Aug 5, 2012

Resipi : Kek Batik


my first homemade kek batik ever!

Haa amacam. Nampak sedap tak kek batik aku buat tuu ? Meleleh ayaq liuq tak ? Try la tengok gambar ni waktu korang tengah puasa, sure lapaq terus laa hahaha. Hmm baru aku perasan bentuk dia tak berapa nak cantik laa. But still ada rupa lah kan ? Not bad kan ? K fine tak kisah la. Janji aku dah berjaya buat mende alah ni. Resipi ? Alaa cari je kat tenet berlambak ada. Nak senang, tiru je resipi Cik Epal. Simple and easy man. 

Nak resipi ? Takde masalah. Tengok di bawah.

Bahan-bahan :
  • 1 cawan milo
  • 1/2 cawan serbuk koko (kurangkan kalau takut pahit)
  • 1/2 tin susu pekat manis (ganti dengan gula dan air pun boleh)
  • 1/2 cawan air (nak bagi cair sikit)
  • 1/2 ketul butter (ganti dengan planta/marjerin pun boleh)
  • 1 bungkus biskut marie (210 gram) -dipatahkan empat

Cara membuatnya :

1) Masukkan butter dan susu pekat manis ke dalam periuk. Bukak api (api kecik je tau). Dan kacau.

2) Masukkan milo dan serbuk koko. Kacau laju-laju sampai sebati.

3) Bila rasa dah macam blurp blurp (bunyi buih menggelegak), masukkan biskut marie dan kacau perlahan lahan.

4) Tutup api. Masukkan semua adunan ke dalam loyang (boleh lapik dengan plastik supaya senang nak keluarkan dari loyang).

5) Tekan-tekan adunan dalam loyang sehingga rata. Lepastu boleh masukkan dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih. Semalaman pun boleh. Tapi kalau dah tak sabar sangat nak makan, bedal je. Tapi ingat, jangan pulak makan masa puasa haha. Tunggu berbuka.

6) Lepas keluarkan dari peti sejuk, potong adunan tu jadi bentuk segi empat. So jadilah kek batik. Siap. Yeay, sedia untuk dihidang.


Sebenarnya ada macam-macam resipi untuk buat kek batik ni. Tapi bergantung kepada kekreatifan kita la. Ada orang letak telur dalam adunan. Ada orang tabur nestum, kacang, badam, coklat chip atas kek tu bagi lagi sedap. So ikut suka hati korang la nak yang macam mana. Nak yang melekit atau yang rangup. Janji sedap ye tak ? Hmm ekceli kek batik aku buat ni macam ada bau butter yang kuat. Maybe terlebih butter kot ataupun memang baunye macam tu. Tapi layan je laa haha. Eh kalau korang ada resipi yang lagi sedap daripada yang ni bagitahu la ek. Hehe. K Bai!


notakaki : Nak cari resipi biskut raya yang sedap. Biskut apa yang sedap eh?

12 comments:

farahin izzati said...

wah, kek batik !!
sukesuke :)

lynndAmya said...

wahh, baru lepas mkn kek batik mse buka semalam..sy mmg suka giler kek batik, sedap sgt !! :D nice sharing..hehe

nahunabila said...

farahin izzati: sedap kan? hehe

nahunabila said...

lynndAmya: same la baru mkn smlm. ouh suke kek batik jugak ye. hehe :D

IeLa tU sAya.. said...

nak!mcam sdap jek :)

iena_mieyna ^^ said...

adoyai...dah la puasa..huhu..nk try jgk la buat..heheh

nahunabila said...

Iela: dh habis :p hehe

nahunabila said...

iena: hehe mesti dah lapaq kan? try la buat :)

cik yuyu said...

yuyu suka kek batik.. rajin jugak lah nak membuatnya..

nahunabila said...

yuyu: kalau dh sdp mmg rajin nk buatnye :)

AsmaAqilah said...

nak jgak!! kek batikk (~~,)

nahunabila said...

AsmaAqilah: hehe meh le dtg umah :p