May 26, 2012

Kisah Budak Sekolah #2


nota : Entry ini adalah sambungan dari entry yang lepas.


Okayy. I'm back! Sorry la lambat buat sambungan 'Kisah Budak Sekolah' ni. hehe. Well, tadi baru je balik dari majlis kenduri kawin. Maklumla, start cuti sekolah ni, berduyun duyun orang nak kawin. Hmm dahla jauh tempat yang nak pegi tu, memang tido sakan berjemaah la dalam kereta, kecuali driver la. Haha. Lepastu, boleh pulak singgah Lumut beli segala makanan laut tu. Borong habis beb! Hehe. Okay stop. Lets continue the story...
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sehinggalah suatu hari aku mendapat surat cinta...

Ia bermula apabila seorang girl dari kelas sebelah (kelas pertama) memberikan aku sepucuk surat. Bila aku belek2 je surat tu, aku pasti ia dari seorang guy. Dan hati aku berkata,"Fuyoo, baru semalam jadi budak baru dah dapat surat cinta? First time dowh!" Terkejut jugak la. Maklumla, pengalaman pertama. Kahkah. Tapi, aku malas nak bukak terus surat tu. So, aku simpan sampai balik rumah. Memang takde siapa tahu la pasal aku dapat surat tu. Haha.

Balik je rumah, masuk bilik, terus aku tutup pintu dan bukak surat tu. Dan aku ketawa berdekah dekah di dalam hati membaca isi kandungan surat tersebut yang berbunyi lebih kurang beginila,
'Assalamualaikum. Maaf ganggu. Awak budak baru kan?
Em sebenarnya sejak pertama kali nampak awak masuk
sekolah ni, saya terus suka kat awak. Masa hari first
awak masuk, saya nampak awak, tapi usha dari jauh je.
Saya nak sangat kawan dengan awak. Saya harap awak
sudi menjadi kawan saya. Jangan bagi sesiapa baca
surat ni tau. Rahsia. Hehe. Kat sini saya ada bagi
nama, alamat dan no. telefon saya.
 Jangan lupa balas tau.'
Mohd ****************
No, 999, Jalan Mati,
Bandar Lama, 33140 Ipoh.
014-tekan tekan tak dapat
Yang ikhlas,
................

Hahaha. Kelakar gila dowh! Aku ingat lagi bait bait ayat dia sampai sekarang, even surat tu aku dah buang dalam tong sampah. Kenapa aku buang? Well, macam ni. Lepas je aku baca surat tu, aku lipat kecik kecik dan terus sumbat dalam beg duit syiling. Memang malang la nasib aku kan, tetiba pulak mak aku masuk bilik aku dan bukak beg duit syiling tu! OMK! Katanya, nak check baki duit yang ada. Tak ke boleh kantoi tu? Muka aku masa tu memang dah tahan malu dah. Habisla aku kali ni! Apa aku nak explain? Haha inesen betulkan aku sebab takut mak baca surat cinta? 

Apalagi, bila mak aku dapat je surat tu kat tangan dia, terus dia cakap,"Ni surat apa ni, kakak? Siapa yang bagi ni?" Lepastu siap gelak gelak lagi baca surat tu. Nebes gila wei waktu tu! Aku tak pernah rasa malu macam ni la! Aduyai! So, aku dengan pura pura tahan malunya berkata,"Err kawan bagi". Then, lepas mak aku keluar bilik, aku terus buang surat tu. Haha. Well, aku sebenarnya geram gila kat budak laki tu. Sebab dia la, aku dimalukan oleh mak aku. Tapi, salah aku jugak. Pandai sangat pegi simpan dalam beg duit syiling tu. Tak sangka pulak mak aku boleh terlintas nak check baki duit. Hehh.

