Aug 25, 2012

Entry Raya 2012



Salam semua ! ouhh lamanya tak update. Maklumlah busy dengan raya dan raya. Haha tahun ni macam biasala beraya kat Johor. Setiap tahun macamtu. Lepastu hari raya keempat singgah Teluk intan pulak. Hari raya kelima ? Attend kenduri kawan sekolah. Er nantilah cerita pasal majlis tu. Sekarang cerita pasal raya hehehe.

Eh sebelum hari raya pertama tu, kampung aku memang meriah sangat dengan bunyi mercun bunga api. Memang asyik ada je sepanjang malam tak berenti. So, kitorang yang memang takde mercun tu pakat pegi rakam la. Haha motip sangatt. Cantik gila tau macam hari merdeka gittew.



Hari Raya Pertama

yang pakai spect dua orang tu nenek dan aunty

Ini family aku. cukup 6 orang semuanya hehe. tema tahun ni: purple

Okay hari raya pertama ni, semua orang pakai baju purple dan maybe hitam termasuk sekali (sebab adik laki aku sorang tu mengade nak pakai hitam jugak. dia sorang je ganjil -.-'). First of all, mestilah solat raya. Lepas dah siap-siap semua, masing-masing bersalaman dengan ahli keluarga sambil menadah tangan (mintak duit raya hewhew). Then, bergambar kejap dan terus ziarah kubur atuk dan moyang. 

Kalau nak tahu, antara tradisi wajib orang-orang Johor ni sambut raya adalah marhaban dari rumah ke rumah. Kat kampung aku mesti ada benda ni tiap-tiap tahun. Tak tahu lah pulak kat kampung lain buat ke tak. So, hari raya pertama adalah marhaban untuk kaum lelaki je. Hari raya kedua pulak untuk kaum perempuan. Yeah semestinya tradisi marhaban ni lah yang membuatkan hari raya aku meriah. Yang paling best dapat kumpul duit raya bebanyak dan dapat makan free! Bayangkanlah kalau 30 rumah aku pergi, so berapa banyak duit yang dikumpul? Dan berapa jenis makanan aku melantak? Ouh it was ohsem!

Nak dijadikan cerita, masa pagi raya tu, tetiba pulak satu kampung boleh blackout. Gila ah panas kat dalam rumah. Nak tengok tv pun dah tak boleh. So, disebabkan keboringan yang amat sangat, kitorang adik beradik masuk dalam kereta pastu main rakam video. Adik laki aku tu pasang radio kuat-kuat sambil menari gaya apende ntahh. Adik aku yang bongsu lak pegi tiru video kontroversi 'Sore eyes and 5 days MC' yang dok femes kat utube tu hahaha. Jom layan video sengal ni. Kalau tergelak tolong tutup mulut haha.


menari lagu rap kot haha


muka duck face adik aku klakar okay..haha!


Hari Raya Kedua

Masuk hari raya kedua, aku kena bangun pepagi dan bersiap awal sebab turn team perempuan pulak kena pegi marhaban. Kekadang rasa macam malas pulak nak ikut berjalan satu rombongan pegi dari rumah ke rumah. Tapi kan sebenarnya kalau takde marhaban ni rasa macam tak meriah pulak hari raya kite ni uolls haha. Kalau pegi, boleh makan free sesedap. Bole makan tempe goreng feberetku! So kali ni melaram dengan baju biru pulak.

yeah team perempuan bersedia nak pergi marhaban ;)


rumah pertama yang kami pergi. tapi masa ni tak ramai orang lagi

Em sebenarnya rasa nak hupload video marhaban kat rumah nenek tapi malas tunggu loading. Apepun, kami bermarhaban dari pukul 9 pagi sampai pukul 2 petang. Memang penat tapi best. Yang paling penting, marhaban ni jugak boleh eratkan silaturrahim dengan orang kampung. Maklumlah masing-masing setahun sekali je jumpa. Bila dah jumpa, mestila cerita panjang ye tak ?

Waktu malam pulak, buat barbeque depan rumah nenek. Memang tragis habis la adik aku tu sebab dia bakar sosej sampai hangus. Sebabnye waktu tu dia sebok nak bergambar. Heh =.=

sosej aku yang empat belah kiri tu

haha nampak tak hangus tu ?

Okay raya ketiga pulak, kami beraya rumah sedara dan raya keempat, baru balik Perak. Sebelum balik rumah, sempat singgah kampung kat Teluk Intan kejap.

So rasanya sampai sini je la kisah raya aku. Cemane pulak dengan kisah raya korang ? Mesti lagi best kan ? Hehe. Btw, tak kira di mana pun kita beraya even jauh di perantauan dari family, seharusnya kita bersyukur dapat menyambut bulan Syawal ni.

Akhir kata, Salam Syawal untuk semua :)






















notakaki: tahun ni dapat lebih sikit duit raya dari nenek sebab lepas ni kena belajar jauh hehe

10 comments:

eszyamin said...

Johor kat mana? tradisi marhaban rumah ke rumah ni mmg sgt bagus kan..

adik awak tu mmg berbakat yer..haha..sejibik gaya budak singapore tu..hak3

nahunabila said...

eszyamin: kat Kulai. yup, sgt bagus. patutnye setiap kmpung kena buat cmni.
HAHAHA ada bakat kn?

Sha Messy said...

haha. tergelak sha baca entry ni.
berbakat lha adik awak. btw sha pun johor juga. tapi tak ada tradisi marhaban masa raya. that was a good job dear. maybe lain tempat kodd.
selamat hari raya btw :D

Hamia Syafanis said...

saye org johor...haha.marhaban mmg ohsem...dpt mkn sdap2...hehe

nahunabila said...

Sha: haha rasa mcm taknak mengaku adik je. ouh maybe ikot kampung laa. :)

nahunabila said...

Hamia: kan? tak best kalau takde marhaban hehe

izah :) said...

kat kulai eh ?waa tempat saya tu..kulai kat mana ?

nahunabila said...

izah: felda layang-layang :)

hamzah ian said...

amboi. comelnya beraya...

nahunabila said...

hamzah: hehe hari raya msti kena comel :p