Jul 20, 2012

Kisahku ke UPM




Hai salam sejahtera. Well,18 July seperti yang dirancang, me with my parents go to UPM Serdang. Eh aku belum jadi student UPM lagi la dan pergi situ bukan untuk mendaftar. Hehe dalam entry sebelumnya, kan aku ada cakap yang parents aku nak tukarkan aku ke UPM Serdang sebab dekat. Ekceli parents aku ada buat appointment dengan makcik aku, staf akademik tu. So kami pun bertolak la awal pagi dalam pukul 8 am (kemain awal). Otw ke UPM, mak aku cerita la macam-macam (disebabkan mak aku pernah kerja kat sana). Bapak aku pulak bekas pelajar kat UPM. So, U know that my parents meet each other at UPM. HAHA macam sweet je pertemuan parents I kan hihik.




Pondok guard ni style gila haha

This is the first time aku jejakkan kaki dalam UPM ni. Fuhh hijaunya pemandangan kat sini. Ahh the best scenery ever. Haha kemain aku meninjau setiap fakulti yang ada. Patut ah kena ada bas byk bijik kat sini. Jarak antara kolej kediaman dan fakulti punya lah jauh. Wuu besarnye kawasan dia. Okay, ekceli kedatangan aku kat sini nak jumpa mak sedare aku yang bekerja sebagai staf bahagian akademik. Haha tak lain tak bukan adalah pasal pertukaran tu. Em tapi aku tak kisah sangat kat Serdang atau Bintulu. Tapi disebabkan aku tak biasa duduk jauh oberdesi dengan mak bapak, so aku kena la kisah jugak muahaha (Haha jangan tuduh aku anak manja pulak :p)



credit to: UPM

Hmm mak aku cakap, dah doploh tahun tak jejakkan kaki kat sini. Bapak aku cakap, UPM ni dah banyak perubahan, maklumla dah lama tinggalkan tempat belajar. Dipendekkan cerita, kami pun pergi ke Bahagian Akademik UPM. Staf-staf Akademik situ punya lah kecoh bila dapat tahu mak aku tu pernah kerja situ. Haha klakar je. Aku tengah tunggu turn jumpa En. Fauzi yang uruskan pengambilan pelajar. Sebelum aku tu, ada sorang budak 4 flat dapat kos medic tapi kat Sarawak. So dia try mintak kat UPM. En.Fauzi tu cakap pengambilan pelajar ambik kira markah koku jugak. Means, kalau dapat 4 flat, tak semestinya dapat buat medic sebab sekarang dah banyak persaingan.

Tibalah giliran aku. Then lepas bincang-bincang, En. Fauzi cakap dia tak berani jamin akan dapat tukar. Lagipun, pengambilan pelajar tahun ni dikurangkan dan kuota memang dah penuh. Sebelum tu, aku ada jumpa mak sedare aku dok sebelah En.Fauzi je. Dia cakap kalau rajin belajar dan dapat pointer tinggi,tak kisah la U mana atau kos apa sekalipun,mesti senang dapat kerja. Lagipun dia cakap kos yang aku dapat ni bagus dan banyak pasaran kerja. Dia tak galakkan untuk tukar. Hmm memang aku minat dengan kos tu, tapi kenapalah dia letak tempat jejauh sangat haa. Pastu,ada pulak kes pasal anak datin ni nak mintak kos agak kritikal even pointer tak lepas. Haha tergelak je aku tengok diorang bergaduh pasal anak datin tu.

Akhir cerita, diorang suruh call balik next week. Hmm aku dah sure dah mesti tak akan dapat punya. Dahla kena sahkan tawaran tu sebelum ahad ni. Tapi takpela, at least aku dapat pendapat yang positif dari staf-staf tu, dan membuatkan aku yakin untuk teruskan apa yang aku dapat. Mak sedare aku cakap,yang penting belajar dulu sampai dapat 4 flat, nanti boleh terus sambung PHD. So aku macam,wow siyesly? Haha terus naik semangat aku. Ekceli ada ramai je lagi sedare mare aku keje kat sini. Sorang keje under fakulti sains. Pak Su aku pulak keje under fakulti kejuruteraan.

