Jan 20, 2013

Nama saya Siti :)

Siapa Siti ? Kenapa saya gelarkan diri saya Siti ? Haha motip sangat kan tajuk entry kali ni. Ekceli saya pun taktau kenapa boleh keluaq (tudiaa cakap utara) nama Siti ni hahaha. Entry ni sebenarnya menjawab persoalan tentang 'Siapakah pakcik gatai' yang pernah disebutkan dalam entry ini : sila click.

Okay macam ni cerita dia. Tersebutlah kisah pada suatu hari selepas kelas, aku dan sorang klasmate aku pegi la ke jabatan untuk mendaftar kursus sem 2. Aku just teman je sebab borang daftar kursus aku still tak bercop oleh PU aku (lecturer) disebabkan dia sibuk. Aku pun cam fed-up lah sebab masing-masing dah sibuk daftar, aku je tak. So aku tanya sorang lagi klasmate aku. Dia cakap, mintak je cop ketua jabatan. So sad, KJ pun takde sebab busy. 

Aku pun macam dah taktau nak buat cemane dah. Tetiba, datang sorang pakcik ni (staff kat situ) tanya aku,'kenapa tak pegi daftar lagi ?' Aku jawab, 'err takde cop PU lagi..' Yang pakcik tu takleh blah tanya aku dengan nada garang lah kononnye -.- Pastu sorang klasmate aku cakap,'Pakcik, janganlah garang sangat. Nanti menangis dia ni' 'Eh mana ada garang, saje main-main. Awak pergilah ambik borang tu, takyah ada cop pun takpe' 

Cehh kan senang kalau takde cop PU bagai tu. Penat je tunggu PU cop tapi at last takde cop pun. So aku pun terus masuk dan bagi borang daftar kursus tu. Masa tengah tunggu pihak pengurusan uruskan hal aku, tetiba pakcik tu tanya lagi,'Eh nama awak Nahu kan ? Nabilah Huda kan ?' Dalam hati aku, gilaa mana pakcik ni tahu nama aku ? Aku pun jawab,'Eh mana pakcik tahu nama saya ?' Pastu aku tengok bebudak laki kelas aku dah mengekek ketawa tutup mulut. Cam haramm. Aku syak dorang yang bagitau nama aku kat pakcik tu. Siap nama samaran lagi kauu. 

Pastu lepas settle daftar kursus, aku keluar dari bilik tu. Masa tu pakcik tu pun ada kat luar dan dia tanya lagi,'Nahu, nak mintak no telepon,' Hah amek kau pakcik tu dah berani mintak num siap panggil nama samaran aku lagi. Aku pun jawab,'Nak buat apa ?' Guess what the pakcik said ? Pakcik tu jawab,'Ala nanti senang nak cari awak..' Demmm ini sangat memalukan okay. Pakcik tua gatai tak sedar diri ! Aku dah malu gila sebab masa tu aku berjalan dengan klasmate aku. Aku syak dia mesti gelak dalam hati. Hm takpelah abaikan pasal tuu.

Ini pulak masa aku tengah berjalan menuju ke Makmal IT sebab nak buat esaimen dengan group lab aku. Tetiba boleh pulak bertembung pakcik tu lagi. Masa tu dia tengah sembang dengan beberapa staff yang lain. Jarak aku dengan mereka agak jauh la jugak. Pakcik tu jerit,'Hai Nahu, sorang je ke ? Nak pegi mana tu ?' Aku pun cecepat masuk dalam makmal IT sambil mengabaikan pakcik tu. Serius ini sungguh menggelikan. Bila aku cerita kat group lab aku, dorang gelak je sambil mengusik aku. T_T

Okay yang ni masa lepas final exam hari first tu pulak. Disebabkan waktu tu aku lupa nak ambik slip exam masa daftar kursus, aku pun terpaksa pegi tempat tu sekali lagi. Aku agak akan berjumpa dengan pakcik gatai tu lagi. Tapi aku tabahkan hati pegi sensorang. Masuk je bilik tu...Demmm ! Pakcik Gatai tu lagi ! Tapi aku takdelah buat muka terkejut ke hape. Takut pakcik tu perasan pulak. Aku cool je cakap kat pakcik tu,'Pakcik, saya nak ambek slip exam' Pakcik tu bukan heran pun, asyik buat keje dia. Tapi dia pandang aku kali kedua baru dia macam terkejut dan tanya aku,'Eh awak ni bukan Nahu ke ?' Mak aii meremang bulu roma. Dahla aku berdua je dengan pakcik tuu. 'Eh takla, nama saya Siti' Hahaha aku tergelak je dalam hati cemane tah bole keluar nama Siti. Kampung gilaa nama aku. 'Eh betul lah awak Nahu kan ?' Pakcik tu asyik ulang je soalan sama sampai aku fed-up dan aku terus ambik slip exam dan keluar dari situ sambil berkata,'Takpelah pakcik, k bye'.

Dan disebabkan perkara yang 'so annoying' tu, aku terpaksa jadi lebih berhati-hati kalau terserempak lagi dengan pakcik tu. Masa tengah lepak foodcourt dengan klasmate, penah la pakcik tu lalu situ, pastu kawan aku cakap,'Eh tu bukan pakcik gatai tu ke?' Aku pulak terus tutup muka takut pakcik tu nampak. Hahaha begitu anti nye aku dengan pakcik tu. Hm bosan pulak cerita pasal pakcik gatai ni dari tadi. Err jap, agak-agak ada potensi tak pakcik tu jadi my sugar daddy ? Hiks k bye !


apa perasaan kalau pakcik ni tenung kau macam ni ? Hahaha


notakaki : I feel that my semester holiday was not so productive. 


2 comments:

Qaleshya Umairah said...

Erk ??? Creepy laa .. careful dear !^^

nahunabila said...

Qaleshya : hahaha menakotkan