Iela & Nabieyl
Tetiba aku ditag kat gambar atas ni kat fb.
Tengok muka dorang, tetiba rasa rindu.
Ye, aku rindu mereka. Rindu sangat.
Kalau diberi pilihan, rasa nak jumpa dorang sekarang jugak.
Hiks gedik.
Hm untunglah korang ye, rumah dekat. Boleh jumpa selalu.
Aku ni, dahla dekat perantauan. Nak balik cuti pun susah.
Takpela, tunggu aku sampai KL ye bulan 1 ni. Hehe
Eh kenapa aku rindu mereka tu ?
Sebab dorang roomate terbaik aku masa zaman matriks.
Sumpah terbaik.
Kitorang bertiga macam kembar.
Bukan sahaja sebab nama kitorang sama,
tapi sebab kitorang memang sekepala.
Macam siblings.
Siti Nabila & Nabila Huda
nama aku pun Nabila Huda.
See ? Betapa chemistrynye kitorang ?
Siti Nabila a.k.a Iela : hobinya suka menggigit orang. aku pun taktau kenapa. maybe salah satu cara nak eratkan silaturrahim kot hihik. tapi sekarang dia dah pakai gigi besi.
Nabila Huda a.k.a Nabieyl : hobinya suka membebel. macam nenek-nenek je hihik. tapi dia suka bagi nasihat macam-macam. sebab tu kitorang panggil dia opah.
Kesimpulannya, aku rindu mereka. sumpah.
korang, aku dah beli tiket flight ouh !
nantikan aku ye.
notakaki : terkejut bila kengkawan tertinggal flight tadi. huh, drama sungguh.
1 comment:
i pon rindu kwn2 i zaman2 study dulu, lepas ni dh jarang jumpe, hukhuk T_T
Post a Comment