Next tipss pleasee.....
5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis/jejaka diluar sana yang mempunyai ciri2 pasangan yang diidamkan olehnya.*Memang ramai! Tak faham kenapa nak jugak dekat I yang buruk neh. Adoiiii -.-' Next plsss..
6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya ditempat kerja, sekolah atau ditempat yang anda dan rakan2 lain selalu berkumpul. *Memang takkan bertembung pun. Never ever! Next plss...
7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia. *Betul. Banyak komitmen... Next tipss plss...
8. Kamu jelaskan padanya bahawa kamu lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana kamu sudah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya dulu. *Betul.. Dah tau perangai dia. Kalau ok, mesti lah dah lama terima kan kan? Huhuhu. Next tips please.....
9. Nyatakan padanya bahawa kamu sudah mempunyai calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan diri kamu. Tapi harus diingat jelaskan secara baik kerana kamu mungkin hilang kawan baik yang kamu sayang. *Yer, I memang dah ada calon pun~~ Lalalalalaa~~ Next tips pleaseee...
10. Bertegas dengan pendirian kamu sekiranya kamu betul2 tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati kamu dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Akhir sekali katakan dan tegaskan kepadanya “KAU MASIH SAHABATKU” *Berkawan kan lebih baik? :)
No comments:
Post a Comment