Jun 29, 2012

Histeria


Jarum jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam. Ketika itu aku dan kawan2ku baru sahaja pulang dari outing (amboi kemain outing sampai malam). Sampai sahaja di kawasan hostel, tiba2 Cenoi and the gang (haa seru lagi nama Cenoi, jap lg dia komen la tu.haha) menjerit kepada kami untuk segera masuk ke bilik. Pelik, seperti ada sesuatu yang berlaku. Di tingkat bawah, seseorang bercakap dengan nada cemas,"cepat masuk bilik, ada orang histeria tadi kat bilik awak," Lalu aku dan seorang lagi roomateku bergegas ke bilik. Dari luar pintu, sudah terdengar sayup2 orang ramai membaca ayat suci Al-quran. Kadang2 budak itu menjerit secara tiba tiba. 

Aku masuk ke bilik. Mereka masih tidak lekang membaca ayat Qursi dan aku turut membaca. Mereka kata,bilik aku sudah dibacakan ayat pendinding. Bau kasturi sudah semerbak baunya di bilikku. Garam kasar pula ditabur di sepanjang pintu masuk. Mereka kata, budak tu ternampak sesuatu di bilik aku dan tiba tiba menjerit. Memang kerap juga berlaku histeria kat sini. Kadang kadang budak tu tiba tiba mengganas jika dilepaskan. Maka mereka harus sentiasa memegang kedua belah kaki dan tangannya sambil membaca ayat Qursi. Dan ia berlarutan sampai ke subuh.

Perkara itu bukan sesuatu yang baru bagi aku. Kejadian histeria telah banyak kali berlaku sejak aku di zaman sekolah. Sehinggakan semua pelajar harus berdiri di sepanjang hostel untuk melaungkan azan disebabkan kejadian itu kerap berlaku. Banyak juga kawan2ku yang mempunyai saka daripada keturunan. Aku pernah lihat sendiri kawan aku menghalang makhluk itu daripada mengganggu pelajar2 sekolah. Bagi aku dia sangat berani. Dan perkara2 aneh yang banyak berlaku di sekolah kini menjadi misteri kepadaku.

Kadang2 aku terpikir apa punca histeria ni. Sebenarnya ada banyak punca. Salah satunya disebabkan kurang kasih sayang, so banyak masalah dipendam. Gangguan mental dan emosi sebab tekanan perasaan. Sebab tu la histeria ni selalu berlaku bila nak dekat exam. Akibat sihir dan saka. And maybe, kurang amal ibadat kepada Allah dan suka melakukan maksiat. Tapi ada jugak yang kena sebab lemah semangat. Ini opinion aku la. So, tak perlulah kita takut sangat dengan benda tu. Lebihkan takut kepada Allah.

Hmm aku kesian kat someone ni kat kolej aku dulu. Dia pernah datang bilik aku then luahkan semua masalah dia sambil nangis2. Dia cakap, semua orang tak percaya kat dia yang dia boleh nampak benda tu. Ada pulak yang cakap dia gila la, tak betul la. Dia ada masalah dengan parents, roomates, klasmates, kawan2, macam2 la. Berjam jam jugak la dia cerita. Aku pun dengar je la. Ekceli dia baik dengan sorang roomate aku ni. Kadang2 seram jugak dengar dia cerita macam2 pasal benda tu. Rasanya dia tu dah terlampau banyak sangat tekanan sampai kadang2 menjerit dan marah tak tentu pasal. Pernah jugak nampak dia cakap sorang sorang. Hmm semua orang jauhkan diri dari dia. Roomates dia pun semua terpaksa pindah bilik lain.

Sekian sahaja entry aku kali ni. Tetiba teringat pasal kejadian histeria yang pernah berlaku kat bilik aku. Agak kecoh la pasal perkara tu tersebar. Kejadian tu sebenarnya berulang selama tiga hari, sampailah budak tu dibawa pulang oleh family.





14 comments:

Syazlina Khairuddin said...

scarynye bace cerita nie.. klu sy mesti dh x kuat..

nahunabila said...

Syazlina: dh biasa dh dgn kejadian mcm ni. anyway,kne sntiasa yakin dgn Allah. :)

AL AZRUL said...

sya sndri prnh tgok kwn kena histeria, tpi msa skolh rndh, darjah 2 klu tk silap, bila kwn d sblah tba2 bljar mnulis ABC, padahal kelas mtematik, dh la tulisan tk cntik.. siap tukar nma lagi then gelak sorang2.. skolah tpi kubur kan, mcm2 la yg ada, siap nmpak bnda tu terbang lagi.. ;)

nahunabila said...

azrul: ouh yeke. mcm mne ek kwn awk bole jd mcm tu? patutla,hmm mcm seram je skola awk tu.

cik kiwi's said...

histeria ngan hostel memang tak boleh nak dipisahkan. masa zaman sy sekolah pun melambak benda2 cmni berlaku. tapi bila ada sorang histeria. dah ok. nanti akan ada lah yang mengada2 buat kena histeria jugak. bila ustaz tengok. budak tu memang berpura2 histeria. macam2 hal. histeria ni bukan boleh buat main...huhu...

orang lain lagi tak nak benda jadi. dia buat bahan gurau plk

kaki bola said...

budak yang cerita psl tu boleh nmpk bnde2 luar alam ke?

sy ade gk kwn y bole nmpk bnde2 halus ni, dy ade crite kt sy cmne dy sush nk trime bnde tu tp lme2 dh jd sebati dgn hdup dy. tp lepas berubat.

nahunabila said...

cik kiwi: hmm tula, histeria ni sbnrnye boleh berjangkit kat org lain jugak. so kalau yg lemah smgt, better jgn dkt dgn org yg kena tu.

nahunabila said...

kaki bola: a'ah, takkanla budak tu memain ye tak? hmm tula, budak tu pn terpaksa terima benda tu ada kat dia.

AmyZana said...

Membaca entri ini dlm gelap ._.

nahunabila said...

AmyZana: seram tak? huhu

Hasnul Adin said...

apa kau main seru2 nie ?? kemain Iagi yerr. things Iike this tak sesuai bincg secara open tanpa ada yg pakar atau ahIinya. takut nanti ade yg tersaIah paham dan timbuI fitnah2. BiasaIah manusia, byk penyakit hati. =)

-rajinnye kau seru ye. pakai jampi serapah ape ? =P

nahunabila said...

haha dh agk dh. mesti kau muncul jugak. :p hmm yela, aku sekadar share & memberi pendapat dlm hal ni. but,thanks. :)

-haha aku bkn bomoh :p

ros maisara said...

hmmm adik sy penah cite,dia gi study kat bilik kawan dia..n roomate kwn dia ni pulak macam ada 'something' laa,roomate dia nih pun slalu gi berubat...pastu masa dia gi study kat bilik kwn dia nih,roomate kwn dia tuh ada...tengah adik sy study, tiba2 roomate dia tuh dtg kat dia... tiba2 dia bagi sebotol air mineral 2 liter,dia letak depan adik saya n dia kata 'Nah, awak minumlah air nih'...hahkahkahka dia xbagi pon cawan...sy ckp kat adik sy, 'benda' dlm badan dia tu mesti pak lawak kan...

nahunabila said...

ros maisara: haha mcm tu pn bole ek. ala dia mmg sesaje bg botol terus kot..huhu