Aug 9, 2012

Sakit itu penghapus dosa :')


"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Hari ahad minggu lepas, lepas subuh tiba-tiba aku rasa sesak dada. Rasa susah sangat nak bernafas. Lepas tu, barulah aku dapat kekuatan bagitahu pasal penyakit tu kat mak. Hmm kalau aku tak rasa sesak nafas macam tu, mungkin sampai bila-bila aku diamkan aje masalah aku tu. Dan mungkin penyakit aku tu makin teruk. Ye mungkin rasa sesak nafas tu takde kaitan pun dengan penyakit tu. Tapi mungkin Allah nak bukakkan hati aku untuk terima dan redha je dengan apa yang menimpa.

Sebenarnya, aku dah kesan pasal penyakit tu sejak seminggu sebelum tu. Dah lama tapi aku buat bodoh je. Sebab takut nak terima kenyataan. Lepas dapat kesan, aku terus search kat internet pasal tu. Ya Allah, aku dapat tahu benda tu antara tanda-tanda nak dapat kanser. Terus rasa sebak sampai nak menangis. Minggu tu jugaklah aku tak boleh tidur mengenangkan apa yang berlaku. Sebab tu aku rasa nak biarkan je masalah tu sebab aku memang takut nak terima kenyataan. Aku berharap sangat benda tu bukanlah yang macam aku fikirkan.

Lepas aku bagitahu mak pasal penyakit tu, pagi tu jugak aku dihantar ke klinik. Dalam hati aku,'Ya Allah kenapalah aku biar benda ni lama-lama..' sebab benda tu makin membesar. Then, sampai ke klinik rupanya doktor tak sampai lagi. Aku dapat giliran ketiga. Lepas  2 jam, baru doktor sampai. Hmm dia ada hal kot, takpela. Bayangkanlah punyalah lama aku tunggu doktor tu. Pesakit lain tu lagila lama kena tunggu. Huu sabar sabar.

At last, sampai jugak giliran aku. Masuk bilik, doktor tu senyum dan mintak maaf banyak-banyak sebab lambat. Manis je doktor tu bertudung labuh. Lepas aku bagitahu pasal simptom yang aku alami, doktor pun check. Then, doktor cakap takpayah risau sangat sebab tu bukan  tanda-tanda kanser. Just minor and common disease. Alhamdulillah..tapi doktor cakap kena buang jugak benda tu. Means kena operate. Kalau tak, maybe akan develop kepada kanser. Ya Allah, seram sejuk je aku dengar. Aku sebenarnya terkena Fibroadenoma, sejenis tumor. Nak tahu lagi, search kat google. Huhuu. 

Then, doktor tu buat surat suruh rujuk kepada pakar kat hospital swasta. Anggaran kos beribu jugak laa. Huhh mana nak cekau duit bebanyak tuu. Dahla aku memang kena guna banyak duit nak masuk U ni. Takpe, dugaan bulan puasa. Lepastu, ayah taknak rujuk kat swasta, nak rujuk gomen je. Takpela, aku faham keadaan kewangan ayah. Memang sekarang banyak kena guna duit sebab nak uruskan macam-macam hal. Dua hari pastu, aku terus pegi klinik gomen sebab nak mintak surat doktor. Ya Allah lagilah ramai orang sampai kena berdiri kat luar. 

Then, ayah cakap kat petugas klinik tu nak cepat sebab just nak mintak surat je. Nasib baik dapat. Sebab tak berbaloi la tunggu berjam semata-mata nak surat. Masa kat bilik doktor, doktor tu lelaki india. Tapi aku pelik masa dia tulis surat. Macam reti tak reti je nak tulis, pastu macam susah sangat nak bernafas. Ouh maybe doktor tu ada disease but intelligent macam sorang scientist omputih yang dok kat kerusi roda tu (tak ingat nama).Then lepas check up dan dapat surat, terus menuju ke Hospital Besar.

Hmm tapi tulah kan, kalau kat klinik dan hospital gomen ni, murah tapi gila ramai orang. Masa aku datang situ, macam-macam jenis pesakit aku jumpa. Doktor pulak, semua terkejar sana sini nak rawat pesakit. Sentiasa sibuk. Ya Allah aku boleh bayangkan life seorang doktor yang bekerja kat gomen. Huhh tapi, mungkin disebabkan rasa tanggungjawab kepada orang ramai, doktor-doktor kat situ tak rasa sangat tekanan dia. Then, aku terus menuju ke Unit Pakar Bedah. Hmm nak tunggu giliran pun tunggu berjam. Mana taknya, satu negeri tumpu kat hospital tu je. Aku dengan mak tunggu kat unit pakar bedah mulut, bertentangan je dengan tempat tunggu giliran tu. Ayah yang uruskan semuanya. Then, ayah bagitahu kena buat appointment doktor hari isnin depan. Huh lama jugak la kena tunggu. Tu baru appointment, belum tunggu date nak bedah lagi. Huu seram pulak dengar perkataan 'bedah' tuu =.='

Bila fikir balik, kenapalah aku terpaksa hadapi semua ni. Terkejar-kejar ke klinik la, hospital laa. Dalam masa yang sama kena uruskan hal kemasukan U. Dalam bulan puasa pulak tuu. Memang lepas pergi hospital tu, aku terus pergi bank bukak akaun cimb, pastu pergi jabatan imigresen buat DPT dan ic baru. Nak buat medical check up tapi tak sempat. Sebelum berbuka baru balik. Hmm takpe, mungkin ada hikmah. Dugaan bulan puasa. Lepastu bila fikir yang aku kena fly pergi rantau orang, berjauhan dengan famili, lagila aku rasa sebak. Dengan keadaan aku yang sakit nanti. Hmm kalau aku fikir semua tu memang menangis jugak laa. Tapi, takpe. Aku redha.

Dan sekarang, aku hanya menunggu saat-saat aku bakal ke bilik bedah. Ya Allah macam tak percaya je. Tapi, aku terfikir jugak, takde ke cara lain yang boleh buat selain kena bedah? Ahh traumanye dengar perkataan tu. Serius aku tak pernah rasa macam mana kena bedah. Aku rasa macam nak lari je balik rumah waktu kat situ nanti. Aku berharap sangat benda tu akan hilang sendiri tanpa perlu dibuang, tapi mustahil. Takpela, bulan puasa ni kena berdoa banyak-banyak. InshaAllah doa akan termakbul. Yakin je dengan Allah. Sekarang ni pun dah masuk 10 malam terakhir. Waktu ni la kena tingkatkan amal ibadah.


Semoga aku kuat dan tabah dalam menghadapi perjuangan.
Biar rebah, jangan kalah.




Sahabatku, doakan aku cepat sembuh.
InshaAllah aku baik-baik saja.


notakaki: Sehari dua ni banyak pulak jemputan majlis iftar. Alhamdulillah rezeki.

8 comments:

Nasuha said...

Mama sy pn pnh ckp mcm tu. salam ramadhan :)

nahunabila said...

Nasuha: slm ramadhan too :)

aniqbukhary said...

Biar rebah jangan kalah..

AsmaAqilah said...

kuat taw nahu! insyallah sume akan baik2 nlaka.. :)

legendary wariner said...

Remember Allah doesn't set tasks on soul beyond it's capacity. Trust Allah. You'll be happy. Sakit tu penawar bagi hati.

nahunabila said...

AsmaAqilah: inshaAllah aminn. doakan ye :')

nahunabila said...

legendary wariner: yes you're right. thanks :')

Nasa said...

Cik Nabila, tumpang tanya. Berapa kos operate dkt hospital gomen tu?