Dan sejak dari hari itulah kisah aku bermula. Kalau nak tahu, memang aku tak balas pun surat  tu. Budak tu pulak, bila lalu je kelas aku, mesti dok usha usha. Siapa lagi dia nak usha kan? Haha. Tapi siyes aku cakap, aku malas la nak layan benda macam tu. Then, girl yang tolong bagikan surat tu datang lagi dan berkata,"Haa, macam mana? Nak tak kawan dengan dia?" Aku just cakap,"Hmm ntahla..nantila aku pikir balik" "Okay, takpela, pikir dulu. Nanti bagitahu tau," Huhh, apa aku nak buat ni? Kenapa ntah, sejak kes pasal mak aku terbaca surat tu, aku rasa geram gila kat dia. Dan aku rasa rimas pulak kengkadang. So, memang lepastu perkara tu terhenti di situ sebab aku tak balas apa apa. Yang aku lagi rimasnya, dah ramai budak kelas aku tahu kisah aku dan budak tu! Siapa punya kerja ni! Memang teruk la aku kena gosip dalam kelas.

Nak dijadikan cerita, tetiba mak aku berpikiran bahawa, aku tak patut masuk kelas kedua. Aku patut masuk kelas pertama. Maklumla, UPSR dah nak dekat. Ditambah pula, memang kurang persaingan kat kelas kedua. Asyik asyik aku je kena puji dengan cikgu. Asyik asyik compare results dengan Izwan. Lepas mak bincang2 dengan ayah aku, diorang cakap nak pergi jumpa Guru Besar. What? Aku kena tukar kelas? Ouh mannn! Bermakna, aku terpaksa masuk kelas sama dengan budak yang suka aku tu? Tidakkk!!

Aku tak boleh buat apa. Puas aku merayu kat parents aku taknak masuk kelas pertama. Tapi, diorang cakap, itu untuk kebaikan aku. Hmm takkan nak bantah lagi kot. So, aku redha je la. Huhu. Sedih sebenarnya nak tinggalkan bebudak kelas kedua yang bagi aku, sangat ohsem. Sedih nak tinggalkan bestfriends aku. Tapi apa boleh buat. Hmm.

Esoknya, waktu perhimpunan, aku bagitahu kepada bestfriend aku yang aku terpaksa tukar kelas. Tak sangka pulak dia sedih sampai nangis. Sebak aku dibuatnya. Dan apabila guru kelas memaklumkan kepada satu kelas, semua orang macam terkejut dan sedih. Izwan pulak siap boleh cakap,"Ala cikgu, habislah lepasni Adly sedih memanjang. Hahaha," Bengong. Memalukan aku je. Masa aku kemas2 barang2 aku, semua pakat tanya,"Kenapa tetiba kau nak pindah wei? Janganlah tinggalkan kitorang.." Aku hanya senyum. Hambar. Sedih kot. Maka, aku pun meninggalkan kelas itu ala ala gaya meninggalkan Akademi Fantasia. Semua melambai lambaikan tangan ke arahku. Aku juga begitu. Sedihnya!

Masuk je kelas pertama, dalam fikiran aku,'Aduyai, habislah kalau budak laki tu tahu aku kena masuk sini,' Masuk je kelas tu, semua budak laki menjerit,"S*********!!!!" Gila! Apesal diorang jerit nama budak laki tu? Kenapa?! Habislah aku lepasni..habislah! Budak laki tu hanya tersenyum senyum memandang aku...

(bersambung)


whatever is, I miss my primary school!

10 comments:

Shereen Yahya said...

isi kandungan budak tu tulis buat akak ingat zaman sekolah akak dulu . hehe

nahunabila said...

hehe yeke? same eh? bebudak sekolah. biasa lettew. haha

Encik Atan said...

kim salam budak laki tu heh?haha

nahunabila said...

haha. meh tlg jwbkn, wassalam.

ELFarahin said...

LOL~ continue lg ka? Hikhikhik... ske wat org nebeslah gini. Hakhak! ^^

nahunabila said...

haha yup. ceritanya agak pnjg. bole wt novel. hee :)

Fariz Reza [FR] said...

Assalamualaikum (^_^) , erm FR tengok follower awak bawah 350 , dan awak berpeluang masuk

[Segmen Bloglist: Saya Blogger Newbie]

Tolong Blogger Baru je (^_^) senior tak payah...

http://www.farizreza.com/2012/05/segmen-saya-blogger-newbie.html

nahunabila said...

ouh. mcm besh segmen ni. okay, thanx 4 da info :)

si robot comel said...

kelakar bila baca tu,kalau simpan surat tu,perh boleh simpan kat arkib kot,hhehe

nahunabila said...

haha tu laa. dh buang kot. klau tak bole bg anak cucu baca.