Jan 4, 2013

Cinta & Kebetulan





“Eh, baju kau pakai hari ni sama dengan Minah! Hari tu pun ‘matching’ biru… Korang berjanji ek.” Hamdan cuba gosip rakannya, Salleh dengan Minah.
“Syeikh, enta perasan tak… Akhawat tu selalu datang membeli ‘time’ enta makan kat kafe. Dia minat kat enta kot…” Usik Haris.
“Ish… enta ni… kebetulan je tu.” Syafie cuba menangkis gosip.
“Kebetulan tu la… Takdir… Ada jodoh la tu.” Sambung Haris.
Tentu anda pernah mendengar dialog-dialog sebegini. Gosip, istilah moden (pinjaman daripada Bahasa Inggeris) atau tradisionalnya dipanggil FITNAH. Fitnah yang berbunyi indah ini kebiasaannya tidak menyebabkan si mangsa marah. Bahkan tersengih kerana manisnya susun atur kata-kata tersebut. Jika ia gagal ditangani dengan baik, maka ia akan menyebabkan mangsa yang diserang menginap ‘barah’ hati.
Usikan-usikan itu akhirnya memberi peluang kepada syaitan untuk menusuk jarum ke dalam hati mangsa. Lantaran itu, terdetiklah dalam hati dalam hati,
“Betul juga kata si fulan tadi. Mungkin inilah takdir. Inilah jodoh namanya.” Lalu si mangsa ditenggelami keasyikan cinta palsu yang dihasilkan oleh jarum syaitan tersebut.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud,
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan pada apa-apa yang diinginkan, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang
(Surah Ali Imran: 14)

Kebetulan yang berlaku atau persamaan yang wujud pada sesuatu ketika menyebabkan hati seseorang itu terusik. Padahal ia hanyalah khayalan yang dicipta oleh nafsu dan syaitan. Syaitan membisikkan kata-kata indah dan manis…
“Dia asyik pakai baju sama warna dengan kau. Inilah jodoh, takdir Allah. Kau dengan dia.”
Kemudian terbawa mangsa kepada kemaksiatan yang bermula dengan perkenalan dan diserikan dengan ‘dating’ harian. Mainan syaitan. Kononnya takdir cinta yang telah ditentukan oleh Allah. Padahal jika difikirkan kembali banyak lagi orang yang selalu mempunyai kebetulan dengannya. Namun, tidak ditenggelami cinta palsu. Tidak pula dia perasan. Inilah ujian daripada Allah buat hamba-hambaNya. Setiap manusia mempunyai selera tersendiri untuk makan. Ada yang suka nasi lemak. Ada yang suka nasi dagang. Ada juga yang muntah walaupun hanya terhidu bau nasi dagang. Belum pun makan lagi.
Begitu juga dengan pesona cinta mainan syaitan. Pada pandangan Hamdi, Minah cantik. Putihnya macam susu. Padahal di mata Abu, rupa Minah tu menakutkan. Pucat lesi macam mayat. Anda mungkin pernah terjumpa pasangan bahagia yang sedang bercengkerama di tepi tasik atau mana-mana je lah… tanpa mempunyai ikatan perkahwinan yang sah. Si lelakinya ‘muka ketat’, gemuk, tinggi dan hitam. Si perempuan pula cantik mukanya, tapi rendahnya bagai budak sekolah rendah! 
Kesimpulannya, janganlah mudah terpedaya dengan kebetulan yang sering berlaku dalam hidup kita. Ia tidak menjamin apa-apa. Takdir tetap takdir. Takdir yang menjadi satu ujian daripada Allah untuk menguji keimanan hambaNya. Manakah di antara kita yang bertaqwa, manakah yang lupa kepada TuhanNya apabila ditimpa ujian.
Wallahua’lam.
 Dipetik dari : Wiraislam.com

notakaki : Harini terpakai baju kaler sama lagi dengan seseorang. Memang kena usik je la jawabnye huhu. -.-' tak habis-habis dorang ni. Btw, lega paper Microorganism & Plant Diversity dah lepas. Lagi 2 paper, lepastu balik rumah ! Hehehe tak sabarnye tunggu 10 hb :D

1 comment:

✿INA AINAA✿ said...

ena pernah merasai perasaan macam msa zaman sekolah2 dlu.. now dah tak dah.. ngeeeeee