Hye uollss. Wuuu banyaknye aku menulis entry blog harini. Mood rajin dah datang kan untuk hupdate. So, our trip to Kuching sebenarnya untuk subjek Hubungan Etnik sebab kena buat kerja kursus bagai tu pasal etnik kat Sarawak. Then, here we are :)
JUMAAT (24 MEI)
Okay aku nak start dengan perjalanan ke Kuching. Kalau nak tahu, kat Sarawak ni takde highway okay. Bagi sesiapa yang dah tahu tu, aku nak bagitahu jugak. Hm disebabkan jalan amatlah teruk sampai melambung aku dalam bas tu, so aku rasa nak muntah, pening, loya bagai. Nasib je lah kan aku tak muntah betul-betul macam trip ke Miri sebelum tu. Perjalanan ambik masa lebih kurang 12 jam dari Bintulu ke Kuching. Omaigod 12 jam kot. Agak-agak nak buat apa dalam bas selama setengah hari tu ? Hm kitorang banyak tido makan je la. Bosan kot lama-lama dalam bas. Tapi lecturer H.E aku bawak famili dia ikut sekali. Dia ada 2 orang anak kecik comel gilaa. Danish yang cute and Daniel yang nakal gila. On the way to Kuching, memang takde tol ke hape untuk berenti rehat. Dah namanya takde highway. Tapi ada la jugak perhentian untuk makan, surau, and toilet semua.
Kitorang bertolak pagi dalam pukul 8 camtu dan sampai ke Kuching lebih kurang 8 malam. So, kitorang tinggal di homestay dua tingkat bersama lecturer and driver. Sampai je homestay, semua terus tido sebab penat yang teramat.
SABTU (25 MEI)
Jam 8.30, kitorang dah bertolak ke Kampung Budaya atau lebih dikenali sebagai Sarawak Cultural Village. Terletak berdekatan dengan Gunung Santubong. Kat Kampung Budaya ni lah kita dapat tengok sendiri tentang etnik Sarawak ni. Start dengan rumah panjang, pakaian, makanan, aksesori, tarian & macam-macam lagi lah. Senang cerita, memang rugilah siapa yang pergi Kuching tak singgah sini. Disebabkan kitorang ni student lagi, so tak perlulah bayar mahal-mahal untuk masuk. Just tunjuk je kad pelajar, dah dapat diskaun paling murah iaitu RM15. Harga sebenar bagi dewasa ialah RM60 dan kanak-kanak (bawah 12 tahun) RM30. Jangan terkejut ye hihi. But memang berbaloi la masuk even tiket agak mahal sebab kat sini je la kita dapat rasa pengalaman betul-betul ada kat Sarawak. Mana nak cari kat tempat lain.
on the way to Kampung Budaya, dapat tengok Gunung Santubong
Nice view
Our lecturer with her family
So this is Daniel
Kat kawasan luar Kampung Budaya.
Main entrance of Kampung Budaya. Yeayy tak sabar nak masuk :D
Sebenarnya, kitorang kena buat kajian tentang kaum yang ada Sarawak ni macam Melanau, Penan, Iban, Bidayuh dan macam-macam lagi. Lepastu, hantar report sebagai assignment. So, memang berguna la pergi Kampung Budaya ni.
Tangga ni unik dan gayat sebab curam sangat
Rumah panjang Orang Ulu
Rumah kaum Penan. Kat sini kitorang belajar menyumpit.
Rumah kaum Iban. Eh hensem kan abang tu ? Hikkss
Kat sini tempat penari-penari Kampung Budaya buat show. Tapi waktu tu diorang buat show kat panggung budaya. Ikutlah diorang nak buat kat mana.
Best woo naik buaian panjang ni haha
Macam-macam jenis rumah panjang la kitorang masuk. Sampai rasa penat berjalan hihi. Actually, pukul 11 pagi ada show kat panggung budaya. So, kitorang cecepat tunggu depan pintu masuk panggung tu sebab nak cop tempat. Actually ada dua sesi. Satu lagi pukul 4 camtu la.
