Jun 12, 2012

Kisah Budak Sekolah #3


Assalamualaikum. Haiyaak lama betul kisah budak sekolah ni tergantung kan? Hehe bukannye malas nak hupdate, cuma malas je. Eh bukan malas, tapi malas laa. Hahaha. Kalau nak baca entry2 pasal kisah budak sekolah episod 1 & 2 bolehlah klik kat bawah ni ye.

(bersambung dari episod lepas)

Budak laki tu hanya tersenyum senyum memandang aku. Dalam hati aku, 'senyuman kau tak menawan macam aku la!'. Dan aku rasakan bahawa aku seperti patung cendana dalam kelas tu. Sungguh aku kontrol ayu habis! Aku tasuke gerak geri aku diperhatikan. Mak! Nak keluar dari kelas ni! Malangnya, aku terpaksa belajar kat kelas tu sampai akhir tahun. Ouh celakanya.

Sampailah satu saat, sorang lagi alien mana ntah letak surat cinta siap bagi teddy bear kecik lagi dalam beg aku. Apa, surat cinta lagi? Aku agak, budak tu mesti satu kelas dengan aku jugak. Lepastu, ada sorang kawan aku berbisik, "psstt..Z***** yang bagi.." OMG siyesly?! Lalu aku bercadang untuk membaca surat itu lepas habis kelas nanti.

Lepas je habis kelas, seperti biasa aku dan dua bestfriendku mengayuh basikal balik ke rumah. Maklumlah, sekolah belakang rumah je. Tu pun mengade taknak jalan kaki. Haha. Lalu, aku dan kengkawanku berenti di tepi jalan. Aku membuka surat cinta tadi. Kengkawan aku dok intai intai je aku baca. Lepastu aku suruh diorang baca. Dan kami pun gelak berjemaah. Memang habit aku, lepas baca surat cinta terus aku gelak. Sebab aku anti bahasa jiwang. Geli katanya. Haha. Habis baca, terus aku buang surat tu tepi jalan. Kejam? Memang. Kawan aku cakap,"Eh kenapa kau buang surat tu? Tak baik tau," "Err malas la nak simpan. Kalau kau nak, ambikla," Kawan aku terdiam. 

Apa? Nak tahu isi kandungan surat tu? Takpayahla,nanti sure korang gelak. Haha. 

Sampai je rumah, aku terus keluarkan teddy bear tu. Aku belek belek jap. Hmm comel jugak teddy bear ni. Pandai budak tu pilih. Haha. Tapi, aku kena sorok betul betul. Nanti mak nampak. Cehh konon. Semakin aku simpan, makin aku rasa bahawa aku tak patut simpan teddy bear ni. Ye, aku patut pulangkan kat tuannya. Kalau aku simpan, nanti dia ingat aku suka dia pulak. Ok fine, esok pasti aku pulangkan. Haha.

Esoknya di kelas. Waktu rehat:
Aku dan sorang klasmate, Nadia, berbincang cemane nak pulangkan teddy bear tu dengan cara yang berhemah. Takkan tetibe je nak bagi, kan? Mesti ada cara. Lalu, aku mendapat satu idea. Ya, aku nak bagi surat kat dia! Tapi bukan surat cinta tau. Surat reject. Muahaha. Lalu, aku dan Nadia pun bergabung idea tulis surat untuk dia...

'Assalamualaikum.
Terima kasih banyak banyaklah sebab
sudi bagi teddy bear ni kat kite. Comel la.
Mesti awak beli kat kedai depan rumah kite kan?
Tapi kite nak bagi balik teddy bear ni.
Bukannye tak suka.
Tapi lain kali awak belilah hadiah yang mahal2.
Rumah ke, kereta ke, motor ke.
Haa barulah best! Hehe.
Ok bai!
p/s: jangan asyik nak bercinta je, 
belajar dulu rajin rajin'

Muahaha! Lebih kurang ginilah apa yang aku tulis kat dia. Kesian kan, dia kena reject? Tapi nak buat cemane. Memang ayat pedas habis la. Tapi tu pun idea2 dari Nadia suruh aku tulis camtu. Dan aku rasa idea ni sangat ohsem! Kalau ikutkan, memang tak logik la nak suruh dia belikan kejadah semua tu. Tapi, nampak tak permainan di situ? Haha. Siap bagi pesanan lagi kat dia. Ouh aku bukan nerd ye, tapi aku memang tak layan cinta monyet. Haha.

Then, waktu rehat tu jugak, aku senyap2 letak surat tu beserta teddy bear kat laci meja dia. Takut pulak orang lain tahu. Lepas tu, aku buat dunno je. Nadia cakap, dia dah baca surat tu dan dia buang. Well, aku dah agak mesti dia frust. Semenjak aku reject dia, semua orang tertanya tanya termasuk cikgu aku, kenapa dia tu macam bad mood. Maklumlah, dia tu ketua kelas. Last2, sorang kawan aku cakap," Dia frust bercinta, cikgu," Dan satu kelas pakat gelak. 

Dipendekkan cerita, akhirnya aku tamat jugak belajar kat sekolah tu. Sekolah yang banyak meninggalkan memori indah dalam hidup aku. Sebenarnya, banyak lagi kisah cinta aku nak ceritakan. Termasuklah kisah cinta aku dengan Ketua Gangster sekolah tu. Tapi takut orang meluat pulak. Muahaha. Tapi yang sedihnya, semua aku reject. Yang bestnya, aku dapat straight A's UPSR dan nama aku tercatat di lobi sekolah. Masa tu just 6 orang je 5A. Memang kenangan tau. 

So, sekarang ni semua dah berjaya melanjutkan pelajaran masing masing. Pernah jugaklah si mamat2 tu tegur aku kat fb dan cakap,"Eh, awak yang dulu saya nak tackle tapi tak dapat kan?" Haha kelakar je bila ingat balik. Izwan yang dulunya gila nakal suka kacau aku tu pulak sekarang dah ada kat Jordan pun. Dah banyak berubah. Eh aku ada beli something dari dia. Nak promote jap. 

Selut laut mati. Made in Jordan.
Baik untuk kulit dan rambut :)


Notakaki : Katanya, bulan 7 ada reunion. Buat kat sekolah. Hehe.


2 comments:

ELFarahin said...

Hahaha...memang pedas sangatlah content surat tu. Huhu...The BEST! ^^

nahunabila said...

haha nasib laa kan. btw, terima kasih sbb bace kisah ni dr awal smpai habis :)