May 31, 2012

erti kejayaan


Assalamualaikum.

Dulu aku pernah mengenali erti kegagalan.
Ya semua orang pernah
Tapi tak semua orang boleh bertahan
Tak semua orang mampu hadapi kenyataan
Ada yang rebah sebelum bangkit
Ada yang putus harapan
Ada juga yang terus kehadapan

Namun kadangkala dengan kejayaan
Ada yang lupa daratan
Ada yang menongkak dagu ke awan
Hingga kadangkala lupa
Sang Pemberi Kejayaan

Kegagalan adalah ujian
Kejayaan juga adalah ujian
Sama ada kita bersyukur atau tidak
Sama ada kita redha atau tidak
Itu yang sebenarnya

Kejayaan adalah satu kepuasan
Ya, aku sangat puas
Puas dapat melihat ibu bapa tersenyum ceria
di saat memberikan mereka sebuah kejayaan
walau hanya kejayaan kecil
setidak tidaknya aku mampu berbangga
kerana ia berkat usaha dan doa semua

*pause

Hari ini aku berbangga dengan keputusan cemerlang. Gembiranya hanya Tuhan yang mengerti. Betapa aku harus mengharungi perit dan getir demi mencapai sebuah kejayaan. Hakikatnya kegagalan dahulu banyak mengajar aku. Sungguh, kegagalan itu adalah kejayaan yang tertangguh. Gagal hari ini, bermakna akan ada kejayaan besar yang akan menanti.
Berjaya atau gagal,kembalilah kepada Allah setiap saat dan detik, kerana Dialah Yang Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.

salam kejayaan :)




notakaki: Alhamdulillah. Keputusan peperiksaanku dapat membuat aku dan orang sekelilingku tersenyum. Itu sudah cukup bagi aku. Terima kasih Ya Allah! :D




4 comments:

Unknown said...

tahniah,dik:)

nahunabila said...

terima kasih :)

si robot comel said...

tahniah, yg kegagalan tu buat kita berjaya, tahniah sekali lagi :)

nahunabila said...

thanx very much robot comel :) so damn true!