Sebelum balik, aku cakap kat parents aku nak singgah dewan besar sebab ada pameran rekacipta. Sekolah aku pun terlibat. So mestilah wajib tengok kan. Tau tak pasal ciptaan 'Nutty Notty' oleh pelajar SERATA? Haa kalau nak tahu lagi,klik sini. Rupanya memang rezeki aku lah kan dapat tengok secara live. Haritu rasanya baru je kuar tb pasal pertandingan rekacipta ni. Haha sape tak bangga beb sekolah sendiri masuk tb kahkah poyo je.





Haa menarik kan pameran ni? So kedatangan aku kat UPM ni memang bermakna la sebab kebetulan bertembung dengan tarikh pameran. Haha aku nak temuramah junior aku kat situ. Masuk je dewan aku terus cari booth sekolah aku. Lastly, jumpa! 




terpampang nama sekolah aku :D


Nama 'Nutty Notty' tu comel okay! HEHE

terangkan cara guna kat orang ramai

Haha tunjukkan sign bagus sebab diorang mmg ohsem!

Rupanya diorang tu semua kenal aku. Aku je tak kenal diorang muahaha. So, kitorang pun bertemu ramah la kejap. Haha pastu, aku ada suruh diorang tunjukkan cara nak guna 'Nutty Notty' tu. Dengan gigihnya diorang bersungguh sungguh terangkan :)

baru aku bebetul paham. guna konsep hydraulic physics

banyak lagi sekolah yang bertanding

Lepas puas tengok pameran tu, aku pun say goodbye to UPM. Srobbss. Bila lagi nak datang sini ek?

masjid UPM

goodbye UPM :') me heart you


Then, kami pun pegila rumah Pak Su aku around Serdang jugak. Mak Su aku pulak siap bagi advice bagai sebab aku kan bakal student sana. Hmm so aku dah dapat la pointnye disitu berdasarkan benefit yang Mak Su cakapkan tu. She said, benefit belajar UPM Sarawak: 'hostel until graduate, student bagaikan anak emas, lecturer lebih fokus kepada student, student dari sana selalunya high scorer, dapat pengalaman di rantau orang, ada famili angkat.' Huu okay fine banyak benefit but satu je, aku tak biasa la kat situ. Takpe, lama-lama nanti biasa laa..(pujuk hati) -,-

Lastly, dalam pukul 7 kami pun bertolak ke rumah. Sampai around 10 pm. Fuhh penat gila kot seharian kat KL. Tapi best sebab dapat jalan-jalan hehe. Eh panjang pulak entry ni. Haha kbai!

notakaki : Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan...


9 comments:

Unknown said...

hyee assalamualaikum:) I found you dekat comment kak oopet pasal bioindustry? So are you going? Sbb saya pun dapat. Can you add me on facebook? sbb saya takde blog. thanks. Adibah Aris

celoRenghijaU said...

assalamualaikum, nk tye sikit betul ke org kata yuran ke UPM mahal? btw saya bakal student UPM jurusan biotek..so nk tau serba serbi psl u ni..thanx!

nahunabila said...

fantasy: sori, lmbt reply. yuran UPM agak mahal la berbanding Uni lain untuk bachelor. lebih kurang RM1000+. Dah namanya UPM (Universiti Paling Mahal) kan hihi. Tapi rasanya, yuran tu tak menjadi masalah sgt. Kan ada pinjaman atau biasiswa bg yg layak :)

Izzati Aisyah said...

Assalamualaikum kak :)
Tibe2 jumpe post pasal inovasi UPM, hihi. Saye budak taayah, sye yg gmba tgh wat demo tuh, yg pake t shirt tu, huhu. Jemput ziarah blog sye, psal nutty-notty lwn kat China: http://legendarysapphire.blogspot.com/2013/07/kunshan-profile.html

Unknown said...

ahah,malu sekejap coz tetibe ade muke ak kt sini! kah3...~salam akak!

nahunabila said...

Yarn Lover : oh yeke hehehe. done visiting ur blog. lastly, sukses slalu ye :)

nahunabila said...

husna saad : hehe saje nak bg famous :p

Unknown said...

akak.,skop pkerjaan dye meluas ke?? sye masih berbelah bhgi lgi nk terima ke tk twrn nie..sbb dye pasal pertanian kan

nahunabila said...

Azian: Bioindustri ni skop dia luas..memang major akan belajar pasal pertanian, tapi ada juga belajar pasal food, mikrob, tissue culture etc. Kalau skop pekerjaan, boleh bekerja under MARDI, RISDA, MADA, and byk lagi. Lagipun, tak semestinya kena kerja ikut bidang yg sama hihi.