my weekend
Haii semua warga Malaysia tak kira di Semenanjung atau Sabah Sarawak. Ehh ? Okay surely hujung minggu ni adalah waktu golongan urban dan muda mudi berfoya foya kann? (eh jangan salah paham pulak maksud berfoya foya aku tuu k ?). So ape agaknye yang korang buat waktu cecuti ujung minggu ni kan ? Adakah suka berjimba bersama kengkawan ? Adakah suka duduk terperap di bilik sambil layan muka buku untuk chatting2, flirting2, poking2, liking2 baginya..? (bukak lagu Aliff Aziz). Okay tak kira lah apepun yang korang buat, ce share sikit aktiviti korang ?
So kalau nak tahu (taknak tahu pun takpe), this weekend aku dah belanja banyak gila. seriously weii. aku rasa aku boros. k aku mmg boros. firstly, disebabkan krisis makanan. yeah bagi aku, makan itu penting. dan penting untuk makan. so aku tak kisah berbelanja lebih untuk makan. gituu. haritu, aku pegi kuar 3 orang dengan klasmate aku naik teksi malam-malam semata-mata sebab ini....
yeah KEPSI
Please lahh ni first time kot aku makan fast food sejak dok sarawak ni. Sumpah rindu gila nak makan mende alah ni. Tapi sadis tau kenapa kualiti dia tak sama macam semenanjung ? hm aku pun tak tahu. but thankfully ada KEPSI kat Bintulu ni. kalau takde ? aku nak meraung je balik rumah. -.-'
Okay stop pasal KEPSI. Esoknya, memalam aku kuar lagi dengan 2 orang klasmate naik teksi jugak. Dan aku pergi Park City Mall sebab nak beli groceries. but thanks God sorang lagi klasmate tu tersangatlah baik hati tolong support duit tambang teksi. dah saving kat situ.
Pagi esoknye pulak, kitorang naik 3 teksi sebab kitorang seploh orang memang dah plan nak berjimba bersama. So destinasinya tak lain tak bukan adalah Park City Mall. (again ?) Yeah tujuan utama memang untuk shopping. Dan kali ni, aku shopping untuk membeli baju dan seluar baru. See, nampak tak keborosan di situ ?
Petang tu pulak, kitorang plan nak pergi pantai. So expect macam dekat la pantai tu dari PCM. Jalan punya jalan, kitorang tak jumpa pantai but tepi laut. Okay terpaksalah berangan dok tepi pantai. Kawasan tu dekat je dengan Park City Everly Hotel. Sampai-sampai je terus snap pic gaya bigbang. Gituu.
kenapa bigbang ? sebab aku minat korea. ehh ?
two same pictures with two different acting
elok pulak bot tu lalu waktu kitorang tengah amek gambar. hihihik
again. two same pictures with different acting
tunggu teksi kat luar Park City Everly Hotel
Noicee. Kitorang sanggup panjat atas pagar batu semata-mata nak bergambar kat tepi laut yang ada batu-batu tu. Tapi kan, ada sorang budak tudung hitam tu dah pandai panjat, pandai turun, tapi tak reti naik balik muahaha. ops sori kawan, aku termengumpat.
Eh dengar kata, kat sini nak dibina beberapa lagi shopping complex dan jugak McD yaww ! Baguslah sebab aku memang suka shopping & penggemar setia McD. Nak menangis aku dapat tahu kat sini takde McD. Hmm *lap hingus (hiperbola).
Yeay disebabkan harini hari Ahad, maybe aku akan keluar lagi dengan kengkawan untuk makan. Guess what, hujung minggu camni, foodcourt memang tutup. So aku nak makan apa ? Aku dah boring dengan nasi berlauk kat kafe kolej kediaman. -.-'
Jap aku nak cakap. Untunglaa bagi bebudak ex dip yang balik semenanjung 2 minggu untuk konvokesyen kat UPM Serdang tuu. Jeles ai tau korang boleh balik. Hmm.
Konklusinye, isilah hujung minggu anda dengan aktiviti yang berfaedah. Contohnya, makan dan membeli belah. Ehh tak, aku bagi cadangan je hahaha.
notakaki: live your life. grab the chance. look throughout the sky. (eh tetibe)
2 comments:
mmg habis la duit kalu dok mkn kfc je .. hehe
Hasnul Adin: haha sekali sekala bro..
Post a Comment