Jul 14, 2012

Result UPU?




Huhh satu badan lenguh ni sebab semalam pegi meronggeng dengan kengkawan kat parade. Pukul 8 am keluar rumah, singgah sekolah amek sijil spm (wahaha bole pulak aku tak amek lagi), dan pukul 11.30 am terus jalan kaki ramai-ramai pegi parade (nasib baik tak jauh sgt. haha). Lepastu pegi shopping bagai dan main boling 2 game (tu pun rasa dah lenguh tangan ni). Sampaila pukul  6 pm baru balik rumah. Omaigod seharian berjalan seyh. Serius penat gila kot.

Tengah aku sakan main boling tu bole pulak kengkawan lain mesej tanya result UPU. Suruh check guna sms. Haha mmg tak ah. Last-last aku check kat rumah je. Aku target nak masuk UTM kos chem engine sebab tu mmg first choice aku. Major yang aku minta pun semua chem engine. Ade jugakla mintak bioindustry and chem industry. Mmg aku macam yakin je nak dapat UTM tu. Famili pun memang nak sangat aku dapat sana sebab tu kira U yang terbaik la kan, kos yang aku mintak pun agak kritikal, then UTM tu dekat dengan kampung aku. So, bila check je UPU.... (masa ni aku redha je la apa yang aku akan dapat)





See? Aku dapat kos bioindustri kat UPM. Alhamdulillah. Firstly, mmg aku bersyukur gila lah kan sebab dapat jugak sambung belajar lepas matriks. Agak frust jugak la sebab tak dapat chem engine tu. Sebab aku rasa aku lebih kepada physics rather than bio even kat matriks aku amek both subjects. So, tak kisah sangat la kan dapat berkaitan bio. Hmm UPM dan kos tu memang dah nice sangat dah. But, UPM tu kat sarawak kot. Haha. Aku tak expect pun sebenarnya akan dapat yang ni. Lagipun, aku macam kelam kabut je isi UPU tu last minit kat kampung aku. Dahla line ntah pape je kat sana. So aku macam tak kisah sangat la pasal pilihan aku yang ni dekat mana.

Ekceli ni choice aku yang 3rd. Haha kira okay la jugak kan dapat yang 4 teratas tu. Syukur sangat. But, bila parents aku dapat tau aku dapat nun jauh di perantauan, diorang macam, "Haa? jauhnye kak! macam mana bole dapat yang tu? ya Allah.." Huuu takde langsung riak muka happy atau ucapan tahniah but diorang terkejut gila aku dapat jauh. Hmm nak buat camne kan dah memang aku ada pilih yang tu. Aku pun pakai isi je apa yang aku nak. Parents aku sebenarnya takut nak lepaskan aku kat seberang laut tu. Yela, selama ni pun aku study just around perak je, Ipoh je. Sekali, dapat jauh tu dia engkau. Apa nak kata?

Yela, ekceli susah sikit la kan kalau kena belajar kat sabah sarawak ni. Kos kat sana mahal (kawan2 aku yang belajar kat UNIMAS cakap). Dengan kena prepare tambang flight lagi. Means, takbole lah balik rumah selalu. Maybe balik waktu raya je la. Haha. Mak aku siap dah pesan dah jangan berkawan dengan bebudak sarawak, sebab bahaya (takut kena buatan orang. yeke?). Tapi, okay what sebab muka bebudak sana macam kpop muahahaha (auta je ni tapi ramai cakap camni). Lastly, parents aku decide nak suruh aku tukar kat UPM Serdang, so kena tukar kos sekali (yang berkaitan la). But, paham-paham la kan nak tukar macam mana. Payah sikit la, melainkan...ada cable. hehe.

Bila aku tengok status kengkawan aku kat fb, macam-macam yang diorang update. Ada yang dapat U hebat, tapi kos yang tak minat. Ada yang dapat kos terbaik, tapi U jauh di perantauan. Hmm ada je yang tak puas hati kan. Macam aku jugak lah kan. *sigh* Tapi kena fikir jugaklah macam mana perasaan orang yang tak dapat langsung tu. Kiranya kita ni kena bersyukur la at least dapat jugak sambung belajar. Dekat mana atau kos apa tak penting sangat pun. Yang paling penting, minat kita untuk terus belajar demi mencapai segulung ijazah. Amboi kemain ayat aku haa.

Lastly, redha je lah dengan apa jua keputusan yang diterima. Mungkin itu yang terbaik untuk kita, tapi kita tak nampak lagi hikmahnya. Allah kan dah menetapkan yang terbaik untuk hambanya. Yakinlah dengan Dia. Berdoa banyak-banyak mintak petunjuk. Yang dapat dua pilihan sekaligus (macam kawan aku sorang tu yang tengah dilema nak pilih mana), buatlah solat istikharah dan mintak pendapat orang yang lebih dewasa untuk buat pilihan. Semoga apa juga bidang yang diceburi memberi manfaat untuk diri kita dan juga orang lain. InshaAllah Aminn :) Apepun, chill la okay!




Semua telah ditentukan :)




berdoa mintak petunjuk dari Allah


Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.[2:216]



notakaki : jom baca artikel menarik dari blog Pena Maya.

14 comments:

jal said...

tahniah kak nahu, blajar sungguh2 yer

kaki bola said...

wow, budak sc tu.mnt fizik n kimia lg.same a kite.gud luck la.

blaja bebaek, dpt peluang ni bukan senang nk dpt.hihi.tahniah.

nahunabila said...

jal: thanks ye :) inshaAllah

nahunabila said...

kaki bola: hehe thanks ye. mmg minat yg tu tp xde rezki nk dpt. btw, inshaAllah I'll grab the chance :)

Amin Roslee said...

Tahniah sbb dapat kos mcm saya.hahhaa.insyaaalah dapt la jumpa kat bintulu

nahunabila said...

Amin Roslee: siyes ke? haha jumpa la kite kat sane ye :)

Amin Roslee said...

betul la.insyaalah

Fariehan Ibrahim said...

wahhh! tahniah2. blaja rajin2 ye budak comel ;)

Mimie said...

tahniah.. belajar rajin2..

cik yuyu said...

tahniah!!.. belajar rajin-rajin tau..

nahunabila said...

thanks semua ! :) inshaAllah

~~oOpEt~~ said...

taniah dik :) dtg ja BSBI.. bg akk, not bad la walaupun UPM sarawak.. haha..

~~oOpEt~~ said...

lupa nk gtaw.. nh ada gambar sikit berkenaan kos BSBI :)

http://izzahpinky.blogspot.com/2012/06/bsbi.html

nahunabila said...

thanks ye for the info !:)