KTM baru ni memang selesa ala-ala macam dalam flight. HAHA. Kerusi fabrik dia boleh menyebabkan sesape pun nak dok situ lama-lama. Siap air-cond, luas, ada pasang lcd kecik lagi. Haa waktu tu memang depan tempat duduk aku ada pasang cerita Tom and Jerry kat lcd tu. Memang terbaik lah kan. Yang paling best, area tempat duduk perempuan dan lelaki dipisahkan. Tapi, ada je orang yang duduk bercampur.
Sampai-sampai je dalam, mak oyy ada perhimpunan BERSIH 4.0 pulak ke kat sini? Gila ah ramai orang. Ouhh patutlaa. Ada sale beb. 70% 50% and etc. Paling best tengok jualan handbags. Semua branded ouh tapi harga dah murah. Wuhuu bole gila aku belek satu-satu beg kat situ. Tapi, semua beg kat situ atas 100. Alamak, bajet bajet..
Kiri kanan atas bawah sesak gila. Sampaikan ramai orang dok landing @ berpicnic dengan famili dekat penjuru bangunan. Wuuu meriah sungguh laa. Masa kat tingkat atas, try pandang bawah. Lagi dasyat orang macam semut je banyak dia. Sana sini sale, mana tak beli kan? Kalau boleh memang nak beli banyak benda kat sini, tapi bila pikir balik sure banyak masa terbuang dok berbaris tunggu nak bayar. At last, tak beli apa pun. Just window shopping. Muehehe.
Okay, destinasi seterusnya adalah...Jalan TAR! Kat sini pun memang femes la kan tempat orang shopping raya. Harap-harap lebih murah lagi berbanding SOGO. Hehe.
Tapi sampai-sampai je..fuhh lagi sesak. Dahla sempit. Rasa takde mood pulak nak shopping situ. Berhimpit dengan orang ramai. So, just berjalan je la kat sepanjang jalan tuu haha.
Lepastu, melalui celah-celah gerai kat Jalan TAR, aku menyelinap masuk terus ke kedai depan SOGO. HAHA at last jumpa pun baju raya yang nak dibeli. Ouh my fav, baju kurung cotton polka dots! Pilih je mana suka. Tapi disebabkan material kainnye ada yang kurang berkenan, aku abaikan je. Baju kurung cotton ni ada macam macam jenis kain. Lagi berkualiti kainnye, lagi mahal la.
Last-last bukan polka dots yang aku beli...Nak tahu apa?
Jeng jeng jeng !!
stripes baju raya ! haha
Okay tu baru satu je baju aku jumpa. Then, kena cari lagi. Kali ni memang betul-betul nak polka dots. Bukan je corak dan warna mesti cantik, kualiti kain pun penting. Yela sebab kita yang nak pakai kan. Harga pun aku nak cari yang berpatutan. Kalau boleh nak suruh dia bagi diskaun bila beli banyak-banyak.
At last, tak tahu dah nak pegi cari kat mana. Kaki dah lenguh asyik berjalan je, badan penat, haus, lapar, panas, crowded, arghh tapi baju tak jumpa lagi. So, tetiba nampak satu lagi shopping mall. Penat-penat pusing atas bawah pun tak jumpa jugak. Penat dia hanya Allah yang tahu. tsk tsk. -.-
Keputusan terakhir, kitorang pun patah balik ke Sg.Buloh naik KTM lagi sekali. Beli tiket, tunggu komuter and bla bla..sampai la. Tetibe baru terfikir nak pergi The Store Sg. Buloh. Not bad, baju kurung ada banyak pilihan. Harga pun lebih murah berbanding Jalan TAR. Arghh kenapa lah tak pegi sini je dari tadi? Buat penat je jalan jejauh naik KTM, jalan kaki bagai and then kat Sg. Buloh jugak pegi belinye. So sad haha. *tampar dahi
Pilih punya pilih dapatla lagi tiga helai baju raya. Haha. Kali ni memang polka dots yang kena dengan citarasa. Kain dia pulak ada stripes.Terus sambar tiga. Okay boleh simpan bertahun tahun hahaha.
Kesimpulannya, pastikan fizikal dan mental anda berada dalam keadaan baik sebelum berfikir untuk shopping raya kat situ. Lagi-lagi dalam bulan puasa ni dengan cuaca yang panas. Takut termencarut pulak kang haa dah kurang pahala puasa. Kahkah. Ouh ye, aku ada terserempak dengan sorang junior sekolah aku masa tengah jalan kat depan SOGO. Nama dia, Versun Sassin (nama glamor). So, ada jugak la borak pasal kisah shopping kitorang muahaha.
Haha rupanya dia pun fed-up pegi shopping situ disebabkan kesesakan tak terkawal. 2 jam setengah stuck dalam jem kahkah. Lagi kesian. Please ah memang takleh bawak kereta situ. Better jalan kaki.
Pesanan aku, 'Berjimat sebelum habis, beringat sebelum kena'. Aku hentam je pepatah patah ni HAHA. Rosak bahasa melayu.
notakaki : best jugak shopping raya kat KL. lain kali aku nak pegi lagi.
9 comments:
Hai borong baju raya nampak..
lepas ni borong kali kedua lak yer.. hehehe
hahaha dah puas memborong :D
wah, bestnye naik train camtoo.. :)
http://chocolateholic4eva.blogspot.com
hehe mmg best sbb ktm baru :)
Kita belum beli baju kurung lg pun. Tak tahu nk buat pilihan. Byk yg x kne je T.T
Orang kelumpoo keeeeeeee.
AmyZana: ssh kan nk pilih baju kurung? ni pun singgah byk kedai
hafizudin: haha taklaa. saje jln kl
Post a Comment