Feel dia macam nak tengok wayang lol
tarian orang Melanau yang dipanggil 'Alu-alu'
Kaum Iban tunjuk aksi menyumpit. Memang hebat aaa
Actually ada macam-macam lagi jenis tarian sepanjang 45 minit. Bunyi macam lama, tapi tak rasa boring pun sebab memang best dan kelakar show diorang. Aku paling suka part menyumpit tu sebab ada laki Iban hensem tu hiks and dia banyak kali buat lawak. Aku siap rakam lagi semua tarian diorang, tapi takleh nak upload pulak sebab line 'laju'. Kalau nak tengok tarian lain, datanglah sendiri hihi.
Lastly, Tarian Melayu Sarawak. Dan semua orang dijemput naik stage menari sama-sama.
Banyak lagi kalau nak cerita pasal Kampung Budaya ni satu-satu. Tapi, kalau nak tahu lebih mendalam boleh la lawat sendiri ke Kampung Budaya. Lepas puas teroka Kampung Budaya, kitorang pun shopping and makan kat The Spring, mall yang terbesar kat Borneo.
Yummy. My lunch :)
Hotplate beef rice dengan sushi maki with wasabi.
The Spring.
Sumber gambar : Google
AHAD (26 MEI)
Seawal 6.30 pagi, kitorang dah bertolak ke Serikin. Serikin ni umpama Padang Besar la camtu. Ada jual macam-macam barang dengan harga yang murah. Barang-barang pun banyak import dari Thailand. Dahla aku suka shopping. Memang banyak la aku beli mihmih.
Dah sampai Serikin.
Nice shoot of us. Me with klasmate, Acap.
Lorong di Serikin
Lepas dah puas shopping bagai, kitorang pun terus ke Muzium-muzium yang ada kat Sarawak. Lecturer aku cakap ada 12 buah muzium. Fuhh banyaknye, mana larat nak pegi semua tempat. Tapi kitorang still pergi jugak heww.
Lepas habis lawat semua muzium, kitorang pun pergi ke pusat bandar Kuching. Main point dia sebab nak naik boat kat waterfront & bergambar kat patung kucing.
Pusing sekitar Kuching naik bot weehuu !
so this is Kuching okay tuan puan
ISNIN (27 MEI)
Inilah hari terakhir kitorang berada di Kuching. Tetiba rasa macam sedih sangat nak tinggalkan Kuching. Selama 4 hari kat sini memang best sangat. Tapi kalau nak diikutkan 2 hari je masa untuk berjalan. Lagi 2 hari tu masa kat dalam bas hihi. So again, 12 hours in the bus dengan makan tidonye. Dengan jalan melambungnye pheww penat. Paling sedih, kena berpisah dengan anak-anak Dr.Salmah, Danish & Daniel yang dah macam adik kitorang dah. Takpelah, ada rezeki jumpa lagi. Bakti Siswa Sem 4 nanti, nak mintak trip ke Kuching lagi lah hihihi. Kbye.
notakaki : nanti nak ajak famili pergi Kuching hihi
4 comments:
seronoknya melawat kuching. ada kawan study kat unimas. insya'allah sebelum grad ingat nak berjalan2 ke Kuching..
Wan Ahmad Izudean : Hehe mmg seronok ! Kalau ada masa trylah jalan2 Kuching :)
perghh nahu ko g kuching tak nk melawat aku kan.btw,abang hensem yg ko ckp tu dulu dia study unimas.*bangga kjp.pe motif ntah...kitaorang sembang2 jap ngan dia sambil blaja menyumpit..hak3
amirahramli : alaa sorilaa. aku dah plan suruh kwn aku amek g unimas tp tak jd. next time k hihi. oh rupenye abg hensem tu senior ko kah3
Post a Comment