Jul 11, 2012

Dah kahwin?




Selamat malam! Hmm lamanya tak hupdate ye. Maklumla, busy memanjang..ewahh. Haha so, sape yang dah kahwin ni? Yang pastinya, bukan aku ye. Eh of course la bukan. So, siapa? Well, she is my klasmate kat sekolah dulu. Yeah, she is Ainol. :)

Amboi kemain kau Ainol, senyap-senyap je kau nikah eh. Tup tup dah jadi bini orang pun. Anyway, tahniah la sebab jadi orang first antara batch kite yang dah kahwin. So the next turn are...syyhhh just wait and see.

Kenduri kahwin Ainol ni ekceli 7 Julai haritu, hari Sabtu. Aku pun terkezut la jugak bukak-bukak fb tetibe ada pic Ainol dah nikah. She is just 20 yaww. Tapi maybe jodoh dia sampai awal kan. Sekarang ni pun dah ramai orang kahwin awal. Contohnye, Dena Bahrin

Okay straight to the point, ekceli kitorang memang dah berpakat nak berkonvoi ke rumah mertua Ainol (ekceli kenduri tu dibuat sekali). So aku tumpang la kereta kawan aku tu bersama lagi 3 orang. Along la yang paling sempoi sebab dia naik motor beb dari Kampar. Ekceli tempat kenduri tu dekat dengan Taman Herba.



lokasi kejadian

Nak dijadikan cerita, sepatutnya kitorang boleh sampai awal. Tapi disebabkan nak konvoi punya pasal, kenalah tunggu sorang-sorang sampai semuanya tak sesat. Ada sorang tu nasib baik tak terlencong ke jalan lain. Kehkeh. So kiranya ni macam pre-reunion la jugak even tak berapa nak reunion sangat. Eh?

Sampai-sampai je kat rumah pengantin, apelagi kitorang pun excited gila jumpa masing-masing. Maklumla dah lama kot tak jumpa. Yang bestnye, mak bapak mertua Ainol dah siap tunggu kat pintu masuk nak sambut kitorang. Macam VVIP puleks.




rombongan bebudak Ta'ayah





Sampai je depan rumah pengantin, nampak la Ainol with her husband tengah syok menjamu selera. Urghh aku tabole tengok makanan bebanyak ni. Mulalah perut berkeroncong. 



terpancar kebahagiaan. ewahh


we are ex-SERATAians


Amek kau. Terus serbu pelamin. Haha

Haa kat pelamin ni la paling banyak sekali kitorang tangkap gambar. Kekonon amek berkat gitu. Ecewah. Tapi, aku mencik gila ah bergambar kat situ. Tudung aku asyik terkelepet je kena kipas angin. Haihh bad tudung day. Tengokla muka aku malas tangkap gambar. Sabor je lah kan. 


lepastu serbu bilik pengantin pulak


kemain pepegang bunga


Mira & Wid. Wid pakai niqab pun tetap cun


Me with Wid toink toink.


Yang ni Along tetiba muncul kat tengah.
Boleh buat iklan colgate dah Along ni.


Love this picture :')



Memasing nak amek berkat lettew. HAHA

Lepas ni sorang-sorang dalam gambar ni kahwin


Ni nak habaq mai, makanan buffet yang disediakan memang unik dan ohsem la. Sumpah sedap dan tak pernah lagi rasa dalam kenduri sebelum-sebelum ni. Ayam dia je ada berapa jenis ntah. Baru tengok je dah terliuq dah. Belum lagi makan. Haha cheq tercakap utara pulak naa. Rasa macam nak tapau je bawak balik semua makanan tu. Kehkeh *aku ni muntahkedarah ke hape? Lepas makan-makan, kitorang pun berphotoshoot bersama pengantin. Amboi kemain.

Sesi photoshoot :

Ehem ehem. Posing sakan.


Lastly, moga Ainol berbahagia bersama si suami di dunia dan akhirat, jadi isteri yang solehah dan moga berkekalan hingga ke syurga. Aminn. The day was ohsem sebab dapat jumpa memasing and cerita macam-macam. Diorang sume memang 'gila'. HAHA.
Memang happening sangat. Hmm lepas ni tunggu turn kahwin la ye. Calon-calonnye dah ada kat atas tu. Tunggu sampai seru je. Ecehh. Haha kbai!


Lambat sangat tunggu Mira beli hadiah.
Apalagi, main dengan kamera sendiri. Kihkih


notakaki : berdebar tunggu result upu minggu ni. mengharapkan yang terbaik :)

6 comments:

Nadnod Azizan said...

selamat pengantin baru buat kawan awak, Ainol. awal jodoh dia sampai. hehe ;D amik berkat nak kahwin

nahunabila said...

yup selamat selamat. hehe. eh mesti ler amek berkat. kot2 esok lusa kawen ke. Eh? haha

Unknown said...

skrg ni ramai je umur 18 pun dah kawin...hehehe congratz tuk kwn awak

nahunabila said...

ros maisara: hm betul jugak tu. mude2 dh kawen.

Hasnul Adin said...

tahniah nahu .. oppss =P

nahunabila said...

Hasnul Adin: haha ngade lah ko cenoi :p