Jun 16, 2012

kecewa


Kadang kadang kita telah berusaha terhadap apa yang kita inginkan. Tapi hasilnya, hampa. Baru kita sedar bahawa apa yang kita inginkan itu adalah sekadar impian. Impian yang sukar dikecapi. Tapi mungkin juga, usaha tidak mencukupi. Barangkali mungkin belum rezeki. Ya, kita ditakdirkan untuk kecewa, bukan untuk menjatuhkan diri sendiri. Tetapi untuk kita bangkit kembali. Untuk terus berjuang demi melunaskan segala impian.



kecewa bukan bererti telah gagal selamanya


kecewa dengan keputusan peperiksaan
kecewa dengan percintaan manusia
kecewa dengan permainan dunia
kecewa dengan ragam manusia
Ada pelbagai jenis kecewa

Tetapi hanya kita yang mengetahui, sampai bila mahu tenggelam dalam rasa kecewa. Ada waktunya, kita perlu bangkit semula dan hapuskan rasa kecewa. Kadangkala rasa kecewa membantu kita ke hadapan. Namun, ada juga rasa kecewa yang membunuh kita dari dalam.

Sakit------
Kalau tiada rasa kecewa, 
bagaimana mahu bangkit?

Sakit------
Kalau tiada sesalan,
Adakah itu namanya kehidupan?


"Sampai bila awak mahu menunggu?"
"Sampai saya penat"

"Bila pula awak akan penat?"
"Entah, saya pun tak tahu"


Notakaki : Tiada siapa yang akan memahami penderitaan dan kebahagiaan manusia itu sendiri kecuali diri mereka sendiri selain daripada Yang Maha Esa tentunya.


2 comments:

Bunga said...

tipulah kalau kite kata kite tk pernah kecewa . sekarang pung tengah kecewa to the max sebab Aliens dekat muka yg tak reti nak beredar ni . sobs :(

tp yg penting kite kena kuat untuk menjalani hari - hari yang mendatang .

yoshh !

nahunabila said...

yup, semua org mesti pernah rasa kecewa kan? tapi pndai2lah nk atasi masalah tu. sy pn kecewa gak sbb Aliens kat muka mmg degil. Sampai satu tahap, rasa nak jerit nangis bagai. But,u know,I'm